Tuesday, September 15, 2009

delayed yang terakhir, sehingga aku selesai exam on 17th

Friday, September 13th 2009.
(eh,baru perasan pulak, it’s Friday 13th)
Anyway. Mata tak boleh nak lelap pulak sementara menunggu subuh tadi. Sebab otak tak berhenti berfikir dari satu perkara ke satu perkara. Sampai terlupa connection between them. Aku sebenarnya, asalnya nak buat satu entry pendek je, “Manusia itu, masalahnya : aku selalu betul, kau sentiasa salah” (setelah menonton tele-filem “antara garisan” semalam). Lepas tu aku jauh berfikir, mengingatkan sebuah kejadian dalam hidup aku zaman muda-mudi dulu.
.
Masa sekolah dulu, akulah fanatic arwah yasmin ahmad. Gila2 punya fan lah. Kawan2 pun tahu. Satu hari ada orang datang dekat kelas, masa tu tingkatan lima agaknya. “one, dah baca dewan masyarakat yg bulan ni punya? ##### kritik GUBRA”. Berdesup-desup aku naik kutub khanah (library) carik dewan msyrkt. Hah, jumpa. Masa tu, aku kan muda…darah panas.. penulis tu pun muda, sama lah agaknya. Penulis atau sasterawan tu pun mmg aku tak minat langsung, tulisan dia dalam sebuah (atau berbuah2) majalah yang aku langgan monthly, tak pernah aku baca. Cuma yang wajib sebab cikgu suruh baca je aku baca.
.
Cuti, aku balik jumpa blog beliau. Ke aku yahoo tah. (home page aku mmg yahoo, bkn google). Bbrp entry dia mmg mengupas isu tak puas hati beliau ttg gubra tu. Lagi la panas hati aku. “cetek pemikiran!” hoho, hati aku berapi2. Sederap aku meninggalkan komen bajet bernas kat blog beliau, ttg aku rasa cetek gila pemikiran dia bila aku baca review/kritikan dia kat dewan msyrkt tu. Beberapa bulan kemudian, aku terjumpa yang komen aku tu dah menjadi komen pilihan bulan tersebut. (clap clap clap).
.
Sebijik dia bagi aku. Habis bodoh lah description nya, aku ni takde asas ilmu bikin filem. Tak tahu nilai2 nya dalam sebuah filem. Sikit pun aku tak heran dia nak kata aku takde ilmu. Aku ni seorang peminat filem, tingkatan 5 aliran sains. Takkan lah aku nak amik tahu pulak nilai2 sinematografi dan estetika sebuah movie, nilai2 murni komsas pun tak tercover. Sebab itulah aku rasa berdebat adalah kerja sia2, satu, sebab kalau dalam competition, kau akan cakap based on behalf yg kau dapat, so it’s not really what u belief. Dua, sebab kalau kau kalah sekali pun, kau balik kau tetap rasa kau yang betul. Pengucapan awam lain, kau express feeling + thoughts kau, kau share dengan orang dan bagi orang berfikir – itu aku suka.
.
Baru2 ni, ada link di list ym aku yang aku klik sbb tajuk macam menarik. Oh, blog penulis ni rupanya. Yang baru lah agaknya. Habis baca entry yang terbaru2… aku pun terdetik, ha… dulu tak salah aku, kau nak kata arwah macam bawa isu2 yang mengkonfiuskan dan menyesatkan, sekarang kau tahulah rasanya bila orang kata kau pulak nak menyesatkan. Dulu kau kata orang takpe, skrg org hint2 kat kau, kau dah tak senang duduk juga. Aku masih hormat, sebab dia orang yang obviously jauh lebih berilmu dari aku. Tapi still, aku tak setuju dengan dia, karyanya dan pembawakannya. Aku buat kesimpulan, penulis2 yang aku tak suka, tidak aku baca tulisannya, most likely sebab penulis itu poyo, membangga diri dan menyampahkan aku.
.
Jadi aku smpai ke kesimpulan : manusia itu memang sentiasa rasa “aku selalu betul, kau sentiasa salah”. Di mata aku, dia begitu, dan aku pun sama. Aku betul, dia salah. Hahah. Tuhan ampunkanlah keduanya, dan semua orang yang merasakan begitu. aku tak setuju dengan behavior yang judgmental. I despise and resent it. tapi aku pun judgmental jugak to certain people, on certain issue. sekali tak suka, sampai matilah biasanya tak suka. Tapi, sekali suka belum tentu selamanya aku suka.
.
Manusia itu juga, biasanya… “hish, ada ke patut dia tu, macam tu…macam ni…” tapi bila diri sendiri yang salah, “aku manusia biasa, banyak kekurangan” nak sedapkan hati baru fikir macam ni. Sebelum tu, aku saja yang betul – ini muhasabah untuk aku, kalau kau suka, kau boleh mula berfikir juga.
.
Manusia itu, masalahnya “aku selalu betul, engkau sentiasa salah”.
Jika kau berkata dalam hati, “nasib baik aku tak macam ni” ketahuilah aku berkata “exhibit A”. lepas tu, bila kau respond, “eleh…poyo gila.. tak semestinya” aku berkata lagi “exhibit B, ladies and gentlemen”.
.
Ps : segar rasa pagi ni. Maklumlah, harini nak buat lemang dengan abah. First time nak membakar kat batu 8 ni. Aku pun dah menganjurkan family gathering – cum – berbuka puasa esok kat rumah along. Pakat2 jumpa adik beradik aku yang “ramai” tu sebelum balik. Terima kasih semua yang bagi semangat, dorongan, tips dan yang mendoakan aku. Hargai ramadhan yang masih berbaki, mana tahu tomorrow is never guaranteed.
pps: aku dah selamat berada di irbid, encik akmal pun ade same. xdelah sedih sgt x dpt raye spt yg dirancang. mwahahah. pohon doa, tapi bukan simpati dr pembaca. btw, family gathering haritu was awesome, i enjoyed so much. oh ya. sebelum aku pergi cuci buluh hari entry ini ditulis, aku membaca satu review filem bee-season, menarik reviewnya. lepas tu, aku tgk penulisnya, oh!!! nasib baik aku baca reviewnya dulu bukan nama penulis. - hari publish entry-
ppps: aku baru sedar aku salah tarikh. friday tu 11, mane ade 13? hahah itu bulan lain punye kalender kot.

5 comments:

@m|eN said...

dah lama x menjenguk ke blog ni.
jangan terasa ye. dah lama x menjenguk ke mana2 blog pun.
masih dlm usaha menyesuaikan diri.
alhamdulillah kini dah kembali ke bloggosphere.
kembali dahagakan ilmu =)

jaga diri di irbid. salam eid mubarak =)

one_munawwarah said...

welcome back =)

mUneer said...

awak exam kelmarin?
exam apa nak dekat ray ni
selalu exam takmili masa awal-awal cuti

heran

one_munawwarah said...

immunology, biaselah subjek summer sem...hujung2 letaknye.

one_munawwarah said...
This comment has been removed by the author.