Wednesday, February 10, 2010

Wanna Win Posh Sunglass and 60% Discount On Frame?? Answer this!


Saya ditag oleh..... (saya tidak di tag, just found the contest from milimilo.com and berminat je)

1. Sejak bila anda mula berkaca mata ?
- standard 2, selepas cuti 3 hari berpelentong, come back to school as speckie.

2. Bagaimana anda tahu yang anda memerlukan kacamata ketika itu?-selalu tak nampak tulisan kat blackboard

3. Berapa ‘power’ pada permulaan anda berkaca mata (anggaran)?\
-R:-2.50, L: -1.50

4. Jenis/bentuk kaca mata anda yang pertama?
- full frame besi, sesuai untuk kanak-kanak katanye..

5. Jenis/bentuk kaca mata anda yang terkini?
-half-frame swatch

6. Berapa power terkini anda (anggaran)?
-R:-8.0, L:-6.0 ++ silau jugak 

7. Berapa banyak koleksi kaca mata yang anda ada dari dulu hingga kini (anggaran)?
-16 bukan koleksi, ada yg dah hilang entah ke mana , comprises 2-3 frameless, 1 yg bingkai getah tu, lots of them were old-skool (my favorite) and 2 half frame.

8. Jika anda ada sentiment tidak suka berkaca mata, sila nyatakan sebab musababnya.
-gila, memang merabunkan mata masa kecik dulu untuk pakai spectacles lah!

9. Yang mana anda lebih gemar. Kaca mata atau contact lens? Kenapa ?
-Kaca mata : sebab contact lens sangat leceh, sakit mata nak pakai, and my eyes are so small, slalu susah nak pakai contact.

10. Optometrist pilihan anda?
-Carin Opticals cawangan Bercham sahaja. selama 13 tahun

11. Pasangan anda berkaca mata ?
-Ya. (controversy sangat kan jawapan)

12. Apa pandangan anda pada kanak2 yang memakai kaca mata?
-mesti mak dy ada gestational diabetes. huhu...

this is my first time joining any blog contest, somehow it seems fun. huhu


i would love to tag:
-kak faezza
-kak kilah
-laila maisarah
-qayyimah (ko pakai spek ke?)
-azira omar
-rathiqah azmira
-phatroco (jk rajin)
******************

Wanna Win Posh Sunglass and 60% Discount On Frame?? Answer this!

Bismillah,

Suatu malam, saya terjumpa Dayah buat posting ini. Tiba2 terlintas difikiran saya untuk buat double contest at the same time. Thanx Dayah atas ilham bernas ini. Okeh guys...sesiapa yang jawab soalan2 di bawah layak untuk menerima 60% diskaun atas bingkai2 yang diletakkan dalam blog Uwaiys Optometrist. 60% dari harga jualan kami di kedai. Insya ALLAH dalam sebulan dua ini, kami akan menambah lagi gambar2 kaca mata untuk memaksimakan pilihan.

Lebih menarik, seorang dari kalian yang menjawab tag ini akan menerima sunglass Posh. Nanti saya akan upload gambarnya. Caranya

  • Buat satu entry dan dalam entry itu, jawab soalan2 yang Dayah reka. Saya hanya ubah sikit2 untuk menguji kefahaman anda.
  • Tagkan ia kepada berapa orang pun...tak kisah. Cuma tolong nyatakan, SAYA DI TAG OLEH......... (saya akan usahakan sunglass percuma juga untuk perujuk teramai cuma belum difikirkan yang mana satu jenamanya)
  • Jika anda telah buat entry dengan soalan2 itu, sila letakkan permalink anda di Uwaiys Optometrist sahaja. Tanpa permalink, anda akan terlepas tawaran hebat ini.
  • Sila copy paste keseluruhan entry ini ke dalam entry penyertaan anda.
  • Tarikh akhir tag ini untuk sesi pertama adalah 28 Feb 2010.

Soalan yang perlu dijawab adalah :

1. Sejak bila anda mula berkaca mata ?
2. Bagaimana anda tahu yang anda memerlukan kacamata ketika itu?
3. Berapa ‘power’ pada permulaan anda berkaca mata (anggaran)?
4. Jenis/bentuk kaca mata anda yang pertama?
5. Jenis/bentuk kaca mata anda yang terkini?
6. Berapa power terkini anda (anggaran)?
7. Berapa banyak koleksi kaca mata yang anda ada dari dulu hingga kini (anggaran)?
8. Jika anda ada sentiment tidak suka berkaca mata, sila nyatakan sebab musababnya.
9. Yang mana anda lebih gemar. Kaca mata atau contact lens? Kenapa ?
10. Optometrist pilihan anda?
11. Pasangan anda berkaca mata ?
12. Apa pandangan anda pada kanak2 yang memakai kaca mata?

Tujuan tag ini adalah untuk saya menilai apakah layman's term yang biasa digunakan dan menilai kefahaman orang ramai tentang kepentingan memakai spek jika anda benar2 rabun

sebaik-baik peringatan

mati itu pasti.
dan mati itu setiap kali meninggalkan kesan dalam hati-hati manusia.
hari ini kita main monopoly dengan housemates seperti cik rokoiah dan cik sopiah,
entah-entah esok kita mati.
hari ini kita riang gembira bersama keluarga,
entah-entah esok kita mati.
hari ini kita bertegang dengan si dia,
entah-entah esok kita mati.
hari ini kita membuat Tuhan murka,
entah-entah esok kita mati.

al-fatihah untuk kak Nawal Abdul Aziz, ex-taayah form 5 2002, yang telahpun kembali ke rahmatullah sekitar 11pm 9 februari 2010. perhaps, org yg aku kenal, yg pertama meninggal dunia dalam usia muda. satu tamparan hebat untuk aku. 

kesempatan. yang namanya kesempatan itu sebab peluang perlu bertarung menyaingi masa. entahkan sempat entahkan tidak. teringat kata-kata seorang sahabat, maksud ayatnya lebih kurang, "one, kita kena target utk jadi hamba yang soleh. nak jadi isteri solehah/ibu mithali, belum tentu kita sempat bergelar isteri/ibu sebelum mati". 

pesanan tuan blog : hiduplah sebaik mungkin hari ini, optimumkan ibadah, dan menyesallah atas setiap dosa-dosa, for tomorrow is never guaranteed.

Sunday, February 7, 2010

an evening in Irbid : melazimi alQuran

maklumlah, ada org dapat an evening in Paris..huhu

sangat mengecewakan bila kita analisis kepesatan berblog menjelang exam berbanding ketika cuti sekolah. Irbid masih belum dilanda salji setelah begitu banyak spekulasi dari media tidak rasmi yakni penduduk tempatan dan rakyat Malaysia juga. mu'tah, amman walaubagaimanapun seperti begitu best sekali kerana salji telah mengsaljii mereka. alhamdulillah. skuad csi telah merancang untuk ke ajloun untuk bermain salji, walaubagaimanapun masih gagal melaksanakannya akibat kekangan masa. perggghhhh.. jadi, kami masih mengingati memori salji 2007 sahaja sehingga ke hari ini.

petang khamis yg lalu, diluangkan bersama sheikhah umaimah. jadi anak emas sekejap, harap cik aisyahrkh7 tidak jeles. :P huhu.

Alif Khanjariyyah

cuaca sejuk sangat. sampai2 je, ada kakak beliau yg berkhidmat sbg cikgu di Kuwait sembang2... tak lama tu, mula tasmi'. tak lancar. sheikhah pun berkata, "kamu dah hafal lama sangat ni... agaknya tadi sebab kamu bersembang2, kamu dah terlupa-lupa, murajaah semula. harini tak ada org lain, ambillah masa". habis tasmi', biasanya akan baca untuk rubu' baru yang akan ditasmi' minggu hadapannya. i made a mistake pada satu hukum mad, sheikhah pun bagitahu nama alif tu alif khanjariyyah, cuz it looks like a khanjar. sheikah bawak keluar sebilah khanjar, macam pisau kecil, biasanya dipakai oleh lelaki Yaman. memang sebijik macam alif dalam alquran tu. 

sheikah bertanya lagi, "Bila kamu ma'zurah, kamu tak baca alquran?" aku mengangguk(maksudnya tak baca). mungkin sheikhah gusar bila bacaan tak lancar. "Untuk hafazan tak apa, teruskan baca, cuma jangan baca sebagai ibadah, itu mmg tak boleh. lapiklah tangan bila memegang mashaf, dan baca lah." aku jawab inshaAllah saja. 

Setiap kelupaan adalah disebabkan dosa

"Kullu nis-yan min azzunuub. setiap kelupaan adalah disebabkan dosa. kamu meninggalkan alquran itu satu dosa, sebab itu kamu lupa. dan mungkin jugak kamu ada melakukan dosa lain, sebab itu kamu lupa. sebab itu bila terlupa beristighfarlah. sebab itu bila lupa bacalah "Laaa ilaha illa anta, subhanaka inni kuntu minazzalimiin" - sebagai tanda yang kamu sedar kamu lupa kerana telah berbuat dosa." aku tersentak sekejap. sheikah bercerita lagi tentang seorang faqih yang terlupa lalu ia beristighfar sehingga Allah mengembalikan ingatannya. 

"Kamu baca alquran hari-hari?" angguk. " Satu juzuk?" tak sampai. sheikah menghela nafasnya. "Aku seronok betul tengok kamu semua ramai-ramai nak menghafal, nak ambil sanad. tapi, macam manalah nak hafal kalau tak banyak baca al-Quran. Siapa yang membaca 5 juzuk setiap hari, tiada baginya kelupaan. bacalah sejuzuk atau 3 juzuk setiap hari. teruskan membaca AlQuran. Rasulullah saw berpesan alquran ini (rasanya istilah yg digunakan adalah 7alah murta7il) back and forth. bila kamu habiskan surah annas, terus baca alfatihah dan sebahagian dari albaqarah. kalau kamu berniat untuk mulakan semula keesokan harinya, syaitan akan datang dan menyebabkan kamu bertangguh2 dan langsung tak baca. sebab itu ramai orang, bulan ramadhan baru baca juzuk amma."

"Lazimilah alQuran, kamu akan ingat letak duduknya setiap ayat. setiap ayat yang kamu hafal akan meningkatkan darjatmu, tapi setiap yang kamu lupa, kamu akan jatuh satu darjat." Beliau bangun bingkas menuju rak kitab, sheikah bukakan kitab hadith lalu membacakan setiap satu demi satu yang menyelar hamlatul quran yang meninggalkan amanahnya. "mesti sekurang-kurangnya 100 ayat setiap hari, lebih kurang 1 juzuk lah tu, mana boleh kamu baca kurang dari itu, nanti aku tunjukkan pada kamu bagaimana menghabiskan 1 juzuk sehari" aku mengangguk lagi, MashaAllah... lalu meneruskan bacaan.

usai sesi itu sheikhah membuka kitab "assarimu al-battar fit tasaddi lissa7aratil asyrar". dua minggu yang lepas aku sudah meminta sheikhah untuk membincangkan al-ain dan hasad secara terperinci. which, will be explained in next entry. bermakna sungguh sepetang khamis lewat asar hingga maghrib hari itu. 

ittaqullah w yu3allimukumullah

sebelum balik sheikhah berbual lagi ttg bermusafir perlu ada mahram, pesannya "Tak apalah, ittaqullah w yu3allimukumullah - bertaqwalah kepada Allah, dan Allah akan mengajarkanmu. Kamu tinggal di sini kerana takutkan perintah Allah, maka hari ini Allah memberikan kamu ilmu (yg kita bincang tadi)".

Aku balik dengan satu semangat baru meredah sejuk malam. terima kasih Allah, kerana mempertemukan aku dengan manusia yang menyayangiku keranaMu. alhamdulillah.

Next entry will cover : Al-Ain w al-Hasad.

p/s: kepada cik aisyahrkh7, tolong doakan aku. dan balik nanti boleh pinjam ar-Risalah by syed naquib al-attas dari aku. aku beli pun sebab teringat kata ko minat nak baca. hehe.