Friday, January 22, 2010

death hurts both ways.

dan wan telah pergi meninggalkan kami semua, yang  mencintainya sepenuh hati.

dalam 2.00 pagi macam tu, dapat msg dari kakak, "Wan dah meninggal jam 7 pg tadi". aku terkejut. check facebook, kakak dah tinggalkan msg tu 20 minit sebelum tu. Kak ngah kudik yg msg kakak kat facebook jugak. nasib baik budak2 ni jenis pagi2 dah facebook. kakak call abah di parit buntar (it's friday, abah menjemput mama balik ipoh). abah pun terkesima. aku pun. air mata dah berlinang2. mengenangkan wan, wanita yang signifikan dalam hidup aku.

wan dah tua sangat. seingat aku wan cuma ada darah tinggi, jadi wan pantang makan. dulu mas awan sihat wan penah duduk di Ipoh. wan masakkan tempoyak masak dengan jeruk maman. yang wan buat je sedap. lepas tu aku tak jumpa yg sedap mcm wan punya lagi. wan sihat, sebab selalu berkebun. kalau lama wan terbaring dalam rumah, wan akan jadi lemah. tapi bila turun ke tanah, dia akan cepat sihat. kami panggil wan, wan bukit sebab rumahnya atas bukit. ada tiga rumah atas bukit tu. bukit paya tengang, belakangnya ada paya.

dulu bukit tu tinggi, sekarang dah tak tinggi. jalan raya dah ditinggikan sebab kawasan Kg.Mengkarak tu selalu banjir. tp rumah wan tak naik air. tapi bila nak ke pekan kenalah naik sampan. tapi aku tak pernah merasa balik kampung bila banjir. sigh~ wan dari aku kecik umur dy 80 je. semua orang tak tahu umur wan sebenarnya berapa. mak-mak dan ayah-ayah pun semua dah berusia, jadi tak boleh nak keep track dah. wan menjadi  penyatu keluarga. sepupu-sepupu abah yang dah tak ada mak ayah pun bila cuti2 akan balik ziarah wan, sebab wan lah mak semua orang. wan ada banyak cicit.

lama-lama kesihatan wan makin merosot. wan tak ingat sangat benda-benda baru. lama-lama yang cerita lama pun dia lupa. satu fasa, wan suka bercerita, menyesal tak siapa tak dengar cerita wan tu? aku kadang2 dengar attentively, tp kadang2 aku bagi respon, tapi mata baca komik. tp masa tu wan pun dah tak begitu ingat lagi. makin lama wan tak kenal lagi ramai orang sampai yang tinggal hanya Abdul Rahman (my cousin) dan Basariah saje yang wan ingat. tp kadang2 wan ingat mama. dan kadang2 ingat abah jugak.  september yg lalu aku sempat ziarah wan. mama kata, kita dah kena bersedia dengan apa-apa kemungkinan.

wan tak boleh membaca. tapi pendidikan anak2 semua terjaga. wan selalu pergi sekolah tanya dengan cikgu2 tentang anak-anak wan. wan susah membesarkan anak-anak lepas arwah aki tak ada. cucu yang wan bela semua menjadi, sebab wan lembut tapi berdisiplin. wan suka bercerita kisah-kisah nabi. dengan cerita sang kelembai. sekarang maklang yg selalu ceritakan.

wan ajar kita semua macam-macam. dan paling berharga hadiah yang wan tinggalkan untuk aku adalah Abah. terima kasih wan sebab membesarkan abah, sehingga menjadi abah ikah. i guess, kita semua telah mula merindui wan the moment she forgets. masa tu kita dah rindukan wan yang lama. tapi setidak-tidaknya kita masih boleh kucup sayang wajah hangatnya. sekarang tidak lagi.

kalau balik kampung, dulu wan mesti pesan "Wan doakan aok selamat pergi selamat balik...berjaye dalam plajaran...". doa wan itu mengiringi setiap anak cucunya.

kali terakhir dengar pasal wan dari Along. along kata wan dah makin tak ingat, tapi masih boleh baca ayat-ayat suci alquran yang wan hafal. along kata, benarlah alquran tak akan meninggalkan manusia yang melaziminya.

sekarang wan telah menemui kerehatan yang eternal setelah puluhan tahun di negara ujian ini.

semoga Allah tempatkan roh wan dalam kalangan hamba-hambanya yang beriman. dan semoga seluruh anak-cucu wan tertempat dalam kalangan hambanya yang bersabar atas kehilangan. amin.

p/s: kali terakhir ada saudara yg pergi meninggalkan aku adalah 1997, wan andak ketar. so, make this the first  time for my life. death hurts both ways, expected or unexpectedly.

7 comments:

aisyahrkh7 said...

salam one..

Ta3ish [teruskn hidup]..
a3zhomallahu ajrakum..
Allah yarhamha..

p/s.ni adalah doa[mujamalah] yg org arab salu sebut bile dgr org meninggal..

sempliciotto said...

oney, i'm so sorry to hear that... k.zulek once said this to me,
"Jika ada y keluar mengembara, mesti akan kembali semula. Tapi jika dia tidak kembali, kt lah yang akan pergi keluar mencari." Thank Allah, for the 'two lives' He gave us. We'll meet our loved ones again, insyaAllah

TC!

one_munawwarah said...

inshaAllah.
thanx ye aisyah n kak eti.
semoga bertemu lg nanti.

Ainul Arina Madhiah said...

takziah one... moga dia ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.. amin..

kilah said...

iA ditempatkan bersama golongan mu'minin..
innalillah wa ilaihi raji'un

one_munawwarah said...

time kasih seme

'Ezzah Al-Islam said...

baru baca.

Allah yarhamha.
"Buzz" untuk yang masih hidup.
Moga One sekeluarga tabah.