Thursday, November 26, 2009

eid adha 2009


masih berbaki beberapa eid lagi untuk aku hidupkan di Irbid. bersama-sama dengan keluarga sekunder aku. heh, banyakla aku punya sekunder. walaupun bukan adik beradik sedarah daging, tetap aku anggap macam family aku sendiri. dari day one aku sampai sini lagi inilah dia muka-muka yang hari-hari aku hadap sampai dah masuk tahun tiga ni. tahun satu, raya haji kitorang pegi beraya kat mu'tah dengan kakak2 senior taayah, tahun 2 , raya dekat rumah horror bawah tanah tu, mlm raya aku duduk rumah mar.huahua..sorri lah amat aku lari2 plak malam tu. huhu~ jadi tahun ni, betul2 aku beraya haji dengan ahli csi. ketahuilah, kalau tak dapat makan berempat juga aku rasa kurang selesa, sebab dah 3 tahun aku makan sama2 dgn diorang ni.

sekarang, kita terfikir nak raya dengan family, tapi aku tahu, satu hari nanti mesti akan rindu juga nak beraya dengan anak dara bertiga tu. lepas solat isya' tadi, seawal 6.30 ptg lagi dah start memenuhi dapur memasak untuk raya esok. menu2 adalah ketupat,ketupat palas, rendang ayam, kuah lodeh dan kuah kacang, kek marble dan kek apple. mmg best memasak sambil2 makan kek apple dan minum kopi che'nah yg panas. tau2 je bila dah time makan rendang, perut pun dah nak mencapai limitasi dah. hadeiiii.

beberapa hari lepas aku terfikir, hidup ni memang singkat dan kita selalu kena buat keputusan. biasanya kita tak boleh dapat semua yang kita mahukan. biasanya ada pertimbangan. yang seronok di dunia dapat, akhirat dapat. yang dunia dapat akhirat tak dapat, ataupun yang dunia tak dapat, akhirat dapat. aku rasa korang pun faham maksud aku, so selalunya kita mestilah nak yang dua-dua pun dapat. jadi berdoalah semua supaya Allah berikan yg terbaik saja untuk kita. dan, hidup mmg sekali saja dan kita mmg nak yang terbaik. dan kalau ayat aku pada kaunselor di sebuah sekolah di Gombak dulu, "cik, hidup remaja saya ni sekali je seumur hidup, saya nak saya ada kenangan yang indah, bukan kesedihan mengenangkan kebahagiaan yang saya patut rasakan" -->merujuk kepada kalau duduk di Taayah aku akan ada masa muda yang best, tapi kalau stay kat sekolah tersebut aku akan sedih meratap je...huahua..

insyaAllah csi ada buat takbir raya esok, tapi sampai sekarang aku tak tau lagi akhawat 1st year mana yg nak dtg rumah kitorg..sbb aku rasa motif buat takbir ni adlah untuk mengubat kesedihan adik2 junior tu tak dapat beraya dgn family...jadi bila tahun ni takbir diinjak kepada selepas sembahyang raya dan masih tak tahu lagi sape adik junior nak dtg (tolong masak ke kan) kitorg sedikit hairan juge..

adapun, selamat hari raya aidil adha untuk semua umat Islam. ada yang berkorban, terkorban mungkin juga dikorbankan. huhuhu.. yang penting, semalam ustaz pesan, pengorbanan itu perlu kepada sabar dan mujahadah. mujahadah tanpa sabar akan terhenti, sabar tanpa mujahadah, errr...memang teruk lah. aiyo~

ok lah, sila tidur awal semua sebab esok semayang raya jam 6.45 pagi ok. lagi awal dari time aku pergi sekolah wooo.... selamat malam cinta.

4 comments:

aisyahrkh7 said...

salam alaik..
hoho..ak rase familiar je kopi che'nah itu..haha
dlu tiap kali ak nk blk smka lps cuti, msti lalu kilang kopi che'nah tu..
kt chenderong balai teluk intan..
ngueng3..
nostalgic sungguh kopi che'nah itu..
mengingatkan ak pada seseorg..huu..
x nak ingat..

atiqahdahalan said...

hoho...aisyah, utk pengetahuan anda, ak sentiasa ada stok kopi che'nah sejak dari 1st year lagi..bukan minum slalu, on special occassion + mood sajor... btw, sekali skala rindu nk minum, jemput la naik...

ini_imah said...

oooo...kopi che nah ..slalu singgah kat masjid dpn skolah agama....em...one duk dkt ngan rumah aisyah ke???

psychedelicmundo said...

yeah long live student activism huhu....