Wednesday, August 3, 2011

sayang sekerat jalan



Tazkirah malam kelmarin mengingatkan audien untuk menjaga ramadhan sebaik-baiknya, supaya tidak sia-sia. Supaya natijah puasa kita bukan sekadar lapar dan dahaga. Bulan ramadhan ni bulan bersusah payah. Supaya bersenang-senang di kemudian hari. Supaya bila mati nanti mudah-mudahan kita gembira dengan apa yang Allah sediakan untuk kita. 

Jadi, puasa kita bukan setakat menahan diri dari makan dan minum serta perkara-perkara yang membatalkan puasa. Cliche. Bahkan kita menahan diri dari segala macam benda yang mengurangkan pahala puasa. Ustaz malam tu ada sebut, "Aurat isteri kita, anak-anak kita, macam mana di bulan puasa ni? Ini semua mengurangkan pahala puasa, dosa-dosa tu kita pun kena tanggung sama". Soal dosa atau pahala, semuanya di tangan Allah, tapi tersentuh hati ini bila disebut begitu. Yelah, abah dah tua, bukan sihat macam dulu-dulu. Susah payah abah menghimpun bekalan, apalah jenis anak aku ni kalau sengaja membebankan abah dengan dosa-dosa aku gagal menutup aurat dengan sempurna. As simple as that. Terkedu.

Apakah disebabkan malas dan cuai aku, aku tergamak mengkhianati abah sendiri?


Kita muhasabah kembali. Kasih sayang kita untuk keluarga itu sebenarnya sampai mana? Apakah sekerat jalan, sepanjang hayatnya saja, dan bila ia pergi, matinya, alam barzakhnya is non of our concern anymore? Kalau betul kita kasih dan sayang akan ibu bapa kita, let us stop doing things that will harm them thereafter. For ladies, the same story goes after marriage. Suami pulak terpaksa menanggung. Kita bincang isu aurat je lah dulu harini. Dahlah kita bagi orang lain tengok aurat kita, lepas tu suami kita pulak menanggung dosa sebab biarkan isteri tak menutup aurat dengan sempurna. Masa bercinta, janji macam-macam. Nak bercinta sampai syurga. Tapi?

Itulah. Kita kata kita sayang sampai bila-bila, kita tipu. Kita sayang sekerat jalan je.

Aurat wanita, semua pun maklum. Tapi yang ramai lupa : just because you've covered your skin and hair, doesn't mean you've covered your aurat properly. If you think you've tried so hard to cover your aurat properly - try harder :-)


p/s : KITA semua kena usaha tutup aurat dengan sempurna. Kita semua termasuk tukang taip ni sekali. T.T

3 comments:

Aswadsky said...

masyaAllah akak...
I have been having the same thought for years!

I have a problem with heat and wearing thick and large clothes, and I easily fall to the temptation to wear something pretty. But when i remember how much i love my brothers (5 of them), I feel burdened to let them even get 1 of my sins in the hereafter

it's so sad to think that, we don't love them enough to close our aurats...

padahal it's not that much of a sacrifice pun berbanding sacrifice mereka dekat akhirat

thanks for the reminder kak!
I hope we love them enough, to stay strong

Anonymous said...

"Apakah disebabkan malas dan cuai aku, aku tergamak mengkhianati abah sendiri?"

Gulp~

atiqahdahalan said...

nafeesa : girl, you should be really proud of yourself :-) amazing self-control. hee hee..

semoga kita sama-sama terus istiqamah and keep improvising.

raihana : telan air liur je, jgn gulp minum air, puasa ni!