Friday, July 15, 2011

to care or not to care

hello everyone.

OK, harini kita nak bercakap tentang jiran. Semalam aku duduk-duduk dekat homestay sempena menenangkan fikiran dan makan buah longan segar dari pokok, and I realized, eh, aku ni dekat kampung ni, ade lah paling banyak pun 8 rumah je yang aku kenal penghuninya. Duduk sini dah 15 tahun. I know more people dekat taman perumahan dulu dari jiran-jiran di Kg.Melayu ni. Lepas tu aku teringat pasal insiden minggu lepas di sebuah kawasan perumahan lain.

Masa tu, mama singgah rumah kawan beliau, so, abah and I just waited in the car. Few minutes later I saw two girls bersiap-siap nak keluar rumah. Mula-mula I was like, sayangnya lah kan, kenapalah budak-budak sekarang ni tak kisah showing to others things they shouldn't have. Kadang-kadang orang lain yang tak berpakaian sopan, kita pun jadi segan sama kan. Then tak lama lepas tu, ada dua motor datang depan rumah tu and the girls hop on, dan berlalu pergi. Adik-beradik ke bukan ke I don't know, but I don't think so - we are all aware how screwed up masyarakat kita harini.

Being a stranger, all I see is, most probably mak ayah nya tak kisah ke anak dara dia keluar naik motor berdua-dua macam tu. I don't get it, what kind of parents allow that to happen depan rumah. Kalau tunggu dekat stesen bas lain cerita, maybe lah budak nakal, ini depan rumah. Then few minutes later, selang dua rumah pun macam tu jugak, ada budak lelaki datang, hon-hon, budak perempuan keluar, naik motor. Lepas tu ada pulak budak kecik keluar dari rumah tu main pasir depan rumah and I was like, kesian budak ni, she's gonna grow up thinking it's ok and normal to do that.

If it were me, I'm sure the boy's gonna be chased off with parang, and I'll be grounded for life. haha. When my sister was in high school, I've seen how strict my parents were, kalau pergi tuisyen, balik rumah mesti sampai rumah dalam jangka masa yang logik, tak boleh menyinggah. Naik basikal tak boleh beriringan dengan budak lelaki, tak boleh ada kawan lelaki call rumah, hantar surat dan sebagainya. Same thing goes to me jugak walaupun baru sekolah rendah. Kalau ada tiba-tiba kawan datang rumah nak pinjam apa-apa pun, I would be scared to death kena marah dengan abah.

Masuk sekolah menengah, there's no such thing as "keluar pekan" bersama kawan-kawan. my outing hanyalah balik rumah, singgah giant or UO kalau ada barang nak beli. Pernah dua-tiga kali je keluar dgn kawan-kawan, sekali sebab bulan puasa dan abah tahu i won't go merata-rata, beli barang kelas/persatuan dan sekali selepas spm. And pergi Taman Cempaka untuk fotostat soalan. Lepas masuk U pun, kalau kawan-kawan nak jumpa (note that my friends are all girls because i went to girl school kan) suruh datang rumah. Very hardly I'll get to go out with my friends. Lain-lain mestilah diiringi adik beradik atau abah n mama sendiri.

This is definitely how I'm going to raise my kids. As strict as this.

To Care or not To Care

berbalik kepada isu jiran tadi. in the ealy 90's dulu, I believe my parents main concern masa tu bukan sebab isu ikhtilat. dulu mana ada kefahaman lagi tentang ikhtilat-ikhtilat ni kan. mainly just sebab maruah dan malu kalau jiran-jiran nampak dan kata apa-apa. Biasa kan tengok dekat kawasan perumahan dekat taman or depan rumah ada kerusi batu boleh dating tu, my house tak ada kerusi batu tu, jangan kan nak berdating, duduk bersidai dekat luar lama-lama pun tak boleh tau. 

So, I said to abah, "Ish ish ish...macam mana lah satu kawasan perumahan siang-siang macam ni boleh anak dara keluar macam tu dengan budak laki-laki..." abah's response was, "Jiran-jiran semua tak kisah lah tu, tak de amik tahu...semua jaga hal masing-masing...". When I was in taman jaya delima, news spread very fast, which is why parents are really concerned about the children's behaviour. 7 years, and we only know 2 families yang anaknya "huha-huha" istilahnye... dan kalau anak kita buat benda tak elok, memang akan sampai ke pengetahuan mak ayah kita. Nak-nak pulak kalau macam my parents dah lama kat sini, dan dah kenal ramai orang, so, kita anak-anak ni nak buat apa pun kena beringat... sebab tahu dah mak ayah kita ada banyak spy.

Jaga Tepi Kain

The thing is, sibuk-sibuk nak tahu hal rumahtangga orang memanglah tak boleh. Tapi, kalau kita dah nampak anak orang tu siang malam keluar tak tentu hala dengan bukan mahram, pergi la slow talk parents dia... takkan biar je.. esok-esok kalau berlaku maksiat dalam kawasan perumahan kita, bala sama-sama dapat. haaa... tapi zaman sekarang ni agaknya kalau kita cakap kat parents tu pun, silap-silap kita kena balik. Ha....jangan kita buat mesyuarat tingkap lepas tu menganam ketupat pulak, tak ada faedahnye...

Ok bebel panjang pulak kan.

Take-home message

Kalau kejiranan kita tak ada usaha tegur-menegur, nasihat-menasihati ni, kita kena hidupkan kembali. Kalau dah sedia ada, kita kena pastikan it lasts forever :-)

ok sekian terima kasih..

1 comment:

AzwanRamli said...

hahaha.... aku penah dikejar mase budak2 sbb ambk tebu kat kebun orang.hahaha.Insaf2