Sunday, May 24, 2009

terima kasih Tuhan

saiful azam iskandar bin saiful nazri

aku sebagai maksu prihatin, baru tahu nama dia ada iskandar. reaksi : oh, drama sangat nama anak kamu... tapi, namanye lagi anak orang, bukan anak aku. tapi panggil nye nanti azam juga. kot. hidung maksu ye sayang ye? si muaz terlalu excited berjumpe si kenit ini, tapi boleh kiss sekali saje kerana jarak terlalu hampir 2 budak ini bermaksud red zone. kerana muaz sangat excited tapi kasar... hoho. aku ingat lagi, masa muaz kecik pun along n kak ida gelabah jugak kalau ada kanak-kanak lain excited sangat nak tengok muaz. ye la, aku pun kadang2 geram tgk muaz rasa nak picit2...ha...

pernah seorang sahabat berkata, membaca blog aku ni, rasa seperti aku ini orang yang tidak ada masalah. of course la ada. kan ada hari yang aku tak dapat makan labu tu? haha. pernah juga kadang2 aku rasa nak menghambur kat sini, tapi selalunya setiap point yang aku nak tulis tu, kena apply pada diri sendiri. dan lahirlah entry2 stress free sedemikian... ecewah... hidup tak ada masalah, bukan hidup namanya, kata mama.adalah abnormal jika hidup kamu tak ada stress. so, ada masalah ke, rilek2 saje lah... dan, aku juga tertarik dengan hasil satu borak-borak santai beberapa minggu lalu... kita memilih respon bagaimana yang akan kita berikan. dan aku, cuba sedaya upaya untuk memancarkan respon yang tidak mengucarkacirkan hidup aku.

dan hari ini, pasca entry tentang rasa kasih dan sayang itu. aku juga sedar kalau (bahawa) kehadiran setiap manusia dalam hidup ini, membawa kepada faedah. mustahil tidak. sebab dalam pertemuan dengan insan yang membahagiakan kita, kita rasa bahagia la kan. tapi, pertemuan atau pertembungan atau kewujudan manusia yang selalu buat kita kurang bahagia, menjadikan aku lebih menghargai kehadiran insan-insan yang aku sayangi. terima kasih Allah, atas kehadiran orang yang menyakiti aku; kerana dengan itu aku nampak jelas bukti bahawa yang menyayangi aku itu, benar-benar sayang dan akan sentiasa ada bila aku perlu. dan jadikanlah aku bersedia, bagi setiap saat yang mereka perlu aku.

2 comments:

Laila said...

one..kamu maksu yG sGt baEk..hehheh~
dapat anK sedare pun looks like mcm dapt anak sendiri..kalo dapat anak sendiri nnti,,mcmmne le tuh yerrr???curious..curious..hehhehh..

one_munawwarah said...

anak sendiri..orang lain la tolong excited.. saye sakit berpantang.. oopsie