Saturday, May 30, 2009

Laskar Pelangi~

jutaan terima kasih dan syukurku buat Ilahi sebab layak mendaftar group mep_7. wohaaa. setakat ni dah dua movie saranan yang diiklan kat mep_7 yang aku kira satu tontonan yang tak rugi meskipun di kala exam final aku nak menjengah tak berapa lama lagi. jadi, tangunggjawab aku pulak jadi publicist. eh.
xde, aku nak suggest tengok lah dua movie indonesia yang menyentuh hati dan pemikiran.
  1. laskar pelangi
  2. kun fa ya kun

kun fa ya kun tu, masa kami beramai-ramai murung dengan markah cvs. pointnya, jangan putus usaha, dan sentiasa bersangka baik dengan Allah.

laskar pelangi, satu filem yang menyentuh jiwa aku. kalau kita sama spesies, aku cadang ko tengok sorang2 pastu bleh komen sini, ko menangis part mana. haha. satu lagi cerita yang patut kau cuba tonton - Cinta Sang Murabbi. bukan filem cinta ini. cerita hidup seorang murabbi lah, ape lagi kan. aku tengok kat youtube je movie2 tersebut. yelah, aku malas nak cari sape yang ada citer ni, and tentu-tentu aje xde jual kat movie-box kan citer ni. so, kalau boleh didapati kat tempat kau, silalah dapatkan, kalau xde, silalah tgk kat youtube.

p/s: citer melayu bila nak jadi macam ni kan. kadang2 unsur2 islami mungkin ada, tapi mematuhi syara3 itu belum pasti. citer indonesia pun bukan always nya ikut syara3, tapi berjayalah memukul hati seorang manusia walaupun takde babak heroin pakai tudung bercintan-cintun dengan ostadz mahupun saudagar kaya-raya kan. adoi.

aku rasa ni kisah benar sebab ada kisah hidup akiong skarang in real life. dia sekarang sudah muslim. yelah sekolah SD muhammadiyah.

anyway,aku belajar erti pendidikan. habis belajar sirah, anak-anak SD muhammadiyah itu bersemangat dan yakin kekuatan itu datang dari iman. bukannya habis belajar sirah, ingat tentera Islam 313 kalahkan tentera Quraisy and that's it. pengajaran cerita hujung sekali. bukan, masa tengah cerita sirah itulah paling sesuai kita cakap terus terang pada anak-anak itu apa yang ingin kita sampaikan. sekarang pendidikan di Malaysia bukan berbentuk seperti ini. minggu lepas aku baca artikel di saiful Islam tentang sistem pelajaran Malaysia, aku fiki2 anak aku nanti baik hantar international school. mudah-mudahan anak-anak zaman kita nanti dapat menikmati sistem pendidikan yang lebih baik dari sekarang yang freaking exam-oriented.

kalau tak ada sekolah boleh didik anak-anak zaman kita nanti, jom kita didik sendiri aje. dengan acuan kita sendiri.

2 comments:

AziraOmar said...

hikhik..
cite neh lawak~ ngah tgk cite neh!!~
ngEe~

one_munawwarah said...

huhu..bleh plak.. org menangis bagai x cukup air mata..huhu