Sunday, April 26, 2009

nikmat lain yang aku selalu terlupa

aku mintak maaf untuk


salam.

CVS dah berlalu. aku teringat satu perbualan aku dan seorang rakan belum Islam. (belum lagi, aku harap soon.) masa tu, kawan ni tgh tunggu result matrik yang akan menentukan dia dapat atau tidak nak ke med school. saban hari tu aku asik suruh dia sabar, tawakkal dan kata-kata indah yang lain. satu hari dia pun berkata. "you melayu banyak senang la. everytime after exam can tawakkal...haih. we **** ah, very stress you know..."

tawakkal itu satu nikmat. aku selalu terlupa. mmg kita tawakkal, tapi kita tak hargai.

islam dan iman itu nikmat. ini lagi selalu kita lupa ni... "tawakkal, keyakinan pada bantuan Allah. keyakinan pada maghfirah Allah, semuanya kerja iman." (quote orang ni)

satu sindrom yang melanda kita dekat nak exam adalah cuak kentang yang keterlampauan. inilah silap kita. aku repeat lagi, dari satu siri tafaqquh last year, motivasi exam. kalau kita tak bersedia sekali pun, belum tentu kita akan gagal.

berjalan ke dewan peperiksaan itu dengan keyakinan bahawa semuanya kerja Allah. ready ke tak ready ke. tapi ada jugak orang, mmg ayat standard kena call mak ayah (macam aku) kena gak ckp "takut la nak exam..." habit namenye. tapi aku mengingatkan diri aku dan diri kalian juga. ini semua percaturan Allah.

pelik bin ajaib. kita mengaku beriman, tapi selalu perlakuan hampir2 nak sama aje dengan orang tak beriman. pujuklah hati. tenangkan emosi. ingat Allah. ingat Allah. ingat kau orang islam. ingat kau orang beriman.

boleh jadi. tamparan CVS (contohnya) satu peringatan. dosa kita dengan Allah, dosa kita dengan manusia. boleh jadi ada hati-hati yang terluka. kalau ko baik pun, boleh jadi ada sahamnya bila ko biarkan kawan2 berleluasa buat perkara2 yang tak sepatutnya. (again, ianya peringatan untuk tangan menaip dan mata yang membaca) boleh jadi Allah "cemburu" kita terlalu cintakan dunia. boleh jadi Allah sayang dan mahu kita kembali dekat kepadanya. boleh jadi.

syukuri setiap nikmat yang kau perolehi. the more grateful you are, you will attract more good things. ini aku dapat dari "the secret" by rhonda byrne. kalau nak check, dalam al-Quran dulu lagi dah sebut, (mafhumnya)"Jika kamu bersyukur, Aku akan tambahkan ke atas kamu".

all in all (hahahahahhhh) sekali lagi saye ingin memohon maaf untuk kesalahan-kesalahan yang
  1. aku tahu kau pun tahu
  2. aku tahu kau tak tahu
  3. kau tahu aku tak tahu
  4. aku dan kau dua2 tak tahu

salam perjuangan. salam RS.

exam tetapppp exam.

5 comments:

izzah ibrahim said...

yup.
selalu terlupa utk bertawakal.

rabbana 3alaika tawakkalna..

husna zahran said...

setuju..
dr awal lg dah rs sumthing tak kana..
lupa Allah tu ade..

teringat dgn kata2 ni..tak psti ayat quran ke apa..

'Aku adalah apa yg hambaKU fikirkan'

bersangka baik dgn Allah

Aleen said...

Assalamualaikum..

thanks one.. this post is really nice, u're playing ur role here as my friend coz I'm feeling that.. thanks.. saling meningatkan hati yg selalu lupe..

p.s : kak Husna, itu adalah hadis qudsi..

one_munawwarah said...

thanx for all the comments.

kilah said...

awak sdrkan akak,bnda yg kita slalu buat tp tk baik utk dibuat