Saturday, October 31, 2009

ini adelah entry nostalgic, utk bacaan kawan rapat


antara perkara-perkara penting dalam hidup aku masa skolah dulu selain berjaya dalam pelajaran adalah untuk menjadi femes dan disayangi cikgu-cikgu. wohaaa. tinggi tak cita2? tapi, sebenarnya, mmg perkara2 seperti  ini membuatkan hidup di sekolah adelah 18 kali lebih indah.

tapi antara yang paling berharga jugak adalam to be in pasukan pemantun sekolah. that was a real dream come true. aku suka sangat pantun ni sebab terpengaruh dgn my 2nd brother, encik angah. so, i wanted to do things that he do. form one lg dah gi tryouts. tp sbg form one, mmg takkan dapat lah biasenye. naik form 2, i made it as the apprentice. itu pun dah best sgt dah. boleh tgk akak2 training dan bila ada pesta pantun jadi eskort la. angkut costume beb... tlg salin pantun pihak lawan. kena study seme tu. pegi tgk game2 pasukan prospektif (yg ada kemungkinan akan bertemu pasukan kita di peringkat seterusnya) dan mula ada pemantun2 pujaan masing2. heh.

naik tingkatan 3 adalah drama to choose btwn pantun or debate. cuz u cant be on both teams sbb both require masa yang aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaamat  banyak. i chose pantun lah cuz dat's my dream and aku mmg cepat mengalah kalau org yg asik nk rasa dy betul je. pantun lain, it's all about intelligence, confidence and being graceful. adelah sgt awesome bila ak dapat naik jd pemantun dan tak perlu duduk di kerusi simpanan, sbb nanti dpt piala tanpa beraksi, jd itu tidak menarik ye kawan2... masa tu, juniors la angkut costume aku. hahahahahahhh. being on the team adalah sgt best, lagi glamer dr keberadaan aku dalam english drama team. heh. masa pengetua bersara boleh jd gadis usherette - yela, wardrobe pantun kan baju best2... hari guru bleh berpantun ngn cikgu2. wohaaa..suka2.

bila state level, jauh sikit dr skolah so cikgu suhaimi importkan supporters dari SARJANA. dan masa tu kalah in semi-finals with alang iskandar. seriously was so crushed and menangis2 tak tentu hala. dan supporters juga sgt baik dan memberi kata2 semangat. cewah.

form4 kalah awal, dan form 5 lagi skali kalah kat semi-finals state, berbulan2 pemantun junior tu tak dimaafkan. itulah ye, senior mmg begitu. kejam dalam setiap tindakan. aiyo.

perkara penting bila start je training adelah meminjam jam randek dari lab dengan macik mesah. dan tahun form 5 tu, macik2 pejabat slalu kata, "uish, naik belon le kome ye tahun ni..." sedih betul tahun tu x dapat. jam randek tu adelah supaya kita dapat cuit fellow teammates kita bila dah dekat2 nak habis masa. sebab if u lambat, mmg 0 markah je untuk pantun u tu.

pantun adalah acara mgedik2. dan kalau dah state level biasenye 1st game lagi dah mekap2 dan pakai mcm pengantin. hehe. skali tu kite bertanggak di masjid, haha...cikgu mesti syahdu je tgk anak dara die dah besar. huhu. ak hanya akn berpantun untuk training saja dpn cikgu Ya, dan masa pertandingan. tidak akan bpantun untuk kawan2 sbab aku maluuuuu amat. hehe. kalau komsas ada nk kena baca pantun, ak tak akan volunteer bace. malu lah.

perkara2 penting yg anda perlu tahu ttg sebuah pertandingan dalam pesta pantun

  1. study pantun2 klasik adalah sgt membantu. sbb pembayang org dulu2 adalah sgt relevan dan indah.
  2. paling penting ketika berpantun adalah untuk seorg pemantun lelaki menjadi "gagah dan sasa" dan pemantun perempuan mestilah lemah lembut dan ayu. lelaki lembut biasanye akn diketawakan oleh pelajar perempuan terutamanya dr skola perempuan mcm aku.
  3. confidence adalah rahsia utama kejayaan sbb ia menghasilkan lontaran vokal yg mantap.
  4. senyum berseri2 adalah WAJIB dan main mata dengan pasukan lawan adalah satu senjata yg amat berharga.
  5. ketika mendengar pantun yg dijual, mestilah pay attention pd pihak lawan, bg respon berminat (to make the show more fun) dan senyum2 balas tp jgn khayal.haha
  6. memanggil pihak lawan kekanda/dinda mmg exciting. haha.
  7. eye contact adalah lambang konfiden, jd sila bermain mata dgn ahli pasukan sendiri, pasukan lwn dan pengadil serta audiens dalam 4 baris pantun tersbut. wow.
tips2 lain adlh sulit. sworn to secrecy. haha. exaggerate sket. yg penting cikgu Ya mmg menekankan untuk kelihatan hebat. seperti nota/cue cards jfn berterabur. biasanya kitorg akan buat envelope dan susun warna cue cards yg sama btw the 3 of us. simpanan jugak biasanya akan ada set pantun dia sendiri.

mmg indah, aku try search piala sirih pulang ke gagang kat internet tp x ada gambarnye. tapi aku boleh bayang je sampai skrang dgn jelas bentuk piala tu. satu plak pesta pantun dijumpai dlm stor abah n abah ingatkan nak bukak plak tu utk letak tanduk rusa kepunyaan arwah aki. erk

semua org ada kenangan indah dekat skolah, n this is one of mine. tp kdg2 being in this team boleh buat kita jd kurang berhatiperut dan kejam jugak. oh! dan mungkin jugak boleh jadi glamer skejap. hihi.
rindu sekolah~
pointnye : aku mmg pandai wat senyum2 plastik

6 comments:

aisyahrkh7 said...

"pointnye : aku mmg pandai wat senyum2 plastik"

bahaya ye statement terakhir anda..eheh..

btw, ko msk smpi peringkat kebangsaan kan? skali dgn amoi insyirah.. adik insyirah ade di sini ye.. sekian..

aisyahrkh7 said...

lupe plak td..
meh meh..
ak nk jual pantun..ahak..

klu ade sumur di ladang..
boleh sy menumpang mandi..
klu de umur yg pnjg..
bleh kite berjumpa lg..

ahaaa..jwb one jwb..

atiqahdahalan said...

xdela..slalu kalah kt peringkat negeri... x merase la gi kebangsaan.. sapekah adik bliau tersebut?

anak dara berbaju merah,
hidung mancung rambutnya panjang,
kalau nak datang naiklah rumah
sy mmg tak pegi ke ladang

Unknown said...

Kalau ada sumur di ladang
Bolehlah hamba menumpang mandi
Patutlah bau badan busuk semacam
Bilik air ada, buat apa mandi kat ladang..

tumpag lalu~

tepianmuara said...

salam
ha..this is sumthing that i can relate to..
jd mc pntun daerah( spatut'y jd team tuan rumah, tp xlpas standard)

pg prtandingan kne denda dtg lmbt prhimpnan. gara2 gsok 'bju mlayu ungu' ntuk dpakai. Well, just making it sweeter..

Satu-satu'y laki,peserta sume pmpuan..pengalaman berkanda dinda mmg best!(mulut tersenyum manis perut bersungguh mnhan muntah..)

pling sronok sbb crowd sgt2 supportive to both teams,dn smpat pulang paku buah krs kat jurulatih tuan rumah..hak

rindu skolah!

tumbuh melata di muara tenang,
segar bertamu bersama teman,
sekolah tercinta tentukan dikenang,
menuntu ilmu secebis pengalaman.

sorry merepek panjang!

eman ainol said...

hihihihi...
one, eman ingat yg hang dgn insyi tersangatlah bengang dgn junior tu...

i still can remember which junior... :)