Tuesday, May 26, 2009

entry study week.


hi. like the new layout? i know i do. corak dah macam comforter baru aku ha... black and white tapinye. sorrylah kalau ada yang x suke, ni blog aku. tapi kamu ada hak komen, sebab kamu yang nak bace kan... lols


terima kasih meon atas entry granny award 2006. ye, GRANNY. award suka-suki zaman muda-mudi dolu... gosh, i miss those days.


aku masih blogging. sebab bila ada urgencies untuk blog, kita kena blog. tapi bila ada urgencies untuk main game kita kena sabar - tapi abah kata, main sikit xpe... huhu... satu hari aku call sebab rasa tak cukup semangat nak study - it happens, ok... so aku cadangkan, "abah, abah tetapkan sehari at least ikah kena study bape jam. nanti barula ikah study sebab dah janji kan"

note: aku, senakal-nakal aku, adalah anak yang tak pernah (kot) tipu mak ayah. kalau dah janji lagila... macam harun la dalam anak bapak tu...


so, abah bagi balasan paling best.

"tak payah semua tu."

"8 jam?"

"tak payah..."

"mana boleh abah..."

"sehari kelas berapa jam?"

"tiga."

"ok, study 3 jam. masa kelas yang tak pegi kelas dah tu kan, kamu study."

"mana cukup?banyak lagi masa lain..."

"cukup..."

"huhu...boleh ke bah? hati tak tenang kot ni..."

"banyyakkan solat sunat..."

"kalau tak boleh solat?"

"banyakkan berzikir"


abah memang cool. satu hari aku demam. aku gelabah giler nak jawab add maths.

"abah...ikah demam ni... xlarat dah nak study"

"tak payah study, rehat saja..."

"abis..?esok nak jawab macam mana?"

"jawab mana yang tahu."

"ok. yang tak tahu?"

"tak tahu, tinggal lah."


tapi, aku berjaya jawab dengan baik exam kali itu. terima kasih abah. idea mu bernas. tapi, i dont have the guts untuk study 3 jam sahaja. (aku rasa abah cuma nak psycho aku ni)

aku tapis-tapis perkara yang nak diadu pada mama.sebab tak mahu mama susah hati. tapi, kadang2 aku TER buat mama susah hati juga. tak berdaya lagi merunsingkan hati ibu yang sudah cukup risau anaknya jauh nun di perantauan. cewah.

aku dan makcik timah, di laman rumahnya

"makcik ni, risaukan along tu...haih..jauh nun kat johor...kalau mama kamu, tak tahu le makcik.. mau tak tidor malam gamaknye...."

yelah. betul jugak kata makcik timah. tapi, mama saye wanita tabah. takkan anak duduk jauh tak tidur malam kot... rindu sikit-sikit ok lah... sebak hati ini bila tahu mama simpan selimut yang aku guna bila balik cuti, boleh di peluk cium bila rindu. aku? tak bawak pape pun... huhu...


satu hari, masa kat dQ, setelah 2 minggu tak berjumpa (masa tu, 2 minggu adalah distance paling lama kami tak jumpe) aku nangis beria-ia. mama dah call along suruh amik bawak balik anak kecil ini. (huhu...tapi along terlalu rasional untuk berbuat demikian.heh) satu hari di sakan 42, aku ingat lagi aku call mama, mama suruh sabar. "sabar ye ikah, mama pun rindu sangat. pagi-pagi selalu terdengar-dengar suara ikah"(walaupun aku tak pernah bercakap pagi-pagi. aku memang la suka bercakap...tapi kalau belum gosok gigi aku biasenye diam)


perpisahan itu menyakitkan. lebih-lebih lagi untuk insan berjiwa drama macam aku ni. maka, jom kita study supaya sakitnya perpisahan ini berbaloi.

5 comments:

Yankum3~ said...

alaaa one nie...
wat citer sedey plak...
nangeh jgk aku kang...

mak ayah aku slalu kate...
nnti kamu sume dh xde abah & mak rindu laa..
asyik tgok je bilik2 kamu ni...
wah
b'derai air mate ku di kala itu jga..
huhu

QN2 said...

salam..one..itulah bapak kan..cool and relax saje...org pompuan ni memg emo ek..mcm u ckp kat i dulu, yg mama u ckp tu...skit sikit je tp dah pk berat2..hehe...tp bile ngadu pe2 kat ayah...realy make me relieved!el7amdulillah..

one said...

yana: biaselah... ak rase same ade modal mak ayah ni mmg same semuanya..ataupun kita anak2 ni yang sensitif lebih... hoho...

imah: complimenting each other lah tu kirenye...

husna aka meon said...

i miss u one..truly(sad)

one_munawwarah said...

miss u too =)