Sunday, April 17, 2011

Pilihanraya Permai : Pencalonan

AMARAN : entry panjang dan tidak bergambar, sebab internet slow. 

Bismillah...

Tahun ni awal sedikit saya mula menulis berkenaan pilihanraya Permai. Setiap tahun pun ada saja benda yang nak diketengahkan. Tapi, tahun ini nampaknya memang semakin susah membuat pilihan menentukan siapa yang bakal memegang tampuk kepimpinan Permai sesi yang akan datang. Daripada hampir 434 nama yang layak dicalon dan mencalonkan, hanya 10 sahaja yang perlu dipilih. Okey, tak boleh kata HANYA sebab nak mengisi 10 pun pening!

Matematik.

Dari 434 nama, mungkin hanya 240 yang dikenali , pernah bertegur sapa, mungkin terkandung dalam senarai kenalan di facebook.Out of 200, hampir 130 adalah dari batch senior-senior dan batch sendiri, yang biasanya sudah tidak orang calonkan lagi (aneh jugak budaya kita di irbid ni). 110 yang berbaki mengandungi batch mep 8, mungkin beberapa puluh mep 9 dan mungkin less than 20 mep 10. 

Mencalonkan orang yang kita tak kenal, adalah hampir-hampir mustahil. Macam mana nak pilih pemimpin yang kita tak tahu kebolehannya, kemampuannya dan pembawakannya..? berbaki 100 setelah ditolak senior-senior dan batch sendiri, tinggallah 100 lagi. Daripada pelbagai batch ni, mungkin ada 30 sahaja yang kita kenal baik -kebolehan, kemampuan, kesediaan dan lain-lain kriteria, selebihnya, tahu nama dan cam muka.

10 dari 30 tu pun masih susah gila. Nak pilih pemimpin kot, bukan nak pilih siapa nak menang ahli permai paling popular kan.

Name tag.

It was my bad lah sebab jarang dah ke tafaqquh atau program-program Permai yang meningkatkan potensi mengenali adik-adik yang hampir 200++ bilangannya. atau mungkin saja lebih dari itu. Tak kira lagi pelajar Universiti Yarmouk yang tak pernah tengok muka.

Sewaktu menghadiri Perasmian Penutup KARISMA last few weeks, I felt so isolated di bangku penonton. Terasing di tempat sendiri, ada yang tak boleh nak teka Irbid ke, Mafraq ke, Mu'tah ke.. Nasib baik Johan Duo Boling ajak duduk je di bangku pemenang. haha. ada la kenal-kenal orang lain sikit. Masa tu memang rasa, kalau macam ni lah keadaannya, aku sanggup lah pakai name tag pergi program Permai / HELWI. Kan senang nak berkenalan. setiap kali pergi, tengok nama. haa..

Pelik Tapi Benar

Walau bagaimanapun, dalam keghairahan sebahagian senior-senior nak mengenali adik-adik junior, ada juga satu situasi pelik tapi benar yang berlaku saban kali I excited nak kenal dengan junior. Mungkin sebab muka I ni memang tak berapa friendly, so dapat sambutan hambar je kan. haha. Kalau memang sebab muka akak ni garang tak pe lah dik non, lepas ni akak senyum sokmo kalau nampak adik-adik. (I think that's what I did anyway). Harap-harapnya tak adalah unsur-unsur lain yang menyebabkan kejadian tersebut berlaku. Terkadang terasa lah jugak kan dengan member sebelah kita bukan main mesra lagi, dengan kita ni, tanya nama siapa pun tak nak. sob3. Senyum tak balas lagi sedih kot. haa.

Mesyuarat Agung PERMAI

Saban tahun memang aku cuba tak miss mesyuarat agung PERMAI ni. Karang buatnya tak cukup korum, daaaah tak boleh pinda perlembagaan. Not to mention, kalau kita mengambil peduli tentang kemajuan komuniti PERMAI ni, mesyuarat agung adalah salah satu platform yang disediakan untuk kita menyumbang kepada penambahbaikan persatuan.

Disebabkan kepoyoan melampau, I memang tak approve fb request of unknown people yang tak disertakan dengan message. Ditambah dengan kegagalan berkenalan dengan seramai mungkin junior, so most probably junior tahun 1 dan 2 tak tahu sangat kewujudan onebonez ni. list kat YM pun ada mep 7 dan mep 9 saja.. Jadi minta lah kepada yang membaca ni untuk sampaikan kepada adik-adik tahun 1, mula dari AGM Permai yang pertama ni, jom lah melibatkan diri... Mulakan dari awal.. kalau dari tahun 1 dah tak cakna tentang persatuan dan masyarakat, susah lah nak dibentuk di kemudian hari..

Pencalonan ABPBH

Masa nak mula mengisi kertas pencalonan ni, aku tick pada nama-nama yang dirasakan nak diisi. Tiba-tiba teringat ABPBH. Mengambil kira bilangan ahli PERMAI yang semakin banyak ni, tak mustahil je pencalonan untuk pilihanraya ni akan jadi seperti pencalonan ABPBH.Memang menakutkan kalau ada ahli yang calonkan nama berdasarkan populariti. Memang ada kemungkinan orang yang well-known ni ada kelebihan dan kehebatan, tapi that's not always the case.

Personally, I don't think it's relevant untuk buat pemilihan calon macam ni. Kalau sebelum-sebelum ni saya selalu komplen calon tak ada inisiatif nak berkempen, tahun ini saya menemui puncanya. Sebab yang bertanding tu semua sebab ORANG LAIN YANG CALONKAN. Bukan dia ada melobi orang mintak tolong calonkan dia pun. Apakah pada AGM kali ini kita patut cadangkan pindaan perlembagaan berkenaan cara mencalonkan orang yang akan bertanding dalam pilihanraya?

How I wish satu hari nanti akan ada perubahan dalam landskap politik PERMAI ni. and hopefully change will come soon. Jom pegi AGM tahun ni!

5 comments:

syie said...

Yawww, saye setuju poin last, lobi diri sendiri. Sekolah menengah pun macam tu, malu lah kite asik nak suruh org kempen, dah dpt pencalonan "ni semua org yg calonkan, saye tabesala.."

Abdul Munir Sanusi said...

Elok juga kalau di-short-list-jan lagi nama. Pening juga nak pilih 10 nama daripada nama ratus-ratus.


Makna pencalonan ke-30 orang. Lepas it pencalonan untuk 10 orang. Macam Akademi Fantasia.

aisyahrk said...

jom calonkn adik hot jadik helwi merangkap adik angkat ko zaman kite 3rd yr dulu.. kehkeh..

Anonymous said...

pandai abang mun provok..keh3

one_munawwarah said...

kalau short list tak telus lah jadinya... siapa yang tetapkan who gets to be on the short list who doesn't.

siapa nak bertanding, lobi lah orang calonkan dia. daripada ahli letak je nama calon sebab nak penuh kan kotak, baik lah tidak mencalonkan dari tersilap mencalon.

aisyahrkh7 : sape pulak adik hot merangkap adik angkat aku ni...
(beberapa saat kemudian : oh.suam-suam kuku je weh)