Sunday, May 1, 2011

why women don't listen and still wear leggings

okey. kita tinggalkan sekejap cerita-cerita Pilihanraya Permai, tahniah kepada future leaders of Permai, and kepada ahli Permai seramai 79.9% yang turun mengundi ( 747 tu rupanya target JPR berdasarkan 80% ahli datang mengundi - so close kan). tapi ada 21 ke 26 undi rosak tu masih tidak masuk akal. hangpa ni tanda rait kaaaaa kat kertas undi...?

Ok lah, hari ni mari kita bercakap tentang isu kewanitaan. cewah. on why women don't listen. 

sebenarnya baru-baru ni I stumbled upon blogs yang berniat nak menegur wanita-wanita Malaysia yang berpakaian menjolok mata, khususnya pemakan legging yang semakin berleluasa. Tapi personally aku rasa tak sesuai langsung cara penulisan serta imej-imej yang digunakan tu. In fact, aku nak link kan blog tu pun tak sanggup, baca suku page dah rasa meloya. 

I wonder what makes them or he (obviously aku rasa blog tu mesti lelaki yang punya - sebab perempuan mesti tak tergamak nak tulis macam tu or letak gambar2 macam tu) think(s) perempuan-perempuan memakai legging akan terkesan dengan teguran macam tu. And I also noticed comments yang kata, berhikmah tak semestinya lemah lembut - which is true, tapi berhikmah jugak tak semestinya bermaksud you can trash others like that. Personally, I resent such method of dakwah (itupun kalau sesuai kita nak kata benda tu dakwah).

kalau berhikmah itu adalah menggunakan cara yang paling sesuai, then we should all know that perempuan ni hatinya sensitif. Bila ada orang bercakap kasar, hanya ada 2 respond je dari orang perempuan ni.

1- Dia akan malas nak dengar, sebab perkataan yang kasar ni buat dia rimas, so we just ignore it.

2- Dia akan marah, and sama ada dia maki balik orang yang cakap kasar tu, ataupun dia tak balas in words, dia balas dengan perbuatan - action speaks louder than word katanya.

Another thing is, bila dah nampak trang tang tang besar-besar kat entry/poster tu mengecam si pelaku, agak-agak berapa percentage kemungkinan dia akan proceed untuk baca? Most probably they will go like - "okay, ni kalau baca mesti sakit hati, so tak payah baca."So, in which way such blogs yang mengeji perempuan memakai legging ni adalah sesuatu yang berhikmah? so senang je sifir dia, why women don't listen, because you don't talk to us in the right manner.
and by the way, those blogs yang letak gambar-gambar perempuan pakai leggings ni, aku rasa lelaki pervert je yang rajin nak baca, dan pervert jugak yang membuat entry sebab lelaki soleh mestilah tak buat kerja nak google image "leggings" and put it on their blogs. boo ya!

Hati perempuan suka akan pujian

This is undeniable. So, instead of trashing mereka yang pakai legging, cuba masa diorang pakai elok-elok tu kita puji sikit. Suka lah tengok you pakai macam ni, daripada you pakai legging harimau bintang semalam. Memang lah it's not healthy jugak dia pakai tu sebab suka orang puji, tapi lagi dihentam, dia akan rebel dan lagi nak buat apa yang dilarang. For the greater good, kena ubah juga sikit method tu.

Which is why, fesyen yang so-called MUSLIMAH tapi tak syar'ie mendapat tempat dalam kalangan masyarakat - sebab they get wider exposure dan more pujian. And I'm sure many will agree with me, zaman sekarang ni nak shopping baju menutup aurat adalah sangat susah as compared to baju tak menutup aurat yang always available, everywhere. Bila basic akidah belum betul-betul kukuh, memang susah lah kita nak expect orang choose to menutup aurat because of it's an obligation for a muslimah. It takes a lot more effort untuk explain and change culture tak menutup aurat ni. 

So girls, be a good example to other girls and kindly let them know what "menutup aurat dengan sempurna" really means. Aku pun bukan sempurna sangat lagi, but kita sama-sama cuba lah kan. And boys, jangan impulsive sangat, we're of different creations. We don't function like you.

Congratulations jugak untuk bloggers yang menulis on this issue dengan baik. I haven't found many, but if I do next time, I'd link to it inshaAllah.

6 comments:

QteenaHazman .: said...

agreed!

bru je lps 'tembak' satu belog sbb bahasa die mmg perghh!menusuk kalbu wa ckp lu!kite yg x wat prangai yg die tulis tuh pown ley sentap,apatah agy yg kene setempek kat muka.
musykil kan y they can't just other nicer words to change ppl to better?

may ALLAH leads them to d better too.n not to be forgotten,us. =]

one_munawwarah said...

amin..inshaAllah.

Anonymous said...

semangat feminisma mcm ni la kite nak. lebih memahami, taking girls punye side. sometime, certain girls yg lain turut mengeji kaum sendiri. instead of that, kenapa tak menghulurkan tangan jadi savior kepada kawan2 kite yg lain? itu baru la org kata true muslimah, baik hati budi. concern dgn perbuatan munkar dan berusaha menangani, daripada mencari sebab untuk mengumpat keji di belakang. =). hehe.

ainshams said...

why women dont listen, because u dont talk to us in the right manner~yeah, do agree!!

pakaian 'so-called muslimah' da berlambak di pasaran, tapi yg "mengikut syariat menutup aurat" tu, perlu dinilai semula sblm memborong pakaian2 'so-called muslimah' itu.

org yg wat entri cmtu sbnr nyer terlalu 'concern' dgn wanita. Tp, kesian gak, deorg tak concern plak dgn lelaki yg lg bermacam2 pe'el pelik2, siap tukar jantina dsb. Act, golongn XY yg tukar jantina pon akan berterusan begitu if golongan lelaki sendiri kutuk deorg cam hape jek.

basically, men & women mmg berbeza. we talk in different language yet, well written language but with different interpretation~

lebih baik mecari alternatif ke arah yg lebih baik~

one_munawwarah said...

thanks kak ain, pakaian so called muslimah boleh kata menambah-burukkan keadaan kot.

lelaki memang tak faham that women are different, and to make things worse, they don't even bother knowing that we're different and how to deal with the opposing gender.

QueEn said...

menarik! =)