Thursday, September 3, 2009

delayed entry

Hari ketiga di malayia. Post yg di draf dalam word.
AMM GMT +2.00 baru 3.44 pagi. Malaysia dah nak dekat jam 9.alhamdulillah pada hari ketiga ni aku dah mula berfungsi macam orang tempatan. Tak ada jet lag. Ingatkan masa nak balik  haritu, nak buat post “penutup dari Irbid”. Tak sempat. Rupanya, memang bukan penutup pun. Aku inshallah akan kembali ke bumi tercinta tu untuk menyambung perjuangan yang belum selesai. Ujian Allah. Kalau ada tiket balik sini balik, bolehlah balik.  Mudah2an adalah.
Oklah. Malam pertama terawih di masjid wilayah persekutuan. Lepas berlagak dgn along KAUH ada escalator, along kata “ok, kejap lg along tunjuk masjid plak ada escalator”.  Sekarang ni trend ye tempat solat tak ada tabir. Surau al-falah yang ada tabir pun dah singkap. Reasonnya, tak tahu. Abah kata, kalau balik sehari awal, sempat le dengar ustaz sulaiman mantap and his slang parit. Tak sempat kome… ape dibuatkan…  mlm kedua (ooo baru dua malam) terawih di surau penuh nostalgia, surau al-falah kg.melayu batu 8. Rindu sheikh ma’moun juga walau bagaimanapun. Tp malam tadi surau kampong sebelah jemput Ir. Nizar, woohooo… my 1st IR.NIZAR moment ever lah kan.live u! bukan youtube2 lagi. Tazkirah ramadhan.
Mengingatkan nasib kaum-kaum terdahulu, ‘ad dan tsamud serta firaun yang Allah gantikan dengan kaum lain yang lebih baik. Very nice sense of humor. Cakap pun berilmu. Bukan bajet best je bang. Tapi ada 2 perkara yang menjentik benak hati aku.
RAMADHAN BUKAN TEMPAT BODEK ALLAH
Selalunya, bila ramadhan berakhir, by the time we celebrate raya, semua training yang kita buat masa sebulan ramadhan, rosak begitu sahaja. “Sebab apa? Sebab dah 50 tahun merdeka masa bulan puasa kita dok bersandiwara dengan Allah.  Ingat Allah ni boleh di bodek2 boleh di “jek”-jek??? “ -50 tahun tu sbb YB tgh ckp pasal kemerdekaan-. Betul lah, kadang2 kita tak sedar. Bulan ramadhan kita sungguh2 buat amal ibadah, tapi lepas tu kita kembali kepada keadaan asal. Allah bagi ramadhan untuk tingkatkan ketaqwaan, kita meningkat amalan time ramadhan SAHAJA, habis ramadhan back 2 basic. Lebih sedih lagi, by 1 syawal pulak tu dah rosak. Sepatutnya 1 syawal tu stamina tgh on-top lagi. Katanya, siapa yang amalkan beraya pada 1 syawal tp 2 syawal dah mula berpuasa 6, dia akan merasakan nikmatnya ibadah. Mudah2an Allah kurniakan kita semua keazaman untuk berbuat sedemikian. Inshallah.
Hari raya, Malays are the only ones who cry during takbir raya. Sekarang masjid yarmouk pun ada jugak takbir mendayu2 apa. Haha. Takbir tu, adalah ekspresi sebuah kemenangan, so this year no need to drama2 lah ye time dengar takbir raya. It is US who makes raya such a full-of-tears occasion. Abis, asyik tayang drama syahdu syahdan je… I dari kecik lagi hari raya tengok drama sedih2… mana I tak terpengaruh kan. =P.  abah pun kata. Aku lepas tu timbul azam baru lah, hari raya ni takmo sedih2 drama2 bagai. Org sambut Christmas/CNY/Deewali pun semua hepi je kan. Raye je sedih. Pelik tapi benar gitu.
Jom fikir2. Dengan siapa aku nak menipu ni? Dengan Tuhan weh. Bukan manusia. Kalau ramadhan hari2 lepas tarawih boleh tazkirah, luar ramadhan kita patut teruskan. Baru rakyat jadi cerdik (ceghodik).
SETIAP SAAT DALAM RAMADHAN ADALAH LAILATUL QADAR.
Ulama ada yang menafsirkan, lailatul qadar berlaku sewaktu peperangan badar. Which happens, in the broad daylight. So, possible kah lailatul qadar pada waktu siang? Jeng jeng jeng… lailatul qadar ini adalah rahsia Tuhan yang tidak kita ketahui. Note: aku menulis ni based on tazkirah semalam, tak ada merujuk mana-mana. Cuma tempat mencetus berfikir, bukan suruh amik bulat2 okeh.- bila Malaysia siang, Jordan masih malam. Kalau malaikat turun di Jordan pada waktu malam, apa Malaysia x de ke malaikat turun???? Ha… ayatnya semalam, “Malaikat turun sederap, naik sederap”.  Meaning, altogether lah. Dan, perkataan “lail” dalam bahasa arab boleh juga digunakan untuk siang malam pagi petang – tolong rujuk pakar bahasa, tuan blog x de ilmu tersebut –  make sense jugak tu.
Macam mana nak mencari malam yang ganjil pula, sedangkan time kita malam ganjil, ada orang malam genap. Aih… payah2.. nak pulak tu, malam kita megholoh! (titon)
Resolusinya… senang saje… anggaplah, setiap detik, setiap saat dalam ramadhan itu lailatul qadar. Tanamkan perasaan macam tu. Mudah-mudahan sepanjang ramadhan ini berada dalam keadaan beribadah dan mengingati Allah. Sape rogi? Tak de sape rogi. Untung ,ye. Nak buat perkara sia-sia pun tak tergamak dibuatnye, mengingatkan kot2 le tengah lailatul qadar ketika itu.
Lastly, jangan berjuang atas dasar kebangsaan. Ini aku suka jugak, tp will make other entry specific on this one. S bb ni dah lama plan ni. Katanye tahun ni orang tak berapa nak kibar bendera…
Wallahua3lam.
Masa on the way tu Nampak makcik kedai roti canai tu tebar roti. Terasa2 pulak. Balik mintak abah singgah. “kak, roti planta dua, teh ais satu ye, bungkus” (motifff teh ais pun beli???) lama tak minum the ais kedai. Skarang teh ais pun udah serengget empat kupang kome… dulu tujuh kupang aje. Zaman skarang roti canai xde balut surat khabor dah pun, bubuh dalam plastik terus. (oih, lapar pulak).
aku tak jalan ipoh lagi sejak balik ni. Hari 1st balik pegi bazaar flat jalan kuching. 1st skali aku beli, crab fillet . “ikah, dekat sana mmg tak jmpe ke ni?orang sini xde nye beli benda ni buat buka puasa. Kamu je.” Heh. Mmg takde la.
Muaz sangat bijak, “ajammmm…ajammmm…baby…baby…” dan sangat ganas jugak.. first he kiss2 azam then he start to get geram, nak gigit bagai.. . risau tengok. and he could be very tricky every time he tries to get closer to azam. Tiru style meow. Macam la kitorang tak perasan. 1st time jumpe azam- so cute. Tgk beberapa saat pun dah pandai senyum kat mak usu dy… (ini namanya connection hati ke hati) biasa budak nak scan2 dulu org. anak sedara I, dua-dua on our first meet dah terus suka dah. Muaz dah bleh buat bunyi “mak usu” walaupun ada pihak2 nak sabotaj kata he said bucuk. Dengki la tu =P geram giler tgk azam, rasa nak picit3…hihi.. baik pulak tu, xde meragam. patutla babe suka sgt jadi suri rumah. Mmg worth it, tgk precious one membesar dpn mata.
Alhamdulillah.

by the time this entry is going to be published, i decided not coming back after the make-up exam. raye irbid lah.

10 comments:

weetameal said...

salam, lagi best malam sebelum ustaz sulaiman mantap. Tazkirah ustaz kahar. ringkas dan sangat padat. takde nak sembang2 panjang dan berpolitik. Terus tujukan persoalan dalam masalah masyarakat dan penyelesaian menurut agama.

Masih kurang setuju dengan politik di dalam surau. :(

jika tidak bukan kerana inginkan ilmu, tak duduk lama dah dalam tazkirah2 tu =p

one_munawwarah said...

nasib baik ustaz kahar 2 kali. malam ni kalau x silap.

regarding politik dalam surau tu, kalau kena cara, tak ada salahnya. politik pun sebahagian dari Islam kan. =)

weetameal said...

tak sure malam esok ke malam ni.. yang penting pegi tiap2 hari =p

hm, betul2. kena betul dengan cara. Semoga dengan taufik dan hidayah Allah, kita mampu beramal mengikut kehendakNya.

Berpolitiklah, tetapi jangan sampai mengkafir-kafirkan orang. Apakah kita tahu kesudahan hidup kita bagaimana?
"Katakanlah (Muhammad), 'Setiap orang berbuat sesuai dengan pembawaannya masing-masing.' Maka Tuhanmu lebih mengetahui siapa yang lebih benar jalannya." surah alIsra': 84.

"Di antara kamu ada yg beramalan jahat hingga hampir masuk neraka, kemudian dtg ketentuan Allah, maka dia beramal baik dan masuk syurga. di antara kamu ada yg beramalan baik hingga hampir masuk syurga, kemudian dtg ketentuan Allah, maka dia beramal jahat dan masuk neraka." hadis riwayat bukhari.

wallahu'alam.

eman ainol said...

one, klu yg malam sepuluh terakhir tu mlm lailatulqadar mcm mana plak?

one_munawwarah said...

-wan-

agreed. supposedly yang dikafirkan itu perbuatan, bukan batang tubuh seseorang. unfortunately bukan semua orang punya kefahaman, dan boleh jadi kefahaman yang ada itu pun berbeza.

-iman-

personally, aku rasa menganggap setiap saat adalah lailatul qadar tu hanya sebuah langkah berjaga-jaga. i still believe it's in the final 10 nites, sebab itu kan hint from our beloved Prophet pbuh, and it must certainly meant something.

wallahua3lam.

nobonobo said...

elow *y*h..
kne star2 sket kt sni..maklum le public la kan..aku saje mencapub kt sni memandangkan hanye one_munawwarah dan weetameal bermusyarakah d sni..hoho..xde ape pon yg aku nk lontarkan kt entry ni..just highlighting the last sentences in da entry..wishing you all the best~.. may Allah bless us always..smgt2 sket weyh..x boleyh maen2 dah (walaupon setiap kali bukak sem berazam camni)..hoho..bak kate seseorang, 'keep holding on'..hoho..afta diz u should use that song 4 yr ringtone.hua2

one_munawwarah said...

-nobonobo-
aku tak tau pun lagu keep holding on. ana mane dengar lagu2 sedemikian, ish enti ni.. mwahahaha...

seme org surprised ek aku nak raye irbid.. kalo tibe2 syahdu tak menahan, dengan segera lah aku membeli tiket pulang.. im surprised myself.. lol.

ready2 la, balik ni aku lagi ade surprise kat u olz. u might expect ada cupcake sekali lagi jika beta masih bosan. cup aku dah beli stok.

eman ainol said...

thanks for the answer...
ang kener balik sana balik ker one?
nape?

syphoon said...

sronok nye bleh cakap peghak semula... keh keh keh...

one said...

selepas ini kemungkinan besar onebonez akan bersiaran dalam bahasa perak sahaja untuk satu jangkamasa yang akan ditetapkan.