Friday, June 19, 2009

lost & found. atau los&faun



(patutla selama hari ni.aku biar kat edit html bukan compose.ciss.abaikan)

balik, aku ikut jalan jauh. bagi panjang sikit berfikir, exercise pun sekali. sem ni aku asik naik teksi je pergi kelas. giler pemalas - sebenarnya nak kata "semangat giler aku pergi kelas, naik teksi pun takpe, asalkan tak ponteng" dan mungkin jugak sebab bas hospital itu lebih selesa keadaannya, cuma boleh bikin aku sakit hati bila kena potong que dan akhirnya terlambat sampai. bukan aku yang keluar lambat - tapi ada orang tak bersivik mindanya memotong barisan. (denial.denial)

anyway. bersedia. cuti ni, aku tengok sikit je dvd. tipu - aku tengok the sniper, pastu aku terus rasa sniper adalah satu kerjaya yang cool. lebih cool dari surgeon, dari dr. iyyad dalam citer lahzah wada3. lagi cool dari wan kamaruddin wan ibrahim. BEST GILER dan cerita tu bukan dibuat nak bodohkan aku, penonton. sutradara dy dah buat homework, macam mana nature seorang sniper, sharp shooter. siaplah, balik aku nak cakap dengan abah, "abah, saya fanatic sharpshooter, tolong beri restu". hah????? setiap nafas sharpshooter tu akan beri kesan pada tembakan dia, aku bajet2 nanti bila aku jadi surgeon aku akan amalkan teknik pernafasan tu mudah-mudahan tepatlah belahan aku. cewah... sniper jugak perlu ilmu anatomy dan physiology. nah, bezanya sniper tu kerja dia bunuh orang, surgeon tu nak selamatkan nyawa orang, bak kata aku, perfect compensation. sekian. p/s: edison chen! edison chen! cik Sarah tolong jgn ape-apekan saye.

keduanya. aku baca "honk!if you're malaysian" by lydia teh.Malaysian giler!!! aku teringat pulak betapa aku pernah sangat suka membaca. dan aku dah lupa betapa seronoknya membaca. aku dah lupa nikmat ketawa sorang2 bila membaca. aku rindu. jadi cuti ni aku membaca. ada buku aku beli, aku pinjam. best. best. dan aku tertanya-tanya sapa tau sabun popinjay??? aku rasa macam ada nampak dekat pasaraya paradise. atau mungkin hanya khayalan aku

ye, cuti ni aku menghuni bayt csi di irbid saje. sebab, aku tak ada permission dari big boss untuk ke negara-negaran timur tengah, senang kata syria ke lubnan ke... abah kata itu negara-negara yag ada kemungkinan / memang bergolak. jadi, walaupun orang pergi beramai-ramai ikut trip, aku tak de lah ikut. aku adalah anak taat yang tak pernah rasa sedih bila tak dapat permission pergi jalan. abah kata pergi negara-negara yang aman seperti beberapa negara yang telah kami bincangkan, boleh. tapi duit aku belum cukup lagi nak ke situ. dan aku pula telah menyedapkan hati dengan hujah, "Islam telah bagi kelonggaran aku bermusafir ke Jordan tak ada mahram, jadi tak patut pula aku melebih-lebih" walaupun ada orang rasa ini satu pegangan yang so-called syadid (aku tak rasa syadid). aku belum develop confidence nak berjalan tanpa parents/ siblings/ spouse. orang yang akan jaga aku bila apa-apa berlaku.


aku selalu nak pergi new york, nak pergi american museum of national history, tengok anthrapology exhibition, ini pengaruh terlalu banyak menonton. tapi aku memang suka. aku nak naik teksi kuning. aku nak tengok muslim in US hidup macam mana. suka hati lah, aku punya dream kan. dan aku teringin nak ke istana chiragan dan beli chocolate dari situ, ini aku dah teringin dari darjah 2, pun sebab aku tgk tV. dan aku nak pergi summer palace in china - ini sebab aku tak puas hati along n mama dah pergi. note: parents aku adalah travellers tegar bagi rantau asia. sebab ada air asia, now everybody can fly.






ketiga. ini yang aku fikir panjang sangat ni. aku fikir nak tulis, ke tak payah. tapi, aku harap ada hati-hati yang rasa apa yang aku rasa. aku terlupa. aku terlupa betapa signifikan sesuatu itu pernah dalam hidup aku. (benda tu pernah sangat signifikan dalam hidup aku).dan tiba2, entah kenapa aku tak rasa dah signifikan tu. hilangnya, lepasnya tak merunsingkan aku. kadang aku pegang, kadang aku lepaskan, tapi ianya bukan tali layang-layang. it doesn't work like that. ini kalau kau lepas, kau tak rasa bestnya lagi. sebab itu ramai yang lepas sekali, dua kali, lama-lama terlepas terus. bukan senang nak tangkap balik.


mula-mula aku rasa aku ni dah sesat jalan. baik aku patah balik ke pangkal jalan sebelum Tuhan menjemput aku pulang. aku tak ready. aku perlu GOSTAN. lepas tu aku bersyukur, setidak-tidaknya Tuhan bagi aku rasa ini. aku mahu hangatkan kembali significance nye ia dalam hidup aku. aku futur lah dalam erti kata lain. gila. sakit woo. kau tak tahu. macam kau bercinta bagai nak rak, pastu tiba-tiba kau tak rasa cinta. tak ke pening tu, tak cinta sesuatu yang perlu kau cinta.

kalau kau pernah lepaskan macam aku lepaskan dengan niat yang sudah pasti bukan lillahi taala, cuba kau knock knock sket...tanya. hati, oh hati...kita ni...ape cerita ye??? kalau kau tak pernah lepas dan kau selalu hold on tight, jangan cuba-cuba nak lepas - itu kerja bodoh. kalau kau tak pernah pegang, kau cuba. jangan nafikan hidayah Allah. =)


p/s: pagi tadi aku tak boleh tidur lepas subuh walaupun aku cuba nak lelapkan mata. aku takut terlepas tafaqquh.

p.p/s: jangan malas cari ilmu. u'll never be able to quench the thirst. i swear.

1 comment:

SuMaiYaH said...

syidah cakap sabun popinjay tu sabun herba. best. dia gune kat rumah. hoho

tapi siyes aku xpernah dengar. lol