Monday, August 1, 2011

terawih : perempuan dan tazkirah

Assalamualaikum. Salam 1 ramadhan kawan-kawan sekalian.

Malam tadi solat terawih di sebuah masjid berhampiran. Tapi disebabkan hati ni asyik mengenangkan ada ke tidak orang di surau, memang tak berjaya fokus. :-( Hati pun banyak rungut-rangat. Balik solat, abah kata malam ni kita solat di surau al-falah semula. yeay. 

Tazkirah

Selesai terawih je, 3/4 daripada jemaah semua cabut balik, so, masjid pun lengang sedikit time tazkirah. Waktu solat memang penuh, siap keluar-luar lagi. AJK masjid pun dah pasang dekat papan (yg tulisan gerak2 tu, taktau nama apa tah) "MENUNTUT ILMU ITU LEBIH AFDAL DARIPADA SOLAT SUNAT, PUASA SUNAT, HAJI SUNAT". ada dinyatakan rujukan sekali, riyadhussolihin kalau tak silap. hee hee. proaktif jugak ajk masjid ni ye.

Ini memang satu keanehan, kita mengejar yang sunat, meninggalkan yang wajib. Sebenarnya di bulan ramadhan ni, memang elok kita amalkan mendengar tazkirah, lebih-lebih lagi yg berbentuk tazkiyyatun nafs sebab masa ni hati kita lebih lembut dan senang menerima nasihat-nasihat. Jadi, tazkirah ramadhan ni memang platform yang baik untuk kita ajak orang supaya menghidupkan semula budaya menuntut ilmu selepas tamatnya ramadhan nanti. Tapi itulah, sayang seribu kali sayang, habis terawih masjid pun lengang.

Dan pentazkirah pun perlu bijak, jadikan tazkirah kita penyebab orang tertunggu-tunggu tazkirah malam berikutnya. Jangan sebab kita, orang makin lari dari perkara-perkara baik ni. (ok, ini entry lain kita cerita). Rugi...rugi...

Bahkan, antara sebab-sebab kita di Malaysia ada masalah merapatkan saf yang kritikal adalah disebabkan, jemaahnya tak pergi mengaji, datang solat di masjid pada bulan ramadhan sahaja, itupun tak dengar tazkirah. haaa... you see? Tak menuntut ilmu ni adalah the core of every other problem we are facing today.

Bagi yang berada di tempat yang tak ada tazkirah pula, budayakanlah juga sesi ingat-memperingati ni selepas terawih/selepas sahur. Lepas berbuka tak payah, semua dah penuh perut, hati tak berapa nak menerima sangat. Balik terawih singgah beli halawiyat, sambil makan boleh lah sebut-sebut satu dua perkara, ajak kawan-kawan bermuhasabah. Apesal lah dulu puasa di Irbid tak terfikir nak membudayakan ini..haish

Akhir kata, (ramadhan kan, tak boleh panjang-panjang entry, orang penat nak baca) buah tangan untuk kawan-kawan muslimah sekalian.

Checklist Seorang Perempuan.
  1. Pastikan telekung dan anda tidak jarang, kalau jarang pakailah tudung dalam dan long-sleeve. Kalau panas, dapatkan telekung amirul.*
  2. Jika kain anda senteng, pakailah stokin. Kalau takmo pakai kain solat nak pakai jubah/kaftan dan stokin, pastikan ianya labuh sikit dan tidak jarang. Janganlah pakai yang senteng takat betis tu dengan stokin, nampak bentuk kaki cik oi...
  3. Tidak memakai wangi-wangian.
  4. Semasa solat, pastikan anda merasakan sentuhan bahu orang sebelah kiri dan kanan, rapatkanlah saf ke bahagian center belakang imam, bukan tarik orang sebelah ke kiri atau kanan tanpa hala tuju.
  5. Jika anda solat di kawasan yang boleh menyebabkan anda dilihat oleh lelaki ajnabi, BERHATI-HATI apabila ingin membuka telekung dsb. supaya aurat anda tidak terdedahkan.
  6. Tunggu habis tazkirah baru balik rumah dan jenguk-jenguklah bulletin board surau/masjid anda :-)
  7. Pulang ke rumah dengan selamat, jika anda di irbid, pastikan anda mendapatkan khidmat murokib.
*gambar ihsan google*

p/s : rindu ramadhan di irbid.

p.p.s : sape dok kat malaysia nak kirim telekung amirul pun boleh, dekat je dengan rumah saye. stokin syria berkualiti pun ade. 

2 comments:

milimilo said...

lagi satu, habiskan terawih n witir semata2 nak tunggu moreh free. niat dh lari di situ. hihi. :D

one_munawwarah said...

aiseyh...tempat aku takde moreh beria mili, so takde org tunggu..haha