Tuesday, November 10, 2009

siri mengenal penciptaan : rugae of the stomach


kelas anatomy aku semakin hari semakin bermakna. ianya ibarat satu sesi mengenal hikmah penciptaan, aku harap lepas2 ni pun biarlah Dr.Jamal je ajar anatomy untuk system2 seterusnya (wah kau...harapan!utk pengetahuan anda, aku mmg ada byk Dr anatomy sebab doc akan mengajar depends on his speacialties)

baiklah. harini aku nak citer 2 benda je. aku bizi skarang, air-asia tgh sale akhir tahun, so aku sebagai ajen pelancongan Puan Yong Hamsiah binti Alias serta En.Dahalan bin Janal mmg biasenye bkerja part-time pada musim2 begini. tahun ni ak nak mintak komisen lebih. yeay.

pertamanya. adalah berkenaan esophageus. untuk pengetahuan, esophageus kita ni bleh bergerak2 sket. peristalsis tu budak sekolah pun tahu. cuma miracle yang aku belajar tadi adelah "Kalau anak tertelan skru (cuz doc says dabbus bukan mismar, so jgn tanye aku kalau telan paku camne) jangan risau kerane skru tu akan jatuh melurut elok je. tak de lah nak tersangkut. sebab esophageus kita akan adjust kedudukan dia (aku takleh nak wat gaya doc explain, tapi ianya macam mengelak ke kiri dan kanan). point nye : Jangan panik bila anak anda tertelan paku.


keduanya tentang rugae of the stomach. rugae ni adelah folds kat dalam perut kau. function dia untuk luas permukaan and distension bila makan manaaaasaf banyak sangat. kalau kita perhatikan, rugae ni sangat kerinting ye...rujuk 14 tapi pada bahagian lesser curvature (5) rugae ni lebih lurus (tgk 13), ala2 rambut rebonding lepas 6 bulan die beralun sikit2 je. nah, soalannye LEISHHHHHH rabna create it this way. jwpn die punye lah simple ---> itu untuk air senang nak lalu.

ini adelah illustration yg paling tepat menurut talaqi aku bersama sheikh jamal abu ghaida tadi. pasni kalau aku tgk org lukis rugae kerinting smpai lesser curvature, hati aku akan berkata, "b3rafeesh anatomy". dan harini (ke semalam tah) aku sedar anatomy sebenarnye tak payah lukis pun takpe. selama ni aku ingat kalau org pandai lukis senang nak study anat. sebenarnye, it's about being able to think critically & creatively, menghargai hikmah penciptaan dan mensyukurinya.

ok. juniors mark my word. untuk berjaya (boleh berhibur dalam kelas Dr. Jamal Abu Ghaida - sound effect anak dara jerit2 cam tgk mark westlife - i mean boleh ketawa dan enjoy bersama beliau) rahsianya adalah, dari hari anda membaca entry ini, sila tekun untuk meningkatkan penguasaan bahasa arab. anda juga perlu tahu perkembangan semasa, kalau tak anda akan blurrr bila doc sebut pasal nancy ajram. anda juga perlu bertanya pada rakan anda lawak2 yang anda tak faham - sometimes it's funny because of the way he say things dan when he say things about culture arab, so sbb bukan culture kira, jadi kite x de la nak rase it's funny. so, tanye je lah kalau tak faham. jika tidak, u might end up sakit hati je tgk org gelak u takleh gelak. i can laugh with them some times, but when i can't it KILLS that my heart BLEEDS - saje bagi dramatik sket.

take home msg : sila blajar bahasa arab dengan gigih, dan paling penting skali adelah bercakap bahasa tersebut.

ps: aku harap housemates aku tak bernanah telinga hari2 nak dengar aku buat laporan ttg Dr. kesukaan aku yang current. huahuahua. kalau beliau ajar sistem 2nd year - aku sanggup dtg pagi nk dgr lecture dia. heheh.

5 comments:

aisyahrkh7 said...

assalamualaikum wbt..

"sound effect anak dara jerit2 cam tgk mark westlife"

haha..wah, ini adalah satu statement yg sgt hiperbola wahai adik2 junior..kenyataannya adala kesan bunyi di bilik kuliah anda akan bertukar seperti scene jumpe pempuan atau lelaki kene bunuh dlm cite kuntilanak ye adik2..gelak mcm serigala jadian pn ade..di samping kesan bunyi vampire tgh sedut darah mangsa2nye.. ini adalah satu solid facts yg x bley diragui kesahihannye..pecayala..

psst..ye ye..makin smgt nk improve arab..wpn ak cume paham 5% je doc ckp ape..ting tong kepala lps kelas anat..

atiqahdahalan said...

maksud aku... bila aku sebut je nama "DR jAMAL ABU GHAIDA" ada sound effect la anak dara jerit2 cam tgk artis. senang kata, aku la yang jerit2 tu..huahua

'Aqilah Suhaimi said...

u should write for ciken soup for the soul utk mmj..
tp syg..terbuka untuk anak tahun 4-6..
psl lawak org arab tu kan..kalo ulang tayang..dia dh jadi tk lawak..

lagi la kalo dr anat yg ajar brain dlu..akak lupa tah nama dia..
gile lawak la..(di khudri kot)

dia nk sindir budak yg bising2..
dlm pendahuluan dia,dia kata la..kita semua ada otak,tuhan anugerahkan bla..bla..
tetiba dia tnya bdk yg bising kt blkg..
ko ada otak tk?hahahah
hambik ko..bdk yg kena tu pn gelak..then dgr dgn tkun nya pd hari itu

atiqahdahalan said...

dr.khudri mmg best jugak =)
slalu wat lawak.

sapelah saye nk tulis chicken soup...makan soup tau la..huahuahua

Ain Mardhiah said...

setuju2.. walaupun kadang-kadang aku hangin sebab tak paham lawak doktor tapi bila dah paham tu, aku pun join setangan jugak gelak guling-guling.
doktor tu best sebenarnya kalau paham, bila tak paham tu yang jadi kena syndrom hatred anatomy.. huhu..

yosh, mari belajar arab!