Tuesday, August 11, 2015

Faq : ReLEx SMILE di PMELC


Berapa kos untuk kedua belah mata? 

Lasik Premium : RM 8000 harga promosi RM 7200
ReLEX SMILE : RM12610 harga promosi RM 11700

Boleh bayar ansuran?

Boleh, dengan kad kredit Maybank, CIMB dan Bank Rakyat . Tempoh ansuran 18-24 bulan, kad kredit VISA dan Mastercard sahaja, AMEX tak boleh okay :-(

Apa beza Lasik dengan ReLEx SMILE?

Ini biar yang lebih arif jelas kan...



Apa kelebihan ReLEx SMILE?

Smaller cut on your cornea - faster recovery, less post-op complication inshaAllah, boleh buat hari yang sama.

Sakit tak?

Tak sakit langsung.

Terus nampak clear ke lepas surgery?

Nampak clear alhamdulillah, tapi bukan terus 100% sebab mata masih inflammed. Tapi basically you can see at least 70% of your vision with your glasses.
Takut tak?

Takut sangat! Tapi  bawak bertenang, ingat Allah... InshaAllah kheir...

Post-op care?

Guna antibiotics, steroid dan artificial tears secara istiqamah.. Jangan berenang untuk sebulan, berhati-hati bila ambil wuduk dan mandi jangan masuk air dalam mata dan jangan genyeh-genyeh mata... 

Follow up?

Yang termasuk dalam pakej - 3 kali follow up, tanpa expiry... Boleh datang bila-bila you nak, yang penting call dulu untuk buat appointment.

Persediaan untuk ke PMELC?

Bawak baju sejuk! pakai long-john kalau memang spesies tak tahan sejuk.. bawak jugak makanan, just in case kita punya turn tu lambat, boleh la makan-makan berkelah kan.. hehe,,

Okay ada soalan lagi? Drop a comment and I'll get back to you ;-)

No comments: