Wednesday, November 23, 2011

apple cutter untuk abah


Bismillah... Abah memang suka makan apple hijau. Because his doctor said he should eat a lot of them. So,  we never run out of green apples at home. And he always buy fruits in this fruit store in Ipoh Garden sebab "buah kat sini semua cantik-cantik, tak busuk". Yup, I kinda enjoy the fruits dekat situ. 

Abah memang suka makan buah. We all anak-anak pun suka makan buah, tapi malas kupas. And abah is aware of that and when he kupas buah he would say, "kalau tak berkupas, haram tak ada siapa nak memandang... kalau dah kupas tu, cepat aje habisnye...". Mama thinks if you want to eat apples, mesti kena buang kulit but we're all very lazy, we don't do that. 

Muaz pun suka makan green apples, and if Muaz gets his green apples it would be peeled and potong kecik-kecik. And abah would say, "nah, makan dengan maksu". We would finish the plate, and maksu will eat more because maksu can chew faster than muaz. and then I would tell ask muaz, "muaz nak lagi tak?" when he says yes I'd tell him " cakap kat atuk muaz nak lagi, ok?" and we'll get another plate of peeled, bite-sized green apples :-)

When abah cut apples for himself and sit in front of the TV i would come around, "nak sikit abah". hihihi.
Tapi dekat sini siapa pulak nak potongkan green apples. and of course I'm still the lazy me, so I get myself this apple cutter. and I'm gonna get one for abah too, for all the green apples abah had cut for us.

Sunday, November 20, 2011

tips dapur perantau #1

assalamualaikum.... ok, I've wanted to write about this dah lama dah, tapi harini baru ada rasa nak tulis kan... So, today I'll be sharing with you two tips regarding memasak di negeri orang ni kan..

#1 : keeping your flavors fresh.

One of the ingredients I love using but is not available in Jordan is dau limau purut. I keep them in the freezer and I hate it the most bila nak guna, daun limau purut tu dah kering/kecut... Bila kering ni, flavor nye pun tak berapa sangat dah kan. Tapi, recently, I noticed my daun limau purut maintain segar bagaikan baru dipetik dari laman rumah ya puan-puan sekelian. Then I checked on my daun pandan, only the outer layer je yang kecut, those inside pun masih segar jugak lagi, maybe sebab daun pandan tu I balut dengan surat kabar then ikat dalam plastik.


My suggestion : get yourself freezer bag or any kind of zip lock bag and simpan lah all kinds of daun kesum, daun kunyit, daun pandan dalam bags macam ni... It's very convenient, and kalau nak lebih organize, untuk ayam and daging, lepas bersihkan boleh simpan dalam tupperware dan susun elok- will make your freezer cools better! tapi jangan pulak dah beli freezer bag ko tak seal balik elok-elok plastik tu cik tipah oiii..


#2 you know you looooooove tempoyak

Okay, so this is the second time I secured landing a tempoyak in Irbid. I think ramai je yang ade buat ni, tapi nak share jugak bagi yang tak tahu.. It's not impossible, yang penting bekas kena tutup kemas-kemas. My mom said it's better to use tempoyak yang dah lama sebab dah tak ada gas kan. Tapi this year, I brought new tempoyak and alhamdulillah - still no explosion. hee hee. Seal elok-elok bekas, balut dengan surat kabar, daun pandan dan plastik beberapa kali - just in case berlaku kejadian tak diingini.. Hasilnya, tahun ni ada dekat sekilo tempoyak I bawak, ha...

OK, sekian saja untuk episod kali ini, selamat mencuba!

Tuesday, November 15, 2011

you know you want to snap but you just can't

selalu kan dalam hidup ni, kita memang teringin nak snap (baca : sentap) tapi you read too much self-help books you just can't do it. i was looking for ways to vent my dissatisfaction and frustration the whole afternoon but once in a while my rational brain would stop my primitive thoughts from executing things i-would-love-to-do-and-regret-later.

(i hate it the most when i typed something and had to delete them because i don't want to regret later)

Lama betul tak menulis di onebonez ni kan. Tak ada mood. Alasan!

Aku ingat aku dah bersabar, tapi salah. Aku bukan sabar. Sabar itu pada 1st hit. Kalau saat itu aku diam, duduk, bertaawuz dan beristighfar, itu baru namanya aku telah bersabar. Kalau saat itu tak terhidu oleh sesiapa pun kemarahan aku itu, maka itu namanya aku berjaya menelan kemarahan. Tapi aku sempat menghamburkan dulu kecewa dan marah aku. Aku biarkan otak primitif aku mendominasi aku sekejap. Aku fikirkan apa saja boleh aku lakukan untuk menunjukkan marah aku. Aku fikirkan rasional-rasional mengapa aku perlu berbuat begitu. Aku kata aku berhak untuk marah. Aku kata "memang aku pun salah, tapi......" Aku memakai t-shirt BSE : Blame Someone Else. Aku terlupa aku dan mereka duduk pada posisi berbeza, jadi kita tidak melihat "beach ball" itu dengan pemandangan yang sama.

Jadi sekarang bila menulis ni barulah kau nak sedar kan atiqah..... ha... ini sebab aku menulis di onebonez ni, sebab bila aku nak tulis dalam keadaan marah, biasanya aku akan reda marah selepas aku taip, aku fikir dan aku padam.

maafkanlah aku andai aku mula membina tembok, sebab bagi aku, semua kata-kata manis kamu-kamu yang kononnya berukhuwwah dengan aku - tipu.

Dan hari ini aku teringatkan satu nikmat yang kadangkala aku lupa : teman-teman susah senang aku di Irbid ni. cik rokoiah, cik sopiah, cik jah dan cik mardot.

selamat malam.

Friday, November 11, 2011

onebonez kitchen : sup daging halia


sup daging halia

Wah wah wah... lama betul tak update blog ye... ala-ala tak pernah ada blog pulak punya negligence... ingatkan tadi nak buat nasi goreng dengan daging merah, alih-alih tengok daging dalam peti ais pun tak de banyak sangat... (daging korban banyak la tapinye kan, alhamdulillah) so nak masak yang simple-simple je..

Bahan-bahan
bawang putih - dititik
halia - hiris nipis
cili padi
sos tiram
carrot

Cara-cara
  1. Kalau guna daging frozen, rebus dulu sehingga empuk.
  2. Tumis bawang putih, halia dan cili sehingga naik bau.
  3. Masukkan daging dan goreng sehingga kering ( kalau pakai daging rebus tak payah tunggu kering lah kan)
  4. Masukkan sos tiram dan air rebusan daging.
  5. Kacau-kacau dan masukkan garam secukup rasa
  6. boleh tambah carrot or kentang jika suka.
  7. JANGAN nak menambah aji-shio bagai - will ruin the flavor! 
Selamat mencuba :-) rajin-rajin boleh garnish dengan daun sup.