Saturday, December 23, 2017

Cara Isi MyDeposit Tanpa Pening Kepala

Assalamualaikum WBT..

 
Setelah seberapa purnama kita menunggu, akhirnya permohonan MyDeposit telah pun dibuka bermula 15 Disember 2017. Kita ni pun excited ingatkan senang-senang je boleh settle application. Rupa-rupanya, jauh lagi perjalanan - padah tak buat kajian awal sebelum mulakan permohonan.

Jadi setelah permohonan kami lengkap, terasa nak kongsikan cara memohon MyDeposit ni supaya orang lain tak perlu menghadapi apa yang kami hadapi..Sampai satu section, discover satu demi satu dokumen yang diperlukan tapi kita tak ada.. Padahal manual isi borang tu awal lagi dia dah publish kan. InshaAllah kalau anda follow betul-betul panduan ni, boleh anda selesaikan permohonan ni tak sampai 20 minit pun..

1. Persediaan Dokumen


Ni dokumen yang diperlukan. SEMUA kena ada. Kalau ada yang tercicir, bahagian profil peribadi pemohon tak dapat dilengkapkan, jadi tak boleh nak move-on ke bahagian permohonan pun.

Yang dah selamat di upload macam ni lah rupa dia.

Tapi bukan tu sahaja, ada lagi dokumen yang diperlukan untuk bahagian permohonan.

Secara kesimpulannya dokumen yang perlu :
Cara dapatkan dokumen dalam tulisan italic

  1. Salinan kad pengenalan (depan belakang) pemohon
  2. Salinan offer letter / pengesahan daripada penjual - dapatkan dari agen ataupun pemaju. 
  3. Salinan bil eletrik kediaman sekarang
  4. Salinan sijil nikah
  5. Salinan penyata gaji terkini pemohon
  6. salinan penyata kwsp atau penyata cukai pendapatan pemohon
  7. salinan surat pengesahan majikan : mesti mengandungi item berikut : Nama, No KP, Status perkahwinan, Taraf jawatan, gaji, tempoh perkhidmatan. - HR jabatan masing-masing
  8. salinan sistem maklumat rujukan pusat pemohon (CCRIS report) - rujuk point seterusnya
  9. salinan penyata kwsp atau penyata cukai pendapatan pasangan
  10. salinan surat pengesahan majikan pasangan: mesti mengandungi item berikut : Nama, No KP, Status perkahwinan, Taraf jawatan, gaji, tempoh perkhidmatan.
  11. salinan sistem maklumat rujukan pusat pasangan (CCRIS report)
  12. sokongan dan pengesahan pemimpin tempatan - download borang di laman web sprn bahagian permohonan, cari ahli parlimen / DUN / Penyelaras Parlimen / Penyelaras DUN / Pengerusi JKKK / Pengerusi JKKKP / Pengerusi JPP)
borang sokongan dan pengesahan pemimpin tempatan

okay.... yang ni tulisan merah sebab paling leceh and memerlukan masa... semua dokumen ni perlulah boleh dimuatnaik (upload) ke server sprn.. fail dibernarkan pdf, jpg,tapi SAIZ MESTI KURANG DARI 1 MB. selamat scan document & resize ya rakan-rakan.

2. Cara dapatkan laporan CCRIS secara online

  1. Pergi ke https://www.mycreditinfo.com.my/
  2. Daftar akaun. 
  3. Dokumen yang perlu diupload : Salinan IC depan belakang, Salinan lesen/ penyata KWSP / bil utiliti - untuk buktikan memang kita yang mohon laporan tu.
  4. Kos : RM 10. Bayar secara online banking.
  5. Laporan akan diemail kepada anda dalam masa sejam.

3. Siap sedia cari maklumat yang diperlukan untuk lengkapkan permohonan

  1. Kod majikan ( rujuk payslip)
  2. Kod pemaju ( kalau tak tahu, boleh check dengan laman web kpkt. Carian Pemaju - hanya masukkan nama projek / nama pemaju. Kalau pemaju ada banyak projek kena cari projek kita fasa berapa. Kalau kod tak lengkap - projek kita takkan appear dekat bahagian permohonan)
  3. Keluasan (kaki persegi). (darab je lebar & panjang dalam brochure tu kan.. jangan panik pulak nak isi borang brochure hilang)


carian kod pemaju

4. Mulakan permohonan

Dah lengkap semua ada, barulah boleh kita ke laman web sprn untuk daftar..

Mula-mula create account dulu, lengkapkan profile dengan update semua dokumen diperlukan.
Bila profile lengkap baru pergi cari balik page mydeposit dan klik MOHON. ha... jangan main-main, ikon mohon di kecik cenonet je macam tak berapa nak bagi mohon pun ada...


ikon mohon kena scroll page sampai bawah ok

Dah masuk sini baru kita akan upload offer letter dari pemaju dan sokongan pemimpin tempatan.
Lepas tu boleh lah hantar permohonan lengkap anda dan teruskan berdoa.

Silakan kongsi dengan kredit ke https://atiqahdahalan.blogspot.my/ secara percuma, cuma tolong doakan kami pun dapat bantuan MyDeposit ni ye.. 

Terima kasih.

Wednesday, January 25, 2017

#mygerikmemoir

#mygerikmemoir

My first day in Gerik was not so bad. Abah tailed me all the way from home, being patient with my sub-par driving skill.. (Last week on my way home, while attempting to overtake a lorry, I nearly crashed into a car from opposing direction - so today every time I'm overtaking a lorry, I would have palpitation.. aiyoh)



Menyedari pergantungan hanya pada Allah.

Sampai je di bilik sewa, tuan rumah pun dimaklumkan yang kami ni hanya akan menyewa untuk sebulan sebab dah dapat rumah sewa di taman berhampiran. Lepas tu tuan rumah pun bukak cerita kejadian pecah masuk kat kawasan tu.. Disusuli pesanan-pesanan orang tua, kawan-kawan orang tua berkenaan perkara-perkara yang kena berjaga-jaga kat Gerik ni..

I know mom is very worried - we both cried during our goodbyes. This transfer is very hard for me, mommy and my husband I guess. But we have all asked Allah to arrange for the best for us, and slowly we are accepting that THIS IS the best for us.

During dinner, Nad's father reminded us to amalkan doa-doa untuk keselamatan..

أعوذ بكلمات الله التامات من شر ما خلق

بسم الله الذي لا يضر مع اسمه شيء في الأرض ولا في السماء وهو السميع العليم

Doa abu Darda'



At which I realized here, I only have Allah as my guardian and companion.
(Alhamdulillah ade jugak Nad sebagai kawan susah senang for god-knows-how-many-months). Something I have long forgotten sebab di rumah, selalunya rasa secure... Bila dah berjauhan macam ni memang terasa sangat kebergantungan tu hanya pada Allah SWT. Sepatutnya kat rumah pun kena ingat, Allah tu satu-satunya tempat bergantung..huhu... Alhamdulillah Allah bagi peluang nak beringat..

Mama pesan, take this hardship as an opportunity to become a better person as a whole. I am very positive at this moment (sad that Im away from my beloved ones but at the same time, optimistic of the goodness that are about to come my way, inshaAllah).

Today I was also reminded of what an amazing support system I have - my family and my CSI family. I told everyone about how upset I was about this transfer and they did nothing but sending good vibes and prayers for me. God bless these amazing souls, and if ever comes the time they need me, I wish I could be as great support as they were to me today. Thank you guys.