Tuesday, October 9, 2012

Islamization of Fashion Vs. Fashion In Islam

Bismillah.

So I've been caught up with my "dua ratus lima puluh enam" series I rarely blog about anything else but my 256 days journey in my 5th year of medical school. Today these fashion thingy popped up somehow, out of nowhere in my mind.

Let's define Islamization of Fashion.

Islamization (also spelt Islamisation, see spelling differencesArabicأسلمة‎ aslamah) or Islamification (pejorative Muhammadization) has been used to describe the process of a society's conversion to the religion of Islam. - wikipedia.

In my POV, Islamization of Fashion ni, is when you mash something up from your closet and try as much as possible to make it in accordance to the "dress code" in Islam. What about fashion in Islam? 

Fashion is a general term for a popular style or practice, especially in clothing, footwear, accessories, makeup, body piercing or furniture. "Fashion" refers to a distinctive; however, often-habitual trend in a look and dress up of a person, as well as to prevailing styles in behavior.-wikipedia

I supposed that would make fashion in Islam as style, especially in clothing, footwear, accessories yada yada yada of a Muslim. But we can't use the word "popular" because what's popular among Muslimaat these days are not really what was promoted in the Quran and the Hadith.

Dalam bahasa ibundanya, Islamisasi Fesyen ni, bila kita cuba untuk masih menggayakan fesyen popular semasa, tapi dalam keadaan kita ikut garis panduan berpakaian dalam Islam. Manakala Fesyen dalam Islam, SEPATUTNYA mengikut yang telah ditetapkan dalam alquran dan sunnah.

Masalahnya sekarang yang menyebabkan timbul post ni adalah, I once tried Islamization of Fashion ni. When I go shopping for things to wear - I'll go find something huge supaya longgar, tak mengikut bentuk badan, tak jarang dan tak begitu menarik perhatian. I even like the idea so much, I once thought of having my own vintage-muslimah collection tau!Sammmpailah satu hari, I bought this blouse, labuhnya sampai ke betis, memang longgar tak nampak bentuk badan. To me, this is OK dah lah kan. Then my dad was like, "Betul, memang labuh dan longgar, tapi you jangan lupa konsep menutup aurat dalam Islam. Baju tu nampak macam baju orang nak bergaya. Nak cantik-cantik nak bagi siapa tengok?" jeng jeng jeng... Ok, siapa nak tolong jawap?

I guess, with that, kita pun dapatlah simpulkan cara-cara beli baju mengikut piawaian abah masing-masing ye. I have baju kurung yang tak lepas that pre-requisite I swear - on the part yang tak menarik perhatian (tabarruj bahasa orang sini).

Yang dianjurkan Islam senang je guideline dia, Longgar, Labuh, Menutup Semua bahagian kecuali muka dan tapak tangan, serta tak menarik perhatian. Berkenaan aksesori pun sekarang banyak jugak orang pakai rantai dekat luar tudung, I don't know la about you, but I pegang dengan pendapat aksesori yang boleh dinampakkan adalah cincin. Gelang? I'm not sure.

Tapi, kalau dah colour-blocking pulak kan kaedahnyerr, macam mana nak menepati ciri-ciri tak menarik perhatian tu. Kalau longgar dan labuh memang tak susah dah nak cari, insyaAllah. Even vintage dresses sekarang memang banyak yang menepati piawaian tu. Tapi memang masalah negara untuk orang perempuan cari baju tak menarik perhatian. Kenapa?

Fitrah serta Ruang dan Peluang.

Memang fitrah wanita tu suka berhias. Perempuan yang cakap tak suka berhias tu besar kemungkinannya malas. Semua perempuan suka bila dipuji cantik. Sebab tu bila beli baju, we always ask people yang teman kita shopping tu, "wei, cantik tak?". Tapi yang silapnya bila kita bercantik-cantik di luar, untuk yang tak halal bagi kita tapi pakai baju paling buruk di rumah. Kadang-kadang bibik pun pakai lagi cantik dari Mem kat rumah. 

I memang suka kalau dekat Irbid ni duduk dekat salon. Sebab I learnt that Arabs memang ada budaya berhias di rumah. Walaupun I disagree on few things tentang ni,dari segi terlalu menjolok mata dirumah dsb. tapi pokoknya I memang rasa kita kena belajar dari arab budaya bercantik-cantik di rumah. Kadang-kadang dia di luar pakai jubah hitam tudung hitam tu lah, tapi bila di salon - sini salon perempuan tak ada pekerja lelaki dan kawasan tertutup - memang cantik-cantik semuanya. Datang buat rambut, facial, manicuree, pedicure.. In fact I pernah jumpa makcik yang in 50s pun datang lagi ke salon buat rambut ok.. kelas kau jahh..

Ok, bab ni kita boleh belajar dari arab. Tapi, BUKAN SEMUA YANG ARAB PAKAI TU KITA BOLEH PAKAI. When I first came to Jordan, I describe cara berpakaian arab ni - very westernized, but without bare skin. Yelah, dia pakai semua yang western culture pakai only they wear tights inside to wrap the skin. Yang malangnya, kita dekat Malaysia ni, asal arab pakai, kita nak pakai. Arab hisap shisha kita pun nak shisha. Arab makan nasi mandy, kita pun nak makan nasi mandy - tapi takpela sebab mandy memang sedap dan halal kan :-) 

Berapa ramai kita yang pakai baju cantik di rumah, maybe some makeup tapi bila nak keluar wipe it all off and change to something less attractive. Biasanya kita dekat rumah selekeh, pakai baju buruk dan sejam sebelum nak keluar kita pun mula tepek segala mak nenek makeup dekat muka dan pakai baju paaaaling cantik untuk tatapan entah siapa yang kita nak jumpa di luar. What usually happens, keluar rumah pakai kaftan, makeup guna MAC, balik rumah pakai baju kelawar buruk bedak sejuk bertepek-tepek..

Jadi kita kena ada give and take. Di rumah pakai cantik-cantik, and make it exclusive - untuk suami sahaja. As for me, I believe di rumah walaupun abang dan ayah tu adalah mahram, masih kena bersopan dalam berpakaian. Jangan la ketat-ketat singkat-singkat. Then bila nak keluar rumah cukuplah kita bersih, kemas dan presentable. Ha... speaking of presentable, kalau kita nak menyebarkan syiar Islam dengan pakaian yang dianjurkan Islam, pastikanlah kemas dan bersih. Kalau pakai pun comot-comot,pasola herot... Sedih!

Ladies night. Pun satu alternatif yang baik jugak, bagi can la orang perempuan nak lawa-lawa sama-sama dia kan... Tapi, susah nak achieve ladies night yang terpelihara ni. Ada jugak berlaku namanya ladies night, baju pun dah vogue the vazz tapi ada jugak terselit mat-mat tiga empat kerat, tetap tak boleh gak tu kak..

Eh,ok lah karang panjang-panjang uols jugak tak larat nak baca kan. I know I pun tak sempurna lagi tutup aurat. Tapi kita sama-sama usaha kan. :-) Kalau you sayang abah you and abang-abang you, peliharalah aurat dengan sempurna. Mudah-mudahan kita jadi tiket mereka ke syurga, bukan ke neraka.

No comments: