Wednesday, July 29, 2009

magic moments + ubat ajaib

pertama : baru tahu, ramai orang tak boleh terima kenyataan aku jatuh di madinah hasan. well, kan kata malang tidak berbau. d-uhHHH
dah lama nak cerita pasal ubat ajaib. tapi, asik je tertunda-tunda serta terlupa-lupa. (oh, ya harini hari besar yang mungkin merubah masa depan saye)

sebagai seorang anak misi (jururawat) aku biasenye masa belum ada ilmu kedoktoran dulu (skarang baru ade sikit) aku selalu tanya ke mama lah fungsi2 nye ubat-ubat setiap kali gi klinik. kadang2 bila jumpe doktor, mintak ubat lebih, nak buat spare lah kot sakit kat asrama. sekarang lagi lah, kalau doc dengar nak gi belajar overseas, lagi banyak plak lebihan yg dibaginye. aku pun tertanya2, ethical ke ek buat camtu?

bend, atau name sebenarnye atiqah AA, pun sama, masa sekolah dulu simpan ubat jugak. sebenarnye, ubat yang paling penting masa skolah dulu adalah "piriton" atau "chlorapheramine" (betul ke eja?) ya3ni... ubat selsema. ha, itulah ubat ajaib masa sekolah dulu, selesema je terus makan. pastu bila cikgu sains , Mr.Chin kata there's no medication for cold, aku naik2 hot jugak sebab doc bagi piriton + vitamin C cepat je baik. (dulu aku manalah tau kan.. aku tau nak menang aje...) kadang-kadang aku selesema tapi xde ubat, aku mintak lah kat bend. Angah suka makan yang syrup punya, pastu ajar aku plak. ayat die camni, "yang syrup lg berkesan, makan skali je, kering hingus" hahah.

pastu, kat jordan ni, ak tak puas hati lah doc bagi antihistamine. nape tak de piriton. kan cepat baiknye. sampailah satu hari aku pun terfikir nak gi search piriton serta chlorampheramine tu. oh, anti-histamine rupenye!!! malu betul. =P

tapi, lepas belajar pharma, microb juga. docs seme asik pesan aje... tentang pentingnye mengelakkan resistancy kepada antibiotics. aku jumpa ubat ajaib yang baru. ANTIBIOTICS! mama kadang2 condemn, dari segi theory bolehlah, kalau dah beratus-ratus patient, mana pulak nak buat susceptibility test satu2. betul jugak. tapi, agaknya doc maksudkan, yang jenis tak perlu, in terms of self-limiting disease lah kan. aku batuk sebulan lebih awal tahun haritu, (aku syak aspergillosis sbb rumah lama tu mmg banyak kulat dinding) tak baik-baik. sini takde ubat batuk breacol, dan semua ubat batuk sini tak sedap, sekian harap maklum. balik Malaysia je, ubat pertama doc bagi adalah, antibiotics. heh. cepat je clear.

mama berkata, "doctor jordan ni kedekut antibiotik. tapi betul lah, kuat juga antibiotik ni, cepat je dah clear batuknye," . huhu. aku ni belajar pun, susah nak mengekalkan compliance terhadap antibiotics sebab bila dah elok tu, memang susah giler nak continue makan ubat okeh. jadi, sekarang antibiotics adelah ubat ajaib aku yang terbaru. pharmacists selalu nak goda-goda aku suruh beli AB, yelah.. dah doc tak prescribe kat markaz sihhi... batuk sket, nak beli ubat batuk "antibiotics ma biddik?" tapi dentist suka jugak prescribe antibiotics. penting tu, bak kata dr. yuouseff, (macamlah doc lain x ckp). note: dr. youseff hanye kata ada relation ttg kesihatan gigi dan systemic diseases, bukan suruh bagi antibiotics untuk dental patient.

walau apa pun ubat ajaib yang aku percaya, yang penting itu adalah untuk menyedari kesembuhan bahkan tidak sihat itu semuanya datang dari Allah. bukan antibiotics atau piriton!!

beberapa malam yang lepas, aku dah nak pejam mata, dengar bunyi bunga api, lagi best lagi, cahaya dia nampak straight dari tingkap aku ni. aku pun tengok, rasa magical pulak. hahah. terus terinspired nak tulis entry ni. magic moments in my life itu, ada tiga. not in favorite order.

pertama - fireworks. bayang sendiri lah ye, keindahannya. tapi aku mmg suka tengok.


kedua - snowing. nights most preferably.



ketiga - angin kencang yang tiup bunga / daun terbang, asalkan tak masuk mata. sandstorm tidak sama sekali!

jangan nak kata aku drama queen sangat. tapi, masa-masa begini mmg aku rasa magical sangat. so, sudah terang lagi bersuluh, magical is not neccessarily spells and vanquishing potions. aku tak suka harry potter. tak suka harry potter. tak suka harry potter. tapi sangat suka charmed. =)

it is about how you feel inside, and what you believe in. i've found my magical moments and berbaki beberapa tahun sahaja lagi untuk malam-malamku dengan salji, jika ada.
pasal hari besar tu, aku discover minat aku yang baru untuk masa hadapan. sibuk ni, esok kan ada presentation. (dalam hati berdoa sangat esok xde presentation. guest lecturer harini, dan esok adalah best terlampau.)
hari ni yom-elnata2ej - hari keluar result tawjihi (macam result spm) bising giler... by this moment mom mom tgh luah perasaan sedih terlampau dy sebab terkenang tawjihi dia dapat 90% - obsessive betul... jalan raya dengar orang hon2 dan jerit2 partying lah. yelah, anak2 ada yang nak masuk kuliyyah tibb this summer. jumpa nanti juniors!
p/s: sekejap je cuti budak2 ni. tawjihi habis masa cuti 2nd sem aku dulu, ni dah dapat result...

No comments: