Sunday, November 22, 2009

cerita Dia yang menyembuhkan aku

kalau terpaksa balik rumah time maghrib DARI JAMIAH mmg tak best. kalau share3 jameah xpe.. huahua. bukanlah ape.. tapi mmg sayu la kan sampai2 mujamma3 dah azan maghrib. dan memang lebih letih dari biasa lah kan. tp disebabkan tadi lambat kerana menghadiri lab histology yang dibintangi Dr.Jamal... aku rilek2 saje lah lambat pun...

****bersambung****

tiba2 dapat tahu bahawa NHNE aka nana (budak taayah tau sape) berada di irbid, rumah bawah. bliau study di mansoura oke, ikut her parents datang wat lawatan on behalf of yayasan perak. tibe2 rasa nk bjalan ke mesir..huhu.. walaubagaimanapun harus diingat larangan keluar Jordan tanpa mahram oleh encik abah. sangat tak sangka boleyh berjumpa dgn beliau setelah 5 tawon tak jumpa (she left after PMR).

okeyh. back to our topic for today...

aku telah menemukan cintaku yang dah lama menghilang untuk bahasa Arab. bukan la menghilang, maksud aku, memudar sekejap, maksud nye, tak hangat macam zaman muda-muda dulu. (ya, mmg saye tidur dlm kelas ustazah rotipah secara kerap, tapi sumpah sy suka sangat bahasa arab =)) cuma, bila dah asyik dengan bahasa arab ammi, lama2 jadi terabai pula bahasa arab fusha. rugi...rugi.... alhamdulillah sejak ada multaqa ilmi bahasa arab tu, ak kembali memupuk cinta terhadap lughatiddhaadd ini.

jadi, sejak kunjungan pertama aku ke markaz sihhi di irbid, aku dah tertarik pada phrase
 "و اذا مرضت فهو يشفين"
yang terpampang dekat lobby markaz sihhi tu. seketika aku tertanya2 apakah ini hadith atau dari AlQuran, sampailah aku tak berapa sihat beberapa menjak yg lalu dan cik semplitt tlh bg ayat2 shifa' maka bertemu lagi dengan ayat ini dari surah assyuaraa 26:80. jadi.. sebagai org yg pernah belajar bahasa arab dan lupa pulak apa yg dah dipelajari, (huahuahua) aku pun tertanya2, macam mana boleh jadi
يشفين
instead of
يشفي

kerana tasrif fe'el bagi "dia lelaki" mestilah يشفي . this is Quran we're dealing with, mustahil salah. jadi kebetulan ustaz dah menyentuh bab tasrif ni hari sabtu semalam, maka aku pun kemukakan soalan bernas ni.

jadi jawapannya, seperti berikut bg yang berminat...

يشفين ni semestinya nun pada hujung kalimah itu dibaris bawahkan. nun itu kita panggil نون الوقاية kerana maksud ayat ni adalah "dan apabila aku jatuh sakit, maka Dialah yang menyembuhkan aku" jadi, supposedly jadi يشفيي . jadi adanya nun itu untuk menyelamatkan fe'el يشفي  menjadi يشفيني . toyyib (gaya guru-guru bahasa arab). apabila dimashafkan dalam resam othmani, maka "ya" pada hujung kalimah ini dihazafkan dan diberikan baris kasrah  (baris bawah) litakhfiif...kepada perkataan tersebut. maka itu lah yang terdapat dalam alquran mashaf othmani hari ini... faham kawan2???

memang sangat interesting bila dapat belajar balik semula bahasa arab macam dolu2.. my fav would be i3rab kot sebab mmg ada rasa thrill bila buat i3rab. yeay yeay.. dalam perancangan nak mintak nota2 ustazah azzyati untuk ulang kaji. hmm.. ok lah, sudah mau beradu dek headache yg melanda bagai nak rak.

p/s: tertunggu2 bila cousins seme nk upload photos wedding kak long amie on facebook. sigh~

pps: ketahuilah bahasa arab itu super indah, dan sangat mengasyikkan. walaupun lagu2 dia mungkin tak kena pada selera sesetengah orang, tapi bait-bait katanya mmg puitis habis... memang terawang2 lah kan kalau tgk tu.. mungkin sbab bahasa tu sendiri mmg indah. lelaki arab agaknya mungkin tak perlu kerja keras sangat nak mengayat sebab the language is already sweet by itself.

 كتبت ما تقراءون

2 comments:

aisyahrkh7 said...

salam alaik..
one, nk join kelas arab..
insyaAllah next kls ak dtg menyebok..
nk pegi ajk ak eh..

atiqahdahalan said...

eh..jemput2.. aku mmg nk promote org join kelas tersebut..huhu

nnt ak dingdong loceng umah ko jgn marah plak eh..btw, mggu ni xde kelas arab ni, cuti raye...akidah sila check iklan