Tuesday, October 30, 2012

winter hair care :-)


assalamualaikum all you gorgeous girlsssss!!!

amboi lama ye akak tak update siri dua ratus lima puluh enam. Harapnya lepas start rotation anaesthesiology nanti adalah update balik. Sekarang ni tengah cuti la uols... Kita santai-santai je gitu...

OK... Menjelang musim sejuk ni, antara masalah paling tak best untuk most of us ialah, kelemumur... So, I nak share lah kan products yang tested and proven to control dandruff ni.

Antifungal shampoo.

Sounds so nasty kan... bagaikan ada fungus pulak kat kepala tu... Sebenarnya memang antara indication antifungal shampoo ni untuk dandruff tau. Awal-awal ni pakai 2 kali seminggu, lepas tu pakai seminggu sekali je. Hari biasa boleh pakai shampoo favorite masing-masing. Bukan apa, kalau Head & Shoulders I perasan kalau you stop pakai, dandruff pun ada balik kan. Kalau antifungal ni just guna je sekali seminggu, and voila! memang terbukti no more dandruff...

Antifungal shampoo ni contohnya Nicozal, Kenazole. Boleh beli dekat farmasi. Guardian, Watson pun ada.

Selsun Blue anti dandruff shampoo

Ok...Selsun Blue ni akak beli kat Malaysia haritu. Memang Bagus jugak, cuma tak jumpa je dekat sini. Sama macam Antifungal shampoo, guna sekali seminggu dah memadai. 

Boleh beli di Watson, Guardian.


Masalahnya, kedua-dua antifungal and selsun blue ni buat rambut rasa kasar... So, lepas guna tu you bolehlah guna shampoo biasa dan condition your hair... Speaking of which, I've found the best conditioner EVER masa balik cuti hari tu... Herbal Essence Hello Hydration atau dalam bahasa arab bye bye jafaf? haha.. alhamdulillah la jumpa pun dekat jordan ni after sebulan mencari.. Very moisturizing.

Hair Supplement.

Ini just nak share je la, takde kena mengena dengan dandruff... Untuk rambut lembut feeling-feeling baru balik salon, lepas basuh rambut bolehlah letak hair vitamin macam ni. Ellips ni best gilaaaaa. Too bad I only have two boxes, each box ada 12 capsule je :-(. It's fairly cheap, RM 2 je rasanya sekotak ni.. (Walhal dekat salon kak leha dia charge RM2 satu capsule, sabar je la...) I beli dekat Giant ha.. Memang lembut la rambut, dah shampoo balik the next day pun still rasa lembut lagi..

One more thing yang murah tapi berkesan is Jefan Hair Treatment Mask... 2.5JD je dekat Shouha Center berhampiran duwwar jamiah. Kalau dekat tempat lain biasanye 4 JD... tapi yang ni leceh sikit sebab mask kan, so kena leave on your hair few minutes then rinse... And it's veeeeery sticky..Susah nak rinse off. Tapi, result memang amazing. :-)

Ok lah, selamat mencuba! Just because you wear tudung, doesn't mean you can take your hair care regiment for granted. Apa-apapun yang penting nak rajin je... Product elok pun kalau dah malas tak jadi jugak, kan?


Wednesday, October 17, 2012

dua ratus lima puluh enam day 31/32


I am currently in radiology rotation... Menangisi knowledge anatomy yang hambar... Adoi... Yes, I have tortora on my desk now, just because the 3rd year resident loooooves anatomy so much. Tapi bagus la, rasa macam kena buat flash card pulak untuk jangka masa panjang. cewah.

Ok, sebenarnya harini punya post nak cakap pasal rotation Surgery untuk 4th year... What I know now, that I wish I knew then.. 

Reference :

Stick to one reference - whatever book you find comfortable reading.
For the purpose of history : Browse's.
Physical exam? - what your attending tells you in round.

The Round.

Ok, for me, paling horror sekali last year was Paeds. Surgery was quite ok, except ada Dr. T yang so allergic with our group A5 for being so incompetent in Anatomy. Heheheh... 

What doctors love to ask about during rounds?

- History. - if it's not your case, and your colleague screw up his history, most likely he will ask you what should've been asked, and why.
- PE findings

Then he discusses the topic with you. So, he will ask about signs, causes, risk factor, any cardinal/hallmark stuff about the condition, and also investigation. Very rarely he will ask about treatment to fourth year student. If you read from a textbook, most likely you will be able to answer his question. Now that you know what he's going to ask, you'll find it easier to choose from the massive amount of information in your textbook.

How to benefit from your rounds?

Ok, let me be clear that for OSCE exam we have 3 stations, 2 history + 1 Physical Examination. I will now share with you the secret to being extra calm on your OSCE day, and the night before. READ CAREFULLY and share with your friends later.

1 . Take history DAILY. Before that, go back to Browse's and understand what are you trying to achieve from asking that particular question.

2. Find OSCE checklist - books available in library, or past year mock OSCE files and see which point you should stress upon for each condition. Patient will be presented with chief complain and all you will have to do is analyze that. Of course, to come up with Ddx + Investigation.

So, whenever you have extra time - practice that focused history taking skills. With friends, or patient.

3. When your attending ask for volunteer to do PE - volunteer. Even if you have done it yesterday, volunteer again and again. This was my biggest regret. I wish our group had requested more PE during our surgery round. Kalau groupmate mengata korang poyo pun takpe, sebab only when you do PE depan specialist you will learn to do it correctly. 

Kalau tak ada doc, kadang-kadang patient agak reluctant jugak nak bagi you perform PE on him/her. Plus, with the doctor's presence, you yourself will feel more confident untuk buat PE. Tapi, here's the catch, most people, even myself tak volunteer sangat untuk buat PE sebab tak tahu how to do it.

So, go back to macleod's and youtube and see how they do PE. Or, you can ask a senior to teach you how to do PE. Then, bila doc mintak volunteer, you volunteer and be assured that you're doing it right. After few times, you will be good at PE, now start doing it like a pro with your patient during your history taking.

The thing is, masa nak osce nanti. You'll be nervous gila kalau mmg pernah buat PE beberapa kali sahaja dekat patient. Because that's not a mannequin ye, that's a real person. HUMAN. It's alive, talks back to you and you will have to touch him without excuse! The only way to overcome that nervousness, is of course by practice. Ala, bila nak buat PE mula2 ni mesti ada palpitation kan... So, buat PE sampai korang dah tak nervous bila pegang patient.

ok? clear? Round surgery ni selain dari untuk kutip maklumat ialah untuk berlatih PE. PE. PE. history tak apa, you can practice dan ada rujukan nak tengok if you hit the point or not. tapi PE? Hanya jauhari yang kenal manikam...tak gitu? Senior-senior ni boleh la tolong tunjukkan macam mana nak buat, tp untuk pengesahan, korang MESTI buat depan doc, baru boleh betul...

Ok, now you take good history, and you're amazing at PE. Bila round pun tak segan nak present case or perform PE. Kan bahagia hidup camtu? kan? kan?

The exam.

Ok...dah osce, mini osce pulak kan... inshaAllah kheir... focus je la dalam lecture dan balik rumah study. Gila cliche kan, tapi nak buat macam mana...dah memang cenggitu kaedahnya...

Past year, maybe keluar maybe tak keluar - tapi for OSCE I highly recommend you practice SEMUA soalan yang pernah keluar.. untuk final, past year tu boleh dijadikan guide je sebagai apa benda yang penting untuk you tahu... 

Ok cukuplah sampai di sini...esok ade lecture dengan doc muqim tahun 3 tu...wuwuwuwuwuw...
apa-apa pun feel free to ask, add suggestion ye, adik-adik, kakak-kakak dan abang-abang.

Lots of Love.

Tuesday, October 9, 2012

Islamization of Fashion Vs. Fashion In Islam


So I've been caught up with my "dua ratus lima puluh enam" series I rarely blog about anything else but my 256 days journey in my 5th year of medical school. Today these fashion thingy popped up somehow, out of nowhere in my mind.

Let's define Islamization of Fashion.

Islamization (also spelt Islamisation, see spelling differencesArabicأسلمة‎ aslamah) or Islamification (pejorative Muhammadization) has been used to describe the process of a society's conversion to the religion of Islam. - wikipedia.

In my POV, Islamization of Fashion ni, is when you mash something up from your closet and try as much as possible to make it in accordance to the "dress code" in Islam. What about fashion in Islam? 

Fashion is a general term for a popular style or practice, especially in clothing, footwear, accessories, makeup, body piercing or furniture. "Fashion" refers to a distinctive; however, often-habitual trend in a look and dress up of a person, as well as to prevailing styles in behavior.-wikipedia

I supposed that would make fashion in Islam as style, especially in clothing, footwear, accessories yada yada yada of a Muslim. But we can't use the word "popular" because what's popular among Muslimaat these days are not really what was promoted in the Quran and the Hadith.

Dalam bahasa ibundanya, Islamisasi Fesyen ni, bila kita cuba untuk masih menggayakan fesyen popular semasa, tapi dalam keadaan kita ikut garis panduan berpakaian dalam Islam. Manakala Fesyen dalam Islam, SEPATUTNYA mengikut yang telah ditetapkan dalam alquran dan sunnah.

Masalahnya sekarang yang menyebabkan timbul post ni adalah, I once tried Islamization of Fashion ni. When I go shopping for things to wear - I'll go find something huge supaya longgar, tak mengikut bentuk badan, tak jarang dan tak begitu menarik perhatian. I even like the idea so much, I once thought of having my own vintage-muslimah collection tau!Sammmpailah satu hari, I bought this blouse, labuhnya sampai ke betis, memang longgar tak nampak bentuk badan. To me, this is OK dah lah kan. Then my dad was like, "Betul, memang labuh dan longgar, tapi you jangan lupa konsep menutup aurat dalam Islam. Baju tu nampak macam baju orang nak bergaya. Nak cantik-cantik nak bagi siapa tengok?" jeng jeng jeng... Ok, siapa nak tolong jawap?

I guess, with that, kita pun dapatlah simpulkan cara-cara beli baju mengikut piawaian abah masing-masing ye. I have baju kurung yang tak lepas that pre-requisite I swear - on the part yang tak menarik perhatian (tabarruj bahasa orang sini).

Yang dianjurkan Islam senang je guideline dia, Longgar, Labuh, Menutup Semua bahagian kecuali muka dan tapak tangan, serta tak menarik perhatian. Berkenaan aksesori pun sekarang banyak jugak orang pakai rantai dekat luar tudung, I don't know la about you, but I pegang dengan pendapat aksesori yang boleh dinampakkan adalah cincin. Gelang? I'm not sure.

Tapi, kalau dah colour-blocking pulak kan kaedahnyerr, macam mana nak menepati ciri-ciri tak menarik perhatian tu. Kalau longgar dan labuh memang tak susah dah nak cari, insyaAllah. Even vintage dresses sekarang memang banyak yang menepati piawaian tu. Tapi memang masalah negara untuk orang perempuan cari baju tak menarik perhatian. Kenapa?

Fitrah serta Ruang dan Peluang.

Memang fitrah wanita tu suka berhias. Perempuan yang cakap tak suka berhias tu besar kemungkinannya malas. Semua perempuan suka bila dipuji cantik. Sebab tu bila beli baju, we always ask people yang teman kita shopping tu, "wei, cantik tak?". Tapi yang silapnya bila kita bercantik-cantik di luar, untuk yang tak halal bagi kita tapi pakai baju paling buruk di rumah. Kadang-kadang bibik pun pakai lagi cantik dari Mem kat rumah. 

I memang suka kalau dekat Irbid ni duduk dekat salon. Sebab I learnt that Arabs memang ada budaya berhias di rumah. Walaupun I disagree on few things tentang ni,dari segi terlalu menjolok mata dirumah dsb. tapi pokoknya I memang rasa kita kena belajar dari arab budaya bercantik-cantik di rumah. Kadang-kadang dia di luar pakai jubah hitam tudung hitam tu lah, tapi bila di salon - sini salon perempuan tak ada pekerja lelaki dan kawasan tertutup - memang cantik-cantik semuanya. Datang buat rambut, facial, manicuree, pedicure.. In fact I pernah jumpa makcik yang in 50s pun datang lagi ke salon buat rambut ok.. kelas kau jahh..

Ok, bab ni kita boleh belajar dari arab. Tapi, BUKAN SEMUA YANG ARAB PAKAI TU KITA BOLEH PAKAI. When I first came to Jordan, I describe cara berpakaian arab ni - very westernized, but without bare skin. Yelah, dia pakai semua yang western culture pakai only they wear tights inside to wrap the skin. Yang malangnya, kita dekat Malaysia ni, asal arab pakai, kita nak pakai. Arab hisap shisha kita pun nak shisha. Arab makan nasi mandy, kita pun nak makan nasi mandy - tapi takpela sebab mandy memang sedap dan halal kan :-) 

Berapa ramai kita yang pakai baju cantik di rumah, maybe some makeup tapi bila nak keluar wipe it all off and change to something less attractive. Biasanya kita dekat rumah selekeh, pakai baju buruk dan sejam sebelum nak keluar kita pun mula tepek segala mak nenek makeup dekat muka dan pakai baju paaaaling cantik untuk tatapan entah siapa yang kita nak jumpa di luar. What usually happens, keluar rumah pakai kaftan, makeup guna MAC, balik rumah pakai baju kelawar buruk bedak sejuk bertepek-tepek..

Jadi kita kena ada give and take. Di rumah pakai cantik-cantik, and make it exclusive - untuk suami sahaja. As for me, I believe di rumah walaupun abang dan ayah tu adalah mahram, masih kena bersopan dalam berpakaian. Jangan la ketat-ketat singkat-singkat. Then bila nak keluar rumah cukuplah kita bersih, kemas dan presentable. Ha... speaking of presentable, kalau kita nak menyebarkan syiar Islam dengan pakaian yang dianjurkan Islam, pastikanlah kemas dan bersih. Kalau pakai pun comot-comot,pasola herot... Sedih!

Ladies night. Pun satu alternatif yang baik jugak, bagi can la orang perempuan nak lawa-lawa sama-sama dia kan... Tapi, susah nak achieve ladies night yang terpelihara ni. Ada jugak berlaku namanya ladies night, baju pun dah vogue the vazz tapi ada jugak terselit mat-mat tiga empat kerat, tetap tak boleh gak tu kak..

Eh,ok lah karang panjang-panjang uols jugak tak larat nak baca kan. I know I pun tak sempurna lagi tutup aurat. Tapi kita sama-sama usaha kan. :-) Kalau you sayang abah you and abang-abang you, peliharalah aurat dengan sempurna. Mudah-mudahan kita jadi tiket mereka ke syurga, bukan ke neraka.

Monday, October 8, 2012

dua ratus lima puluh enam : day 23


Actually I technically finished forensic rotation on Thursay... 5 days only in forensic. Minggu ni cuti la seminggu. If interested we're still allowed to go to the teaching center. Tapi kalau dah cuti tu, faham-faham je la.. so, minggu ni pergi uruskan iqamah je..

Ok, untuk forensic.. kesimpulannya, rotation yang menarik tapi rasa sekejap benor la 5 hari kan.. Yang penting group korang jangan cari pasal dengan doc..InshaAllah berjaya cemerlang dalam exam.

Yang penting jangan lupa, ambil peluang untuk muhasabah, dan mengingatkan kita kepada mati...

Tuesday, October 2, 2012

dua ratus lima puluh enam : day 17


"cukuplah maut itu sebagai peringatan"

Semalam, pada hari kedua rotation forensik, I dah syak dah kemungkinan nak tengok autopsy disebabkan sampai-sampai je pagi tu terdengar alunan ayat suci alquran entah dari mana. Orang ofis kot pasang. Dan bau kemenyan arab or setanggi. (This is my theory, sebab on Sunday, and today Tuesday tak ada pun, dan tak ada kes for us to see). Also when we walk pass one of the rooms nampak macam ada ramai-ramai orang pakai kot putih tengah duduk semeja macam morning report je kan.

 Then Dr. datang bagitau pagi ni kita ada dua kes, satu RTA, satu cardiac arrest. Dua-dua umur 27 tahun, one male, one female. Bila kita rotation forensic ni, autopsy is priority. Kalau tak ada autopsy, kita proceed dengan seminar, kalau ada kita turun pergi tengok dulu, then only kita sambung dengan seminar. Sebab bukan every morning ada kes kan. So, we were told to leave our stuff, and took barang penting je untuk turun. No laughing and smiling allowed. So, kalau excited pun jangan nak buat muka excited eh.

Nervous jugak la kan, tapi tak de la takut rasa nak pengsan macam first time masuk morgue dulu. Rasanya semua orang pun ada perasaan yang bercampur baur pagi tu. Kita teruja nak belajar, at the same time kita tak tahu what to expect, dan perasaan ingat mati pun datang menyapa jugak sekali sekala. Lepas tu kita pun masuk dan mayat tu masih berbalut dengan cadar dia, lepas tu Dr. suruh kita keluar dan panggil staff untuk prep kan mayat tu untuk autopsy. Remove her clothes and basuh-basuh skit kan.

Lepas tu masuk balik, dan proceed lah dengan teaching. Tengok hypostasis, primary rigor mortis and stuff like that. As for me, I do have this feeling takut bila tengok mayat yang mayat. (ha?). Kalau tengok movie pun, mayat, especially yang berkapan, berselubung ke, muka pucat lesi tu, I memang tak berani - I blame it on the fact that I jarang ikut pergi ziarah orang meninggal - well vicious cycle of fear. Once the Dr. cut her open, rasa takut memang hilang sebab I detach from the fact it's a mayat sebab I dah focus dekat the anatomical details of her internal organs. Ok now I sounded creepy - tapi kalau benda fresh memang I rasa macam tu. Fresh blood is OK for me, even kalau banyak pun, tapi kalau darah kering dekat dressing luka, or cadar I memang tak berapa selesa nak tengok. I have to admit, memang jaaaaauh beza tengok organ waktu autopsy dengan organ dalam lab anatomy kita tu. Walaupun dalam lab kita pegang-pegang kan, tetap tak sama. 

Walaupun I was hoping to see more autopsies masa first day of forensic, after that one autopsy rasa macam hmmmm... cukup lah kot dulu. Sebab post-traumatic distress syndrome dia...Ha.. sampai ke malam nak mengenangkan. Sampai balik rumah, dah nak masuk tidur pun dok terbau-bau lagi ye. Selama ni what I perceived as bau mayat is actually bau kapur barus. Abah kata sepatutnya tangan tu siap-siap sapu belacan, so that bila dah masuk dalam bilik mayat, agak-agak nak bau tak best, just bau je belacan kat tangan sendiri. Malam tu before abah n mama tidur masing-masing pesan supaya tidur je dan jangan ingat-ingat dah pasal autopsy t - heh, ye la tuuu.

We didn't get to stay sampai habis autopsy doc dah suruh keluar for some medical reason - which doesn't really make sense. Tapi kiranya masa tu heart, lung, spleen, liver, kidney, uterus semua dah bawak keluar for investigation. Besar jugak kidney ye rupanya. Isi perut pun doc amik sikit specimen. 

Terkedu jugak ye lepas tu. Laki ke perempuan ke semua sama je. 

Itulah, mati tu tak mengenal usia kan. Mama kata actually ini semua rezeki. Sebab ada jugak mama pernah jumpa doktor yang tak pernah tengok autopsy dari sejak belajar sampai dah 25 tahun kerja pun. Ha.. ada tau. Bak kata along pulak yang  moleknya kalau peluang tu kita guna untuk mengingatkan diri kita tentang kematian. 

One more interesting thing tentang morgue ni, adalah cara dia susun tempat tu. We won't bump into family members. I don't think people will be comfortable knowing 20+ med students are there to see the autopsy. Kalau kat sebuah hospital di Malaysia tu, mayat masuk ikut situ, family pun tunggu situ, student masuk ikut situ, pekerja masuk ikut situ. Ada ka patut... Apapun semoga Allah ganjari lah si mati dan keluarga dengan balasan yang setimpal, kita ni dapat ilmu pulak dari dia kan.. 

Yang sayunya tu sebab muda lagi kan. Lepas tu, bila doc bukak tu, aku terfikir pulak. Mintak-mintak bila aku mati nanti tak ada kena autopsy, nak-nak orang arab yang buat, kasar nampak gayanya.. Takde beradun macam ko tengok dalam CSI tu...tipu daya je semua tu... Dan terasa sangat nak jaga kesihatan sebab malu rasanya kalau mati, memulangkan barang pinjaman dengan keadaan tak sempurna.. 

Sekian.. renung-renungkan dan selamat beramal!