Sunday, June 24, 2012

facebook eyesore : The "I'm single" Parade

Hello lovely people :-)

Sebelum ni I dah membebel pasal iklan-iklan nikah muda di facebook. Which is, really annoying - orang tengah sibuk pasal pilihanraya Mesir, kezaliman di Syria dan tidak dilupakan saudara di Palestin - dia sibuk ke situ pulak kan..

Lagi satu facebook eyesore sekarang ni orang yang nak declare ke-single-an diri masing-masing.. I ni memang conservative, abah I cakap.. Orang dulu-dulu merisik, pergi rumah jiran tanya, anak orang tu dah ada yang punya ke belum. Anak daranya bangun pagi ke, basuh pinggan berbunyi kelentang kelentung ke.. Tu yang mak I cukup pantang kalau basuh pinggan bunyi kelentang kelentung... So, lain kali pakai pinggan plastik je lah senang kan.. Kalau memasak pun jangan nak berdentam dentum sangat sudip dengan kuali, bukan kerja restoran char kuey tiau pun nak ting tang ting tang.. Kalau menyambal, lesung batunya biar berlapik dengan kain - rosak tiles pulak kan kalau tak lapik, bunyi pun boleh menganggu gugat ketenteraman jiran...

TETAPI, zaman sekarang ni, apa susah nak merisik, tengok je kan dekat profile Facebook masing-masing.. Single ke, In A Relationship ke, Divorced ke, It's Complicated ke... I always thought putting your status as "Single" seems so tacky and inappropriate. Macam nak market pulak kan. Tapi takpe, sebab fb masing-masing, up to your own preference.. TAPI....


Yang paling tak tahan sekali kalau orang yang, meroyan je dekat Fb berkenaan ke-single-an nya.. Ya rabbi... Ada dua jenis kumpulan I'm Single parade ni.. Satu ala-ala muslimah gitu kan, post-post pasal pengharapan nak dapat suami soleh, cari the missing rib lah... My advice, I don't think la lelaki yang betul-betul soleh nak perempuan yang kerjanya facebook je 24/7.. and sebenarnya what do you really expect from others? To notice that you're single and take some action so you won't be single anymore?

Don't you think you're a lot more interesting by being mysterious?

Jenis lagi satu, jenis bertabah.. Post dia biasanya quotes berkenaan it's ok being single. Better be single and happy than being in a relationship but lonely, yada yada yada.. Bertabah tentang being single but bila ada orang kata kesiannya you, dia cakap, "yela...manade orang nak kat I..." pastu orang tu cakap, "alaa... I kan ade".. jeng jeng jeng.. Sleek strategy! Yang tak bertabah pun ada, memang buat post sayu je pasal dirinya yang single itu.. Ha, itu takpe..terus je I rase nak tolong matchmake kan...

Ok la, I bukan nak bash orang pun... Cuma nak share my P.O.V as a girl to another girl... Kita ni orang perempuan, ada harga diri... Tak appropriate rasanya kalau perihal diri kita ni terlalu diketahui umum. Jadi, berpada-pada lah dalam menggunakan social network ni.. Biarlah lelaki yang nak mendapatkan kita tu ada effortnya sedikit, bukan setakat duduk depan laptop klik-klik, do some potential-wife-browsing on facebook je.. Your availability should be exclusive.. Not like anything on ebay - available, out of stock..


Just my two-cents.

3 comments:

SuMaiYaH said...

dua2 bukan aku, camne? hikhik

imah said...

pergh...berbisa la u skang ni kak one..keke.btw, gud actually, at least, ade orang yang tegur bnd2 remeh cenggini, drpd takde langsung ..=D

atiqahdahalan said...

mengade sue...haha

imah : dah tua-tua ni mule la kan nak berleter je kerja