Monday, June 15, 2009

movies, law of attraction

alhamdulillah. exam dah selesai. maka aku sekarang cuma tinggal result. entry harini, mungkin panjang.

lepas exam RS haritu tgk "the uninvited".convinced una and ain to watch today dan mereka nampaknye kecewa.haha.kesian. oh. aku dah berhenti tengok thriller ever since that. sebelum tu aku tgk Friday 13th. sebabnya, aku dah takde rasa takut bila tgk thiller. bosan. mungkin sebab dah banyak sangat tengok thriller. mungkin effect dr movie autopsy - ini giler geli... dan aku pun tak tahu macam mana aku boleh tadah mata je tengok citer tu.

so, harini aku bermula dengan Body of Lies. Leonardo de Caprio cakap arab beb. ammi (colloquial) pulak lagi tu!!! aku rasa lak. tak notice plak dia dubbing. russel crowe n de caprio dua-dua dah gemuk. lol. bestnye sebab setting dia adalah around middle east. dan mostly Amman. (teringin jugak nak pergi refugee camp-tapi belum ada kesempatan lagi) basically ceritanya pasal suicide bombers, jordanian intelligence (mu5abaraaat) and CIA. malu lah kita duduk sini bertahun-tahun kalau tak mau improve bahasa arab - de caprio tu siap baca ayat quran pulak dekat orang dalam movie tu. dan ada interracial love story sket. taboo. rugi kita ni kalau menonton tak belajar apa-apa. itu aku pantang sekali. kalau tengok movie tak dapat apa-apa jangan tengok. ini bukan masalah movie tu je, ini masalah pemikiran orang yang menonton, kita sebenarnya boleh create lesson dari each movie we watch.



body of lies nampaknya nak bagi hint, bahawa the US mampu create satu situasi untuk manipulate pandangan dunia. dia boleh bina dari watak seorang arkitek menjadi seorang jihadist yang membuatkan satu lagi kumpulan yang merencana suicide bombing jadi kaget. eh,sape pulak lagi hebat, lagi dapat pujian dari aku nih??? ha... tapi aku rasa, salah la tu. mana pulak ada konsep macam tu dalam perjuangan Islam. dan, aku puji jugak bila dia mention, Islam mana ada bagi kebenaran untuk bunuh orang tak berdosa. tak ada.sebab itu, bila kamu dengar perkhabaran dari orang munafik, siasat dulu...jangan main terima saja. dan dia point out, jangan manipulate ayat Allah. dan jugak message the end does not justify the means. kalau suka berfikir, boleh tgk movie ni.

kalau malas, tengok hannah montana. aku suka. yela, aku tengok hannah ni dari 1st episode lagi, so jagan ketawa la aku dah 20 pun suka lagi cik hannah kite ni. life's a climb, but the view is beautiful. mula-mula ada timbul sikit rasa menyampah bila miley melebih2 ke-hannnah-an nye disebabkan publicist beliau (wilhemina from ugly betty). menyampah betul bila tgk hannah ada unsur-unsur terharu... biasenye gelak besar je kan. lagu-lagu sangat best. sape tak suke HM, jangan nak bising-bising. i respect the differences.

setahun dulu. ada seorang kawan cakap ngn aku. "saya tak nampak macam mana baca blog boleh meningkatkan keimanan". wohaaa. masa tu, aku mengangguk je lah. aku memang takde nye nak berhujah panjang kalau aku memang tak ada apa nak direspon. sebab, aku perlu masa berfikir dan fikiran itu datang malam nak exam HLS. aku tahan je, ada beberapa isu lagi. jadi, sekarang aku ada jawapannya kalau kau membaca.

sama ada meningkatkan keimanan atau tidak, terpulang pada mata dan hati yang membaca. aku baca blog orang. tertentu sahaja. ada yang sebab aku nak tahu perkembangan, ada yang meransang aku berfikir, ada yang sebab aku terjumpa pastu tiba-tiba rasa best. macam tengok movie. bila tengok movie, ada orang tengok sebab saja-saja. aku suka bila tengok movie, berfikir, jadi kritikal. lepas tu cerita dengan housemate aku yang sabar aje dengar aku membebel. dari apa yang aku tonton dekat tv ke, movies ke... aku belajar culture, setidak-tidaknya gaya bahasa. yang boleh memukul jiwa, memukul. yang menagih air mata, aku tangiskan. in fact, aku belajar banyak untuk bahasa arab dari series yang best melampau kat mbc4. tp sekarang dah takde tv la pulak. haih~

budaya, perlakuan, penerimaan dan pemikiran manusia yang berbeza-beza. itu baru la tak rasa ralat masa kau berjam-jam tengok... tapi, ada la jugak movie tahap murahan, dibuat bukan untuk masyarakat, tapi saja nak bodohkan masyarakat. ha...ini kerja orang tak bijak - buat duit pandai, tapi tak nak fikir manfaat untuk masyarakat. YES MAN - itu citer lawak penuh message. aku suka. bermotivasi gitu. tapi, orang kita kat Malaysia, kurang nak buat cerita macam tu. bila yasmin sentuh sikit sensitiviti - ramai melenting. bagi aku, itu semua trigger, kasi otak jalan sikit. jangan asik nganga, ketawa-ketawa.. hafal 2-3 pick up lines, and that's it -sebab tu kita tak maju!!!

mendiang cikgu aku pernah berkata. lab technology yang dalam movies/series like CSI, minority report tu semuanya bukannya real. ataupun masih dalam pembinaan. ha, sekarang aku masuk bab law of attraction. bila barat buat macam tu, (masukkan benda yang belum terjadi dalam movie) dia sebenarnya menghasilkan satu tenaga, kepercayaan yang mengikut law of attraction akan menyebabkan sesuatu itu betul-betul terjadi. tapi, silap la mat salleh buat citer pasal terrorism and suicide bombings - lagi banyak la jadi bila you buat filem-filem macam tu... alamak tuan... news are the worst negative vibes sebab asik nak tunjuk yang buruk-buruk saja. sebab readers memang lagi suka baca yang tak elok, cerita rompakan, rumah terbakar etc. we create the vibes by thinking too much of things we don't want instead of the things we want.

mula-mula lepas tengok dvd "the secret" yang membincangkan law of attraction, aku memang semangat giler. betul lah. betul. kita memang selalu fikir benda kita tak mau - and the universe can't tell wether u're saying no to it or you actually want it. but the universe will bring it to you. apa yang kita yakin, kita percaya kita ada duit, kita percaya kita akan cemerlang - itulah yang berlaku. semenjak dua menjak ni aku terpukul. dia kata universe, tapi sebenarnya ALLAH!!!! dalam hadith Qudsi,(kalau salah, dibetulkan ye..) "Aku adalah apa yang disangkakan oleh hambaKu" kita yakin Allah akan bantu, Allah akan bantu. kita berdoa dalam keadaan tak yakin - what do u expect, walau macam mana pun, ingat -zat Allah tak akan luak dengan perbuatan hambanya.

adapun, dalam bab menarik wang dan kekayaan, mahupun apa-apa saja yang kita inginkan, law of attraction kata kita kena be grateful for things we possess. dalam bahasa Melayu nya, BERSYUKUR. ini pun Allah dah mention dalam kitabNya, "Kalau kamu bersyukur Aku akan tambah, tapi kalau kamu kufur sesunngguhnya azabKu sangat pedih". eh, jangan-jangan Rhonda Byrnes ni kaji al-Quran untuk cari "the Secrets" tak mustahil. bahkan, idea dia nak menulis tu kan datangnya dari Allah juga.

itulah kamu atiqah. lambat sangat baru relate.

balik pada cerita blog yang meningkatkan iman tadi. ada banyak blogs/sites yang offer "islamic materials" yang kita pada mata kasar rasa "perkara-perkara meningkatkan iman". berapa banyak pula mata yang membaca dan tidak merasa / beroleh apa-apa. semua tu, letaknya pada hati. ada berapa pula blog yang tak ada unsur islami, tapi boleh buat manusia berfikir, mahu mengenal Tuhan. bukan salah isi, tapi salah hati yang membaca. Oh Allah, bukalah hati-hati kami supaya bila kami membaca, meningkat iman kami.

No comments: