Saturday, November 14, 2009

soal hati dan perasaan

dunia bukan satu pemilikan. begitu jugak jiwa-jiwa manusia. ini adalah satu fakta bukan auta. aku dalam keadaan cuba sedaya upaya untuk memberi respon sepositif mungkin terhadap setiap yang berlaku di sekeliling aku. tapi, kadang2 ada jugak sedikit sebanyak yang akan mencuit sanubari. huahuahua.

pointnya aku nak kata. aku pelik tengok manusia. ciptaan Tuhan yang sungguh menakjubkan, dikurniakan akal yang meletakkannya di skala tertinggi dalam kalangan ciptaan. tapi, akal ini kadang2 terlupa digunakan lalu diletak tepikan. lalu membawa kepada perbuatan2 yang tak wajar langsung. contohnya, mempercayai gossip2 terhangat ttg orang tersayang tanpa usul periksa. huahuahua. dulu kan i pernah sebut ttg kepentingan komunikasi dalam perhubungan. ish ish ish.. penonton semua harap amik perngajaran. aku selaku golongan kuat cemburu jugak berdoa supaya aku nanti tak jadi seperti itu, ya3ni "cemburu liya tak berasas..." kuangkuangkuang... gelak guling2 la..

entah. cinta itu patutnya datang dengan kepercayaan dan keyakinan. memang lah percaya bulat2 kang takut kena tipu pulak. tapi, apa salahnya bertanya, mintak kepastian. cewah. dan sekarang kita bergerak setapak ke hadapan. berapa ramai manusia mengaku mencintai Tuhannya. tapi, bila diuji mula mengungkit. contohnya "kenapa banyak sangat ujian untuk nur dan abg adam mak?" jengjengjeng...contoh beb contoh... org kata Tuhan bagi ujian untuk meningkatkan darjat hambanya, tapi dengan syarat diiringi sabar dan reda. dan jugak aku pernah dengar, Allah ambil sesuatu dari kita biasanya untuk digantikan dengan something yang lebih baik. konsepnya mudah saja, kita kena percaya yang Kekasih yang kita damba itu mmg tidak akan memungkiri janjiNya. taip senang, nak apply tu bukan senang. takpelah saling mengingatkan sementara belum lupa ni.

dan aneh jugak manusia ni, kadang2 kita selalu terfikir macam mana nak harm others. pernah tak ko terfikir camtu? macam ko nak cakap something, in a way ko sebenarnya nak menyakitkan hati org lain? yang mana kadang2 kalam ko tu tak de kepentingan pun untuk dicakapkan tapi ko saja cakap supaya boleh buat org lain susah hati? aku pernah. (jujur kan) dan aku rasa itu adalah sangat tak manusiawi. dan sepatutnya kita tutup niat jahat kita itu dengan istighfar dan making other's life miserable doesn't make yours a better one. anyway... again and again, kalau kita di tempat org yang ditarget (maksudnye, org buat camtu kat kita) ingatlah, it's all about things we can control. cubalah untuk not-to-be-affected by such things.

err..lama dah tak blogging. time kasih cik aisyahrkh7 sbb aku mmg tak perasan dah 4 hari aku tak update.. yelah aku bukan ada nuffnang nk kena update hari2.. huhu.. 

p/s: forum mahasiswa haritu bagi aku satu trigger yang cukup baik, perhaps satu alamat baik ttg perubahan yg mungkin berlaku dalam masyarakat permai.

7 comments:

aisyahrkh7 said...

Assalamualaikum wbt one..

haha..contoh tu yg ak x tahan..
x de cth lain dh ke..
btw, ak setuju btol dgn entry ko ni..
pape hal pn, ty dulu..
jgn cepat pecaya buah mulut org..ececey..haha..

psst..klu dh jmpe cd 2012, btau ak skali..bley tgk sama2..yep, analatikal-thinking..

'Aqilah Suhaimi said...

wah2..mlm2 buta buat entry perasaan.

Sumaiyah said...

kihkih.
tahu xpe. contoh kemain one.
dah sume jadik hantu nur kasih maa..

aku admit la ku pn penah gak ckp menda nk kasik org sakit ati. tp slalu nye sbb dia da kasi aku sakit ati dulu. hohoh.

go go one! [smbil abgkat tgn hayun2 mcm nk kasi sokongan padu!]

Sumaiyah said...

tu bukan abg angkat la,[kang ada cite dwn mkn lak]

tu angkat tangan. ala, kan dah x happening. hahaha

atiqahdahalan said...

hamboi2...tgk tajuk hati dan perasaan cepattt aje u olz eh...hhuhu

aisyah : aku CUBA bagi contoh yang waqi'i kate org..heheh

kak kilah : biaselah, umor 20-an ni kan...

sue : ak tak perasan lgsung ko salah eja mula2 tu.. tak abis2 abg DM hahahah

weetameal said...

salam. hm. benar.
ujian:
1. yang diberi
2. yang diambil

kemudian akn ada pintu:
1. kefasikan
2. keimanan

yg bawa kemenangan adalah keimanan

jalan keimanan:
1. fikir
2. syukur
3. zikir
4. sabar

taat adalah ingat, tahu. lawan ingat adalah lalai, lawan tahu adalah jahil.

kebaikan adalah daripada Allah, keburukan adalah kerana manusia.

bila cemburu:
1. kita mahu apa yg dia ada hilang dan dpt dekat kita
2 kita mahu dia hilang apa yg dia ada
3. kita benci melihat apa yg dia ada

ikhlas itu
1. hati
2. perlakuan
apabila perlakuan sejajar dgn apa yg diniatkan dalam hati.

apabila hati yang tidak ikhlas kerana Allah, maka perlakuannya adalah bukan dalam kebaikan Allah.

wallahu'alam

p/s: sorry, tak pernah tengok cerita nur kasih.

atiqahdahalan said...

ur definition of "cemburu" sounds a lot like "hasad dengki".

i think cemburu adalah satu insecurity of losing something we own to others dan mgkin jugak perasaan kurang senang bila org ada kita x ada.

apapun, thanx =)