Wednesday, January 1, 2014

Rindu

Assalamualaikum!

Azam tahun baru 2014 masih dalam proses perangkaan... Speaking of which, sila la jemput baca my article on MMGazette.com - New Year's Resolution : A Clinical Approach .

Tahun 2013 diakhiri dengan pertama kali menyaksikan patient meninggal dunia, 3 orang dalam tempoh masa 2 jam.. Mudah-mudahan jadi peringatan untuk diri sendiri yang ajal datang menjemput tak kira usia. Sama-sama lah kita usaha untuk jadi hamba yang bertaqwa dan mendoakan satu sama lain.

Pernah dulu dengar di kuliah orang yang rindu pada Tuhan mengharapkan mati kerana ingin sangat bertemu denganNya. Ye lah kan, kalau kita rindu keluarga, mesti tak sabar nak balik kan?

Dalam satu buku lain pulak aku baca, kita mengisi hidup kita dengan kecintaan pada manusia, harta, dan kehidupan sebab kekosongan yang ditinggalkan bila kita terpisah dari cinta sebenar kita - Tuhan. Tapi sifat sementara dan tak sempurna ciptaan, menyebabkan kita sentiasa kecewa dan tak puas dengan apa yang kita ada. Sebab tu lah orang telah menemukan cintanya pada Tuhan akan segera mahu pulang. 

Tapi kan, kita pun banyak lagi lompong-lompang lagi. Tahu takut nak mati tapi selalu culas beramal dan berbekal. Allahu Rabbi... 



Yang kita tak tahu adalah kalau kita hidup hanya mengharapkan redha Allah, semua masalah akan jadi kecil. Cakap memang senang...

Syahdu-syahdu ni bukan apa... Hati ni rindu sangat nak ke tanah suci...Mudah-mudahan ada rezeki tahun ni. Doakan lah ye!

p.s. Semoga Allah merahmati awak yang membaca ni. :-)

No comments: