Friday, March 6, 2009

yang menjentik, dijentik dan terjentik.

kalau anda sibuk, teruskan ke perenggan akhir sahaja.point penting kat situ.


"Allah telah menjentik hati-hati kita malam ini.
Jangan nafikan bahawa kita telah terjentik."
mafhum kata-kata inilah yang bermain2 dlm pemikiran aku malam ini. mintak izin dari tuan ayat, saya guna kat sini.terinspirasi. Lama sudah onebonez ni aku tinggalkan bersawang sbb bajet2 cam busy... mmg busy pun. [lebih busy dari orang yang meeting 36 kali sebulan tu.huhu]

Sekalung tahniah buat peganjur sambutan MauliduurRasul tahun ini. Allah telah menghadiahkan satu malam istimewa buat ramai orang. Ramai. Setelah lama bumi irbid tak dihiasi siri tafaquh tafsir juzu2 3amma by ustaz fakhrurrazzi, aku yakin ramai yang ternanti2 cameo ustaz malam ini. akhawat saja malam ini aku kira 4x ganda dari yang biasa datang ke tafaqquh, mungkin jugak 3x ganda.

ramai yang hadir nak "mendengar" bingkisan dari ustaz malam ini mesti tak menyangka satu ombak bergelora yang ustaz bawakan. sayang sungguh rasanya kalau ada orang yang terlepas sesi perkongsian rasa tadi. Barangkali ada orang sudah biasa berperasaan begitu. Barangkali ada juga yang baru pertama kali. Kalau anda seorang warga Irbid yang tidak dapat menyertai sesi perkongsian rasa tadi, atau jika anda seorang rakyat Malaysia yang naaaaak sangat join tapi disebabkan harga tiket kapal terbang mencecah RM2500 jadi anda tak dapat nak join sekali, sila2 lawati blog JKK Pembangunan Rohani di http://www.pembangunanrohani.blogspot.com/ sila2.. boleh kita kenen2 pada penganjur kalau2 boleh rakaman video tadi disebarluaskan secepat mungkin.

tapi, manakan sama berada di crime scene dengan menonton csi kat ruang tamu. tak gitu? boleh jadi jugak program hari ini menimbulkan rasa, "lepas ni, aku x nak la terlepas program PERMAI, kezutan x disangka2 gitu..."

tapi bukan soal program yang nak sangat aku kongsikan dengan kalian. tapi isunya, bila diberi peluang sebegini, peluang yang sedikit sebanyak menyentuh hati kita, reaksi kita bagaimana. pemahaman aku hari ini, cukup mudah dan cukup bermakna. masalah kita semuanya berpunca dari keras hati, dan keras hati nak dilembutkan adalah melalui zikrullah. dan tadi ustaz dah kongsi a practical way untuk kita melazimi zikrullah. bukan niat aku nak mengulang siaran apa yang ustaz bawakan tadi, sbb kalian juga ada di sana. cuma, aku mahu kongsikan satu kesinambungan.

tadi, dalam sedar atau tidak. ada yang telah menjentik hati ini. yang menjentik itu Allah. jentikannya bagi aku adalah satu rahmat, mahu menarik kita yang dah hanyut jauh dalam pelampung. kalau x ada pelampung tu, nescaya kita akan tenggelam ke dasar. tapi tidak, pelampungnya kita ada, tapi ada kalanya kita jauh hanyut,dalam pelampung. yang dijentik, KITA SEMUA. sebab asalkan kau hadir tadi, most probably hatimu akan dijentik sedikit. melainkan kalau bila ustaz kata buang semua perkara lain sebelum bermula tadi kau tak buang, mungkin kau tak rasa dijentik. siapa yang usaha dia akan rasa kata ustaz.

tapi siapa di antara kita yang TERJENTIK? itu aku tak tahu. cumanya point yang aku nak sampaikan kat sini adalah, setelah Allah "menjentik" hati-hati kita malam tadi. adakah kita semua yang telah "dijentik" ini merasa "terjentik"? renung-renungkan. kalau dah terjentik, jangan kau nafikan. inilah masanya hidayah Allah telah datang mengetuk pintu-pintu hati kita.

wallahua3lam.

2 comments:

Anonymous said...

moga yang di jentik merasa terjentik.

Secara logika, pabila terasa di jentik pasti melenting atau mencari siapa yg menjentik, bukan? Ada lah usaha selepas di jentik tu.

Moga yang terjentik semalam berusaha mencari yang menjentik, ameen, Ya Rabb!

p/s A Night to Remember, mungkin?

Anonymous said...

haa nmpaknya mmg cmtuh la one...trjentik2 ati ni...tringat blk buat mende2 x elok sblom ni..harap kiter same2 brubah dr semase ke semase kan...

salam maulidurrasul...