Friday, June 26, 2009

tidur itu nikmat, bukankah?

aku tak bleh tidor malam tadi. padahal nak bangun awal. pening kepala aku (maksudnye, aku risau la kenapa tak leh tidur). agaknya aku takut kot. haha. masa sekolah dulu pun selalu aku takleh tidur. takut punye pasal lah. kalau takut ni, minum decaf ke, tak minum langsung caffeine ke... makan piriton ke... same je. takleh nye tidor. dulu masa form 2, chronic giler masalah tidur aku ni... hari-hari aku tidur dekat nak subuh baru boleh lena. lights off kul 11 aku dah pejam, terkebil2. tidur sekejap, kul 2-3 aku jaga. pastu kejut ati ahmad.
"ati, ati. bangun. hang kate nak study kan,"

weh, aku duk katil atas, ati dok katil atas setentang dengan aku. aku berdiri la antara dua katil tu. giler berani. kadang2 meon duk tido dgn aku pun aku boleh terjaga. meon kalo terjaga lagi lawak. tak bergerak. nyamuk gigit pun takpe. tapi, mudah2an masa ko teman aku tido tu ko takdela terjaga.

aku jadi camtu sebab trauma. cewah. trauma. yela, tengok depan mata beb. member dorm berdarah2, kena tarik rambut dia, pastu kena kelar kat tangan. aku pulak tu kena bawak gi hospital. sampai kat pondok polis, nak bg nama kawan tu pun dah tak tentu arah dah. seram tau. seminggu lebih budak asrama aku takyah gi semayang subuh dekat musolla. hehe. pagi tu pegi kelas pun 8 lebih, semua pakat takut je nak keluar dorm.

sejak dari tu, aku mula paranoid tahap dewa. 18 hb je, sekolah akan jadi senyap, sebab asik je 18hb orang nak masuk. aku penah gak terfikir, kelas aku tu dah la paling dekat ngn koridor, buatnya ornag tu datang lagi nak revenge. maunye die amik aku ke. ye lah, meja aku sederet ngn pintu. KENAPA KELAS TU MESTI PINTUNYE KAT TENGAH? sekali tu aku balik training pantun dekat bilik gerakan (jauh sikit dari kelas2). biaselah, mesti balik agak lambat. tapi selalunya area camtu ade lagi orang kat kelas. skali senyap sunyi. rupenye 18hb. semua pakat balik awal. baru-baru lepas kes tu, ade lagi orang tu masuk (mmg dia asik masuk je.kawan dia kot) kitorang kejar ramai-ramai. bodoh betul. ade orang terputus sandal (tak ingat sape, tapi kisah benar ni)

aiyyo... seminggu tu aku buat-buat rilek je. masuk hari jumaat tu, mama abah datang. aku pun nangisla ketakutan for the first time. so, aku pun dapatla balik rumah. hehe. malam tu ade pulak orang masuk lagi, kawan2 semua tidor bilik kakak2. pastu beramah mesra bersilaturrahmi lah kan. aku, fobia sampai pergi makan malam tu, nak basuh tangan kat kedai makan pun aku pegang je tangan (sape tah, abah ke along ke angah). takut tau.takut.

kitorang outing tak boleh pakai baju batik. yela. nanti kot2 pesalah tu, tak habis2 lagi. maunye kena attack kat luar pulak. it was a horrible year. naik form 3. sape ingat, mase awal tahun tu ade ornag masuk asrama pastu kita seme ingat orang kantin. haha. poyo. masa tu mama kata, kalau ada lagi gangguan boleh tukar sekolah - ye la, camne nak belajar kan. asik ketakutan je. tapi masa tu ada SINAR BARU. haha. sorry la nak tukar sekolah. aku pulak yang tak nak. hihi. ketuk kepale.

form 3, tidur dengan ain mohd. time kasih la ain. aku tau ko pun takut. haha. x lame pun ancaman2 ni. aku pun menjalani persekolahan dengan riang ria dan memakai baju kurung berwarna-warni berlainan pasang setiap hari.walaupun pergi makan hanyelah bbrp minit sahaja. (grinning) sedangkan kawan2 mula memakai baju prep indah (baju prep skolah aku warne pink,ok) dengan tudung aneka warna. yela, pergi prep kena tudung putih.

form 4, time kasih naem. walopun dia kadang2 hilang.ade ke patut, kalau dy terjaga, dy gi lari tidor katil lain. pastu aku plak terjaga, tak ke satu kerja plak aku nak kena gi tidor katil lain jugak. (aku balik dr gombak, aku request kat ustazah fatimah nak duduk bilik RPBB sbb naem dok situ). takkan aku nak gi tidor bilik yana plak, mau lemas. nak balik bilik kena lalu dorm form one. hahahahah.

by this paragraph, aku sedar aku kena tukar tajuk posting (kepada yang anda saksikan sekarang) dan apesal lak ak gi citer pasal sekolah ni. form 5 aku tidor dengan zack & miros. aku kat tengah la kan, as always.(zack- ZAKIAH bt Hamzah). apela budak skolah aku ni semua nak nama glemer. hihi. pindah bilik sbb sistem baru, maka aku tidur dengan wani yu (tengok, name kena ada nama ayah plak sebab banyak sangat wani.) wani rosni walaubagaimanapun bertukar namanya kepada waro setelah senior yang menggunakan nama waro keluar tamat tingkatan 5. fuhh. di kesempatan ini, sy ingin mengucapkan, tahniah kepada wani Ha, wani yang paling sy sayangi, kerana telah berjaya tamat pengajian. kalau ada secretary week, dan boss ko panggil anuar zain, TOLONG.TOLONG DAN TOLONGLAH amikkan autograph dan kirimkan salam aku. ok, tidur dengan wani yu dan eina.

tidur itu nikmat. malam tadi, tak tau la pasal apa aku takleh tidur..panas pun ye. pagi tadi, angin tak bergerak. panas bermula jam 7 lagi. aku naik teksi je pergi tafaqquh. mengade. yela, terlambat plak nanti.perasaan pun lain macam. janggal pulak iklim hari ni untuk aku. siang ni aku tak tidur pun, biaselah cuti2 ni banyak kerja nak buat. kemas-kemas sikit. petang dah buat aktiviti berat, makan makanan berat. mata tak mau pulak mengantuk. ke sebab dah biase tidur lambat.

tapi hati aku kuat mengatakan, aku ni takut. appoda.

masa sekolah dulu, aku nak tidor, panjang jampinye. abah bagi kertas doa2. mostly aku dah lupe. yang aku ingat, "Allahumma ghaaratinnujuum. wa hada2til 3uyuun. ya hayyu ya qayyuum.ahdi2 laili, wa anim 3aini." yang lain lupe. biaselah manusia. lama2 dah takde masalah tidur, malas la baca doa panjang - tapi masa sekolah aku tak berani tidur tak bace doa. hihi. biaselah tu.

jiran atas rumah aku ni apehal, banyak sangat pergerakan. rimas aku dengar bunyi2.

kalau tengok id YM aku "menyala" pada waktu2 lazim pertiduran. tegurlah ajak bersembang. boleh jadi malam ini pun aku tak boleh tidur. at least ade kawan ajak sembang2. amira syahirah, dilarang guna IMvironment orang utan. bluwekk.

ape nak ditakutkan atiqah... kata beriman dengan Allah. ha.... aku terfikir sejenak.

(^_^)

8 comments:

amirah syahirah said...

ngee~ owh, nmpknye amat tension dgn org utan 2 ek..haha..iyelah, tak gune dah..hahaha...tringt tyme RBBB...ow, rupenye takut jgk ke tyme 2..hah! teringt mase 5sc2 wat kuliah mgrib..fuh! gamat2..takut gler tyme,hehe..biase r, sodorm ni..hahaha

Sumaiyah said...
This comment has been removed by the author.
Sumaiyah said...

wahhh. banyaknye member tido! aku tido sorg2 je lol

tapi memangla kisah orang masuk asrama xkan dilupakan sampai bile2!

one, kudoakan moga mu mudoh tido selalu ;

eman ainol said...

one,aku teringat hang dok lepak kat bilik aku RMBD waktu antara maghrib and isya sbb ang takut dok bilik ang yg ujung alam tu...hihihi...

kenangan orang masuk tu takkan dilupakan... ^_^

semoga hang tak kena insomnia lagi yerk...ameen...

laila said...

one..
kami lar yg had tercabut habis sandle tuh..tak pasal2 lak dapat extra job tangkap penceroboh kan..
ngeh3x~
tp series rr mmg gle mggerunkkan kot waktu zaman tuh..ngerrriii~
btw..i ingat u dah takde masalah tido..takpelah one..jgn banyak risau..
act sekarang ni kmi pun dah susah nak tido jugak..terase mcm something je..tp alhamdulillah still ok lgi kot..

'Aqilah Suhaimi said...

dkt jordan,tdo mmg sdp gila..kdg2 insomnia..tp jrg gile..
akak tk tau kenapa..tp..mmg sdp tdo kt joden ni..haha..
dkt msia,akak insomnia...kol 2 pg..tkleh tdo..pastu tbangun kol 5 pg dn tkleh tdo langsung..
rekod paling hebat masa tu akak rs nk demam..bdn tk pns.tp...kepala pusing sgt..
tdo 13 jam!
bgun2..purp!sihat..haha.itu unintended..
tdo yg intended paling lama pnah dilakukan adalah 12 jam diselang seli dgn mkn..tp,akak tk galakkan buat sbbnya rasa gemuk!!haha

atiqahdahalan said...

kak kilah : terkedu jap, tidur 13 jam. tp sy penah jugak buat intentionally. hihihi...

mungkin kerana faktor cuaca nyaman terlampau di jordan ni, so kite pun sedap tido.. atau juga kerana penggunaan blankie yg best. hihi

theHusna said...

huu...masa 1st masuk U pon aku plik je tgk pagar ostel aku..mcm x safe sgt..tkot jd mcm kt skola..tp alhamdulillah suma ok..