Wednesday, July 8, 2009

keperluan mencari tahu

assalamualaikum.

lama dah aku tak cerita pasal kelas tafaqquh. irbidians sekarang dah mula berkelas tafaqquh petang Rabu selepas asar, insyaAllah lepas ni tafaqquh untuk akhawat Irbid akan berjalan 2x seminggu. alhamdulillah. (aku sebenarnya tertanya2 kalau ada 1st year yang membaca blog ini).

minggu lepas-lepas ustaz ada sebut, jahil ni ada dua, sama ada jahil sebab seseorang itu duduk jauh dari ulama2, tak ada tempat untuk belajar ataupun jahil atas kecuaian menuntut ilmu. hmm. sebelum aku masuk kepada point yang ingin aku sampaikan, aku nak cerita dulu tentang kelas harini. =)

harini biasalah, masih dalam kitab puasa, minggu lepas basically syarat sah puasa, definition and so on. tapi, hari ni adalah satu sesi yang lain bagi aku. hari ini tafaqquh yang hidup. wohaaaa. over plak description dia, sape tak datang tadi, takdela rugi... boleh download audio nanti di blog PR http://pembangunanrohani.blogspot.com/. kalau malas, baca je lah aku nak citer ni.

harini, basically pasal sambungan sah puasa, wajib puasa, yg dibolehkan berbuka. tapi, aku nak highlight point penting je lah. maksud aku, masalah berbangkit.
  1. kalau orang pengsan, kalau dia sedar, walaupun sekejap - maka sah puasanya tu, tapi jangan plak bagi makan masa pengsan tu. hadoi.

  2. orang yang murtad - batal puasanya. tu semua pun tahu... soalnya perkara membolehkan seseorang tu menjadi murtad tu yang kena check semula. yg disebut tadi yg agak bahaya adalah memperlekehkan sunnah - so, kalau taknak buat, sila diam-diam saje jangan nak kata bukan-bukan dekat orang.

  3. kalau tak nak puasa dalam safar - mestilah safar tu bermula sebelum terbit fajar. so, flight u at 5 pm, that day u kena complete ur fast, kalau flight u 8 pm, esok tu u boleh berbuka. =)

  4. berpuasa dalam safar itu lebih afdal jika tidak memudaratkan.

  5. siapa yang berbuka puasa kerana uzur atau selainnya wajib qada selepas ada kemampuan, kecuali budak kecil, orang gila dan kafir asli (dia mula2 kafir kemudian masuk Islam, penat la weh nak qada 300 hari tak puasa sebab dah 10 tahun baligh, contohnye lah kan)

  6. berbuka dengan uzur - wujub tarahi, bila-bila lapang nak qada pun boleh. tapi kalau berbuka tanpa uzur - wajib qada dengan segera.

okay. sekarang kita pergi pada isu yang ala-ala baru tahu gitu.

kalau kita tak berniat puasa at all, pastu bangun2 dah siang ke - WAJIB menahan diri dari makan dan minum, tapi kena jugak qada puasa untuk hari tersebut. ataupun, pada hari syak, tapi kemudian ternyata ianya adalah ramadan - maka sama jugak.

jadi satu soalan-soalan pun diajukan. sebab berhenti sampai fasal sunat2 puasa.

1- kalau sebuah negeri tu, seisinya berbuka sebab TV kata esok raya, tapi sebenarnya salah, then kerajaan dia bayarkan fidyah; adakah rakyat perlu mengganti semula puasa - jawapan : PERLU, puasa sendiri, tanggung masing2. pernah berlaku di sebuah negara arab yang aku rahsiakan namanya.

soalan ni ditanyakan dalam bahasa arab (atas kertas) sebab ada audience arab harini - ummu ahmad, penjual qubbah dan maqlubah yang tabah (wohaaaa it rhymes!). pada musim sejuk, beliau menjual barangan2 kait. =) ustaz jawab bahasa arab tau. aku pun termotivasi lah kan, satu hari nanti - kalau kena usahanya, ada rezeki dan diizinkan Allah aku pun boleh cakap arab macam tu. fusha tau, bukan 3ammi.

2- jika seseorang itu salah membunuh, maka dia perlu "menunaikan" kaffarah puasa 2 bulan berturut2. jika ia datang haid, adakah terputus mawalah 2 bulan itu. Jawapan: tak terputus. dah puasa sebulan setengah, pastu haid 6 hari, bolehlah teruskan lagi setengah bulan.

soalan cabang dari peminat2 Melayu pulak ; nak mengira 2 bulan tu, kalau mula dari awal, contohnya awal rabiul awwal, so puasa 2 bulan adalah sampai akhir rabiul akhir. tapi, kalau mula setengah rabiul awal, ok. rabiul akhir kira sebulan, yang baki tu kena cukupkan 30 HARI. bukan 29.

lalu, kitorang pun bergelak ketawa,sebab "salah bunuh". u know lah, direct translation memanglah funny sikit bunyinya, rupanya ini bukan cerita ketawa2 ok. "kamu ingat bunuh amik pisau, tikam2 ke...??? bukan...! kalau kamu bawak kereta, langgar orang tu pastu dia mati, membunuh lah tu. tanpa sengaja". ha... inilah yang kita tak tahu ni. jadi, sila ambil tahu ye rakan2. jadi kita perlu membayar diat dan kaffarah puasa 2 bulan berturut2, sebab zaman sekarang dah tak ada hamba untuk dibebaskan. kaedahnya, sebab niat memang kita tak ada niat untuk mebunuh, tapi "usaha" yang bawak kereta tu kita. (walaupun yang langgar adalah kereta kan). moral: jangan suka sangat ketawa.

lebih menarik lagi, untuk orang muda-mudi yer... dalam mazhab syafi'i, sekiranya kita bawak kereta, di dalamnya ada ibu-bapa atau adik beradik kita, kita bawak laju. lepas tu accident, meninggal pulak ahli keluarga tu, (nauzubillah) maka kita tak boleh dapat pusaka. sebab boleh jadi bersubahat ya3ni...kita bawak laju tu nak membunuh supaya dapat pusaka. jadi, jika anda memandu dengan terkandung ahli keluarga di dalam kereta-pandulah dengan cermat, ingat orang yg tersayang.

ok. soalan lain. ummu ahmad lagi. "seorang lelaki ni tidak solat, dia bekerja untuk membersarkan anak-anaknya, jadi orang semuanya. dia puasa, tapi tak solat. masa hidupnya, dia tak mampu nak pergi haji atau umrah sebab dia faqir, bila anak-anaknya nak buatkan haji, umrah untuk arwah - orang kata haram sebab dia kafir sebab tak solat. jadi macam mana? jawapan: kita tak kata seseorang itu kafir kerana ia tidak solat, selagi dia tidak mengatakan dia telah kafir. jadi, bolehlah. solat bukan macam puasa, kita boleh gantikan - solat takleh... jadi, waris boleh banyakkan bersedeqah dengan harapan pahala itu boleh tampung dosa tak solat.

soalan next: kalau atuk kita dah tak ada, baru kita sedar dia ada puasa yang tak habis ganti - waris boleh tolong puasa atau bayar fidyah. kalau kawan kita bernazar, kita tahu dia tak sempat lagi bayar nazar tu, waris dia yang perlu selesaikan, bukan kita.

lepas tu, jam pun dah pukul 7, semua orang nak kena balik masak lah kan. habislah satu kelas tafaqquh.

jadi pointnye adalah. kalau ada peluang menuntut ilmu - jangan lepaskan. jangan tunggu pencen, sebab tomorrow is never guaranteed. belum tentu lagi kita grad dan bekerja dan pencen apetah lagi. setidak-tidaknya kita ada usaha. kalau di tempat korang tak ada (macam mustahil) apa kata korang yang start - cari ustaz dan anjurkan. kalau korang duduk kat Irbid, aku jemput datang hari Rabu dekat masjid abdullah taal, lepas asar, jumaat pagi. iklan cam biasalah, via YM oleh mariah.

blog adalah bukan primary source, yang aku tulis ini adalah hasil penerangan ustaz tadi, bukan semua ada dalam kitab. jadi, apa2pun, rujuklah ustaz2 berhampiran tempat anda untuk kepastian. pesanan dari csi seisinya: ada neraka disediakan untuk orang yang solat, so, beringat2lah ye. jadi; silalah mencari tahu - jangan cuai dalam menuntut ilmu.

dan mataku menuntut haknya untuk berehat. dan aku ada sebuah artikel motivasi nak kena siapkan untuk sebuah BKAN yang glamor dalam keadaan sungguh aku tengah kering idea. adoi.

p/s: yang layak mengundi, esok tunaikan kewajipan anda!

No comments: