Wednesday, July 15, 2009

Irbidku PERMAI

Bahang pilihan raya terasa sekali lagi. Kali ini bagi peringkat persatuan Zon, lebih tepat lagi PERMAI. aku pun sama-sama rasa teruja tahun ini, apatah lagi JPR PERMAI kali ini membawakan sesuatu nafas baru ke dalam pilihan raya sebuah PZ seperti PERMAI. hari ini, bermulalah tempoh berkempen, belum masanya lagi aku meletakkan calon-calon pilihan kerana masih perlu pada sedikit pemerhatian.

Pilihan Raya : Kempen Bukan Tempat Menjaja Biodata

Tentu saja suasana pilihan raya di Irbid berbeda dengan suasana pilihan raya kampus di tanah air. Lantaran rata-rata calon masing-masing kelihatan runsing memikirkan amanah yang bakal digalas di bahu masing-masing. Natijahnya, hanya penyokong-penyokong seperti KelabPenyokongAmin yang gigih berusaha memastikan kemenangan calon pilihan hati. (Setakat ini, KPA nampaknya jauh mendahului dari segi seni berkempen). Tahniah jugak, penyokong Husna Madiha pun dah mula kempen.

Cuma satu perkara yang aku kira tidak relevan lagi bagi masyarakat Mahasiswa Permai yang sudah meningkat dewasa, masakan flyers untuk kempen hanya memuatkan profile calon??? Berdasarkan tema AGM tahun ini, "Kematangan Bepersatuan" aku kira, masyarakat PERMAI ini sudah cukup matang untuk mengundi BUKAN DENGAN MENGIRA SEBANYAK MANA JAWATAN YANG PERNAH DISANDANG OLEH CALON. Bakal-bakal pemimpin ini sewajarnya mula mengeluarkan manifesto-manifesto memberikan sebuah jaminan kepada kami yang bakal dipimpin bahawa undian kami kali ini benar-benar berharga.

Aku bukan anak kecil, mahu membilang pula siapa punya jawatan paling banyak. siapa pula berkempen dengan memberikan aku hadiah2 menarik. (ade?)

memahami realiti calon-calon ini bukan bertanding atas kemahuan diri, bahkan atas kepercayaan masyarakat PERMAI, usaha dari calon-calon, tidak keterlaluan jika aku katakan sedikit hambar. Mudah-mudahan tahun ini ada sedikit kelainan, seperti mana JPR nampaknya telah mengorak satu langkah mula yang kemas. Atau penyokong-penyokong boleh juga perlahan-lahan membisikkan kata semangat kepada calon-calon supaya boleh mula memikirkan manifesto-manifesto yang dirasakan relevan. (Jangan cakap saja...dah menang terus lupa!) Sesuatu yang menarik perhatian aku dan masih belum dibawakan oleh mana-mana calon (mana tahu ada yang berminat nak tolong selesaikan masalah ni kan...)kalau adalah calon nak memperjuangkan isu ketandusan sumber manusia di irbid ni, undiku milik kamu.

Irbidku Permai : Ketandusan sumber manusia kah???

ini satu persoalan yang berlegar-legar dalam benak hati ini sejak kebelakangan ini. Dengan kuantiti masyarakat PERMAI yang menjadi komposisi terbesar rakyat MALAYSIA di Jordan, kekurangan tenaga kerja / sukarelawan dalam kerja-kerja pelaksanaan program adalah sesuatu yang sukar dihadamkan minda kecil aku ini. Teringat ulasan pegawai JPA semasa di INTEC dulu, " The best 50 sahaja dihantar ke Jordan, ini adalah dasar kerajaan", jadi aku kira, yang duduk bersama-sama dengan aku di sini adalah pelajar-pelajar cemerlang, gemilang lagi terbilang. Sayangnya, ke mana hilangnya bintang-bintang terbaik Malaysia ini sebaik sahaja tiba di bumi Jordan ini? Semua sibuk dengan buku atau laptop masing-masing?

Dengan pertambahan bilangan masyarakat Permai saban tahun, kita seharusnya sudah mula memikirkan bagaimana menjadikan produk keluaran PERMAI menjadi satu keluaran yang berkualiti. Kualiti itu, bukan dibina melalui kuliah-kuliah yang dihadiri di universiti semata-mata, bahkan ia perlu pada tarbiah berterusan, dan aku kira yang paling berkemampuan untuk itu adalah sebuah persatuan seperti Permai yang punya sayap majlis eksekutif yang mampu mendekati satu demi satu warganya. Mudah-mudahan, bakal pemimpin akan datang diberikan hidayah serta pertolongan oleh Allah untuk mengubah, jika tidak banyak cukuplah sedikit fenomena human-resources-shortage di Irbid ini. Kita perlu masyarakat yang proaktif dan lebih ramai sukarelawan supaya tidaklah hanya orang-orang tertentu sahaja yang sering namanya menghiasi nama AJK Pelaksana program-program Permai.

Create your own banner at mybannermaker.com!

Memimpin itu bukan satu kerja yang mudah. bukan hak aku untuk membuat kesimpulan/kritikan. aku cuma mahu mengambil kesempatan ini meyeru kepada masyarakat Permai supaya menyedari hakikat Permai semakin ketandusan sumber manusia yang hilang entah ke mana. Jika tak ditangani dengan segera, pemimpin juga yang merasa bahangnya bila sudah tiada lagi yang mahu sama-sama turun padang menjayakan program-program yang telah dirancang. cegah sebelum parah!

Mudah-mudahan Allah berikan hidayah dan kemampuan untuk aku dan kamu terus menyumbang untuk masyarakat Permai yang sentiasa di hati ini.

22 comments:

Diluar kemampuan said...

Thank God PERMAI Finally stopped talking about ikhtilat, because honestly I'm getting SICK about it.

ubi kayu said...

assalamualaikum wbt..
ak jugak musykil kemana menghilangnye the shining star yg dibangga2kn satu tika dulu?
bg ak..
permai n ahli..dua2 bermasalah..
masalah permai..
x mengasah atau menggilap bakat2 kepimpinan ahli2 yg bernaung di bawahnya..
cth mudah..tgk saje program2 permai sesi 08/09..
rata2 muka ajk pelaksana adalah AMT mau pun AME permai sendiri..
yg pastinye rata2 dprd mereka ni sudah mdpt tarbiyah kepimpinan tu didalam pelaksanaan pentadbiran permai tu sndri..
maka x salah la klu program2 anjuran permai,lantik ajk pelaksana dr kalangan rakyat jelata..
baru lah boleh dikatakan pemimpin berjiwa rakyat..
jgn la sume benda nk conquer..
boleh je follow-up kan klu lantik rakyat jelata ni pegang program..
ramai je lg muka2 yg boleh memimpin tp disebabkan peluang yg x pernah terbuka ni,kbykn ahli amek keputusan dok diam..maka jadik la ahli permai ahli yg pasif..
pastu sibuk2 buat tema pilihanraya kematangan ahli dlm berpersatuan..
macam mane nk matang..
peluang x pernah diberi utk mematangkan diri..
ahli plak..
x menghayati langsung tema saifulislam tu..
erti hidup pada memberi..
tau2 nk terima je..
x penah nk menyumbang kpd permai..
menyumbang tenaga kerja kt permai tu samala ertinya dgn berkhidmat utk member2 sndri..
sape ahli permai tu klu bkn member2 kite sndri..
tau nmpk kelemahan je..pastu bising2..x penah nk improve diri sndri supaya dpt improve masyarakat permai..papepn..
tuk mengubah sesuatu yg besar..
kenela ubah benda kecik dlu..
utk mengubah mentaliti rakyat permai..kenela ubah mentaliti diri seniri dlu..
hehe..byk komen plak ak..
nti ak pikir lg..
byk benda nk komen sbenanye..
cukup la takat ni dulu..
sekian..selamat..

ubi kayu said...

assalamualaikum wbt..

err..mtx maap..tmbh satu lg point..
ak rase permai kene tingkatkan lg kempen anti ikhtilat..
sebab bile x de kempen nih..makin menjadi2 plak perangai budak2 irbed nih..
pegi tgk wayang laki pompuan..
nek keta same (ak tatau la plak klu emergensi time tu smpi kene nek keta same2)..
jln laki pompuan tu x yah cite la..
jalan setapak dua,nmpk muka makhluk mar venus ni berpeleseran..
dlm kelas,dok sebelah2..
ak nk ty la kan..
patut ke bnda ni didiamkan?
kenapa smpi ade org rase jemu jelak ngan kempen ikhtilat nih sedangkan masalah ikhtilat ni dh jadik malignant tumor yg sgt kronik..
ko dpt ape klu ko dok diam2 tgk org kapel?
klu ko dpt pahala,its ok..
but what i firmly believe,inversely proportional..
ko dpt dosa gak kan tgk org kapel..ko dok senyap2..pastu ko bising2 bile ade org nk buat kempen..ape cite maa??
jawab la kemusykilan ak nih..
ak tgh musykil tahap nano piko dh nih..jawab2..

one_munawwarah said...

waalaikumsalam... ubikayu

thanx for such a brilliant comment. aku setuju.

pasal masalah ikhtilat ni, aku pun rase gak keruncingan serta kekronikan yang semakin dahsyat ni. adepun based on observation ak, kes-kes sebelum kempen ikhtilat sifar kebanyakannye telah berjaya dibasmi. adepun yang menjadi-jadi bagai cendawan tumbuh selepas hujan selepas beberapa ketika selepas kempen tersebut yang menjadi semakin hari semakin teruk.

mungkin sebab kebanyakan berjiwa muda, lagi ditegur lagi nk dibuat...wallahua3lam.

tapi aku jugak dengar rungutan org tak berikhtilat, katanya dah mmg tak larat nak dengar lagi isu ikhtilat ni. barangkali orang yang tak berikhtilat ni fikir diri sendiri je, tak fikir macam mana nak selamatkan kawan2 lain supaya x berikhtilat so that kita semua pun takyah dengar dah pasal ikhtilat.

aku, on the other hand mengimpikan masyarakat PERMAIku menjadi masyarakat yang mampu memandang serong dengan mata buntang bila maksiat berlaku depan mata. biar yang buat salah, tahu rasa malu, tahu rasa bersalah.

tapi pelik jugak orang kita ni, kadang2 takut jugak tahu dek manusia.semacam terlupa pengawasan Tuhan.

tapi, boleh jadi jugak strategi kita lemah, method plak tak berhikmah. sebab tu makin menjadi2 balik masalah ikhtilat ni.

mungkin kita perlukan satu brainstorming session kerah idea oleh seluruh warga PERMAI yang prihatin, camne nak atasi masalah ni.

err. sebenanye, suruh aku jawab ke "diluar kemampuan" jawab? tp sebab aku tuan rumah, kena la layan tetamu kan.

kepimpinan baru harapnya boleh menitikberatkan lagi isu melatih warga PERMAI ni supaya lebih berkebolehan memimpin lagi berketrampilan. soalnya, dibacekah dek orang PERMAI entry2 seperti ini. ea rabb.

undi aku masih untuk calon yang ada dalam manifestonya membawa perubahan kepada keadaan PERMAI sekarang. sy ulangi, manifesto calon.

Diluar kemampuan said...

Salam

Let me tell you something, Instead of PERMAI and anti-Ikhtilat PERMAI workers keep bashing people who clearly or allegedly went off limits@(berikhtilat), why don't we take a different approach by asking the person why he/she did such things. Maybe some of us did ask them, but I believe in most cases people didn't bother to ask, they just can't wait to spit out their "noble" advice! Why don't we talk the person into something more serious like an engagement/marriage although it's not easy to do that. Me myself don't believe that marriage can solve this problem, why? because how many times did we heard adultery of even incest happened between a married person to another? but at least marriage or engagement could work for people who already involved in a relationship, right? the reason I said this is because bashing or improperly criticizing will only provoke madness, vengeance, and grudge which are the last thing that PERMAI wanted right? In the end, it depends on the person itself, whether he oR she are willing to accept that Islam have established rules and regulations regarding this issue.

Diluar kemampuan said...

Owh, b4 I forgot, something for you to think about :

Spending our time talking and campaigning for the same thing will not make
us a productive person,
I think it wouldn't hurt for us to
discuss about other things
for a while and work quietly
on Ikhtilat. For example,
why don't we discuss the topic
that you people want to discuss? that is why it's so hard
for PERMAIans to show up
in any programs if there's no
treat for them? Instead of
"Zero Ikhtilat" campaign, why don't we come up with something
like "Open up ur Damn Minds" campaign? or something like that?

one_munawwarah said...

point taken. (gosh, this is really both mind and eye opening, how i hope the responsible party are actually reading this). yet i dont have any further comments for now, might open up a new post later for discussion.

as long as the issue is not settled, i dont think they'd stop talking about this. but sure we hope for difference from the next leadership (now i hope people can actually see the importance of having the right person to lead)

i have a dream that one day, a person who really cares to bring changes in our community would stand up and say, "I want to bring changes in Permai, i am going to do this, do that , so please vote for me to be your candidate" this is the kind of leader i'd vote for.

till then, I can only hope and help a bit here and there so that for the next AGM it will be a real duel for those who want to bring the best of Permai.

may the best man win.

Diluar kemampuan said...

Dear Ubi Kayu,

I never grumbled about the "Zero Ikhtilat" campaign, I'm just getting sick of people talking about it!

Understand the comment properly before you slam me with statements like : "ko dpt dosa gak kan tgk org kapel..ko dok senyap2..pastu ko bising2 bile ade org nk buat kempen..ape cite maa??

ubi kayu said...

assalamualaikum wbt..

hahaahhahahaa..gelak jap..

"why don't we take a different approach by asking the person why he/she did such things. Maybe some of us did ask them, but I believe in most cases people didn't bother to ask, they just can't wait to spit out their "noble" advice!"

ko rase la kan klu ko ty kt org kapel "nape ek ko kapel?" depe jwb ape? same gak la klu ko buat salah,pastu org ty kt ko, "adik, nape adik buat cmni?"..skop kite masyarakat permai yg rata2nye klu x amek bidang agama tu pn tau batas2 pergaulan..klu x tau pn, sgt la minoriti..dgn adenye byk program2 berbtk agama,tafaquh munakahat,ceramah,kempen ikthilat..sume org jadik tau hukum trhdp batas2 pergaulan ni..so utk org2 yg tau hukum2 agama ni(masyrkt permai la kan), dorang mmg x boleh jwb ape la ngan soalan best nih..hehe..sbb mmg dh nyata buat salah..so balik2 nti buat muka x bersalah..innocent la kunun..

sumetimes gak,ppl juz cant wait to spit out their noble advice tu sbb masyarakat permai ni mmg dh already tau hukum2 pergaulan nih..so kt dlm konteks skop masyrkt permai yg kecik ni,realiti antara daie n mad'u tu lebih berbtk reminder ttg kesalahan2 jelas cam kapel ni..tu sbb sume org dh bosan dgn kempen ni,sbb sume org dh tau hukum tp buat2 x tau n x paham2..

macam jugak ko kate..

"In the end, it depends on the person itself, whether he oR she are willing to accept that Islam have established rules and regulations regarding this issue."

point ko yg ni ak setuju..it depends on ppl..tp kite manusia ni kene la sllu di ingatkan..kan manusia ni bersifat lupa..so ak rase tindakan org yg spit out their "noble" advice tu adalah sgt baik..klu sume org skdr diam n tgk je, lg membarah la masalah ni..

"work quietly on Ikhtilat".

what really did u mean by this statement? cukup ke sekadar membenci dgn hati?..im really sure,bkn la itu yg ko mksdkan..utk mncegah sesuatu yg membarah ni,mmg perlukan suatu tindakan yg nyata x kesah la dlm ape btk skali pn (cth:kempen n teguran)..tp mesti la brbtk nyata..klu x org x nmpk n selamanya ulang perkara yg sama..be realistic..kite hidup dlm zaman yg segala2nya perlukan dalil n bukti..bkn sekadar atas angin..

huhu..
"Understand the comment properly before you slam me with statements like : "ko dpt dosa gak kan tgk org kapel..ko dok senyap2..pastu ko bising2 bile ade org nk buat kempen..ape cite maa??"

kecik hati ek? mtx maap deh..x mksdkan pn nk buat ko terasa..pape pn,bak kate tuan py umah,kite mendoakn n mengharapkan kepimpinan permai sesi dpn lebih bersifat proaktif n memandang serius isu2 macam ni..isu2 yg majoriti org rase kecik tp ni la masalah yg melanda sume pemuda x kira bangsa..amatla menyedihkan n membimbangkan realiti hari ini..
waa..ummati..ummati..ummati..

Diluar kemampuan said...

Salam

Dear ubi kayu,

Wow, Terima Kasih2.

Maksud saya supaya kita tanya dahulu supaya kita memberi peluang
kepada org tersebut untuk memberi
penjelasan walaupun kita tahu
bahawa org itu tahu dia bersalah.

Saya percaya saudara bukan
setakat ingin memberi nasihat, bahkan saudara juga lebih ingin
agar nasihat saudara diikuti,
apabila saudara bertanya
ada kemungkinan saudara
dapat kelebihan dari segi
psikologi terhadap org itu,
mgkin dia akan lebih bersedia
utk menerima nasihat.
Tidak semestinya harus berlembut
untuk memberi nasihat, selepas
ditanya, jika perlu ditegur,
tegurlah dengan tegas. Tegas tidak
semestinya dengan menggunakan
kata2 yang tajam. Setuju?

MUNGKIN saudara ingat cadangan saya nih
lawak, dan sebagainya. Tetapi tidak
salah kalau mencuba,
Tiada Idea yg lawak dan x relevan
selagi tidak dibuktikan bahawa
ianya lawak dan x relevan.

Dan Ikhtilat bukanlah Couple
semata2, berjalan2 sesama lelaki
dan perempuan tanpa tujuan
khas juga adalah ikhtilat,
setuju? jadi, adalah penting kita
tanya dahulu, sebelum kita nasihat,
supaya kita dpt memberi nasihat
untuk bentuk kesalahan yang betul,
kita juga yg akan merasa
malu jika kita tiba2 memberi nasihat spt, "Couple nih salah"
sedangkan mereka tidak bercouple,
kesalahan mereka adalah
berjalan dan berdua-duaan.

"Work Quietly" yang saya maksudkan,
kita masih menjalankan
kempen, tetapi secara "subtle",
bukan secara terang-terangan,
apa salahnya untuk kita
mengguna tenaga untuk berkempen
ttg perkara2 lain
secara terang-terangan.

Sekali lagi terima kasih,

Jika saudara masih
ingin bergelak ketawa
selepas membaca komen saya,
terpulanglah.

Poin2 saudara akan saya fikir2kan
Insya-ALLAH.

Ma3ssalaamah.

Diluar kemampuan said...

Ralat :

"berjalan dan berdua-duaa"

maksud saya : Berjalan sesama lelaki dan perempuan tanpa tujuan"

Pejalan Kaki said...

assalamu3leykum.

1- kepimpinan ahli PERMAI: jika dilihat tampuk PERMAI tahun ini kurang memegang program program PERMAI secara langsung (ie : Ketua Helwi, Timb, S/U) memperlihatkan PERMAI telah cuba memberi ruang kepada ahli untuk mengasah bakat soft skills masing-masing.

Namun tahukah ahli PERMAI yang betapa maha susahnya untuk mereka mencari nama untuk membantu PERMAI melaksanakan tugas, tambah memegang program-program besar PERMAI ?

makin ramai ahli, alih-alih muka yang sama juga yang jadi Pengarah dll. Ini yang perlu diperbaiki. mentaliti ahli yang tidak mau bekerja dan hanya nak datang progam makan makanan Presiden masak je ke ? (contoh sahaja)

sumber manusia PERMAI yang makin tahun makin ramai akhirnya tidak dapat digunakan sepenuhnya kerna ahli sendiri tidak ingin mengambil inisiatif dan cabaran untuk turut sama turun padang membantu.

bukan semua yang macam ni.

2- Ikhtilat :ya, memang dah bosan kita dengar benda ni, kan ? tapi manusia memang selalu lupa, alpa. sebab tu la kena selalu ingatkan. bukannya orang yang dok asyik cakap pasal ikhtilat ni suka sangat, tapi atas dasar tangungjawab dan sayang makanya berbuih la mulut mereka mereka cakap pasal ni.

dari konsep terang terangan membanteras berkempen secara besaran, tahun ni dah ubah ke gaya yang lebih santai seperti bagi cenderamata anti ikhtilat. agak sopan santun dah rasanya cara yang diguna ni.

tapi hati manusia yang menjentik rasa bukan kita kita, pacal yang hina tapi Maha Agung, Allah Illah Yang Satu juga.

satu hal yang harusnya kita ingat, bersangka baiklah dengan sahabat sahabat kita. tanya dulu, sebelum menuduh. seperti apa yang pengomen sebelum ni cakap, jalan berdua tapi depa tak couple. mungkin ada sebab mereka berjalan bersama ke apa ke, kan ?
moga saf kepimpinan akan datang akan lahir dengan idea yang lebih matang dan bernas.

3- kempen calon: jarang dilihat calon pilihanraya secara terbuka berkempen diri sendiri apatah lagi menghadiahkan kita manifesto manifesto mereka. ini lah yang kurangnya dalam pilihanraya PERMAI. iya lah, bukannya depa nak jadi calon pon tapi atas amanah dan kepercayaan ahli jugak nama mereka tercalon.

jawatan memang tak melambangkan apa apa tapi menjadi papan ukur memperlihatkan kaliber ke tak calon tersebut. kan ?

wallahu3lam.
jom mengundi esok !
menanti ais krim kamu, munawwarah !!

ubi kayu said...

assalamualaikum wbt..

"Tegas tidak
semestinya dengan menggunakan
kata2 yang tajam. Setuju?"

ya ak setuju..
kalam yg plg baik=kalam yg mgajak manusia kembali kpd ALLAH dan syariatnya..intonasi,kelajuan suara dan cara percakapan goes to point no 2..

"Dan Ikhtilat bukanlah Couple
semata2, berjalan2 sesama lelaki
dan perempuan tanpa tujuan
khas juga adalah ikhtilat,
setuju?"

ye! ak setuju gak..lg pn ak x mengecikkan skop pn.. ak x kata pn ikhtilat tu sekadar kapel..tiap sesuatu hubungan atau pn muamalah (bak kata org arab) yg bertentangan dgn syariat adalah dikategorikan sbg ikhtilat..x kesahlah ko ym ke,mesej2 ke,jln same2 ke..sume tu ikhtilat la klu x berlandaskan syariat n bile ko buat benda2 ni sekadar suka suki..no reasons..

"apa salahnya untuk kita
mengguna tenaga untuk berkempen
ttg perkara2 lain
secara terang-terangan."

ape salahnya jugak klu kite tubuhkan badan bertindak yg memantau kempen2 nih..jlnkan kempen2 ni secara berkala..trskn jugak kempen ikhtilat n kempen2 lain yg ko cdgkan tu..dlm masa yg sama dpt regenerate sumber manusia kt irbed ni yg dh makin pupus..ape macam?

"Jika saudara masih
ingin bergelak ketawa
selepas membaca komen saya,
terpulanglah."

meh ak gelak sket lg..huahauahauaa..

sekian..

ubi kayu said...

assalamualaikum wbt..

"Namun tahukah ahli PERMAI yang betapa maha susahnya untuk mereka mencari nama untuk membantu PERMAI melaksanakan tugas, tambah memegang program-program besar PERMAI ?"

ak rase pentingnye untuk kepimpinan permai merekrut ahli2nye sedari tahun satu supaya dpt bekerja utk permai dan ahli lain..rekrut disni bersifat terbuka..lantik org yg berbeza utk program yg berbeza spya these shining stars x hilang ditelan zaman..mostly freshie taon2 satu smpi la yg suda lanjut usia senior2 taon 6 ni adalah pimpinan pelajar sedari zaman skola lg..trskan menggilap bakat2 kepimpinan ahli permai..lebih2 lg budak2 taon 1 ngan 2 nih..

"tapi hati manusia yang menjentik rasa bukan kita kita, pacal yang hina tapi Maha Agung, Allah Illah Yang Satu juga."

ya..utk kita..ape yg boleh kita lakukan trskan usaha n buat sedaya mampu..hati manusia mmg ALLAH pegang..utk menggerakkan hati2 ni kpada hidayah ALLAH kadang2 memerlukan inducer2 luar dr waqi3 sekeliling..cth:usaha kempen anti ikhtilat n usaha2 individu kecil membanteras ikhtilat ni adalah satu tindakan terpuji..ketahuilah..

"bersangka baiklah dengan sahabat sahabat kita."

setuju deh..serendah2 tahap ukhuwah..

"jarang dilihat calon pilihanraya secara terbuka berkempen diri sendiri apatah lagi menghadiahkan kita manifesto manifesto mereka. ini lah yang kurangnya dalam pilihanraya PERMAI. iya lah, bukannya depa nak jadi calon pon tapi atas amanah dan kepercayaan ahli jugak nama mereka tercalon."

bersetuju juga dgn kata2 syafik ali dlm blognya..atas amanah dan kepercayaan ahli jugak nama mereka tercalon..moga ahli x silap menilai..sama2 bantu pimpinan kita..

jom undi..sila2 mengundi..

sufwne said...

Dear Ubi Kayu,

Saya bersetuju dgn cdgn
Committee khas tuh.

Adakah saudara pula bersetuju sekiranya
percakapan sinikal yang tidak kena
pada tempatnya.
adalah satu cara yang tidak
bijak untuk bertukar2 pendapat?

Saudara setuju atau tidak
dengan cadgn saya agar kita bertanya dahulu? (sekadar pertanyaan)

Sekiranya saudara ingin Quote
setiap perenggan dari komen
ini, silakan.

Diluar kemampuan said...

Dear Ubi Kayu,

Saya bersetuju dgn cdgn
Committee khas tuh.

Adakah saudara pula bersetuju sekiranya
percakapan sinikal yang tidak kena
pada tempatnya.
adalah satu cara yang tidak
bijak untuk bertukar2 pendapat?

Saudara setuju atau tidak
dengan cadgn saya agar kita bertanya dahulu? (sekadar pertanyaan)

Sekiranya saudara ingin Quote
setiap perenggan dari komen
ini, silakan.

ubi kayu said...

assalamualaikum wbt..
sufwne aka diluar kemampuan..

ak setuju je..

"percakapan sinikal yang tidak kena
pada tempatnya.
adalah satu cara yang tidak
bijak untuk bertukar2 pendapat"..

sejauh mana tahap sinikal seseorg bergantung kpd individu2 yg menilai..no komen..tiap org punya pandangan berbeda..

"Maksud saya supaya kita tanya dahulu supaya kita memberi peluang
kepada org tersebut untuk memberi
penjelasan walaupun kita tahu
bahawa org itu tahu dia bersalah."

boleh je klu nk ty dulu..depend kpd kekreatifan si daie la kan..kdg2 sesuatu benda tu mmg realiti, x memerlukan kpd penerangan lanjut..pertanyaan hanya sekadar memanjangkan kata,tp point yg nk disampaikan tetap sama..kdg2 gak,bukti kite boleh dpt dr persekitaran..klu angin x bertiup masakan pokok boleh bergoyangkan..tp tindakan bertanya tu satu tindakan yg releven jugak..brgantung kpd keadaan..klu dh mmg terang2an satu tindakan tu salah, x salah utk kite tegur secara direct tp dgn cara berhikmah dan berhemah..hikmah dan hemah yg bagaimana? ko pn boleh fikir..

erm..ni pendapat peribadi ak je..ak bkn nk menangkan pendapat ak..langsung x berniat nk kata pendapat ko salah..tiap dr kite ade point of view masing2.. sume dh besarkan..boleh fikir mana baik..mane buruk..

btw..jom kuar ngundi esok..mendokong kepimpinan yg menjulang syariat ALLAH..

penat study said...

korang rajin menaip!

habis study said...

hello!

waiting forward to see ubi kayu and di luar kemampuan to speak about this matter in the AGM tommorow.

prove to us both of you walk the walk and talk the talk, don't just have a debate here where only a handful of permarian read about it.

come on! show us your courage, both of you grab the microphone tomorrow to see whether Permai High Committee member agree or not.

I am sure both of you have the courage to speak about this since both of you have your own arguments .

c u guys at KINDI hall Yarmouk tomorrow

Diluar kemampuan said...

If I speak tomorrow,
people will know who I am,
which is the last thing that
I wanted.

I can only give
opinions based on My own thoughts,
I don't have the capability
to provide al-hadith/al-quran
proof, to support
my thoughts.

Religious knowledge is
not my strongest attribute,
Unlike one-Munawwarah and Ubi Kayu
and Pejalan Kaki, I believe
they know better than me.

kilah said...

woooohhh!!
ckp mmg senang..
bape kerat org yg sanggup dan mampu..
jgn tuding AMM tidak berjaya memupuk ahli PERMAI berpersatuan..
tnya bape bnyak ahli PERMAI mahu betul2 bekerja untuk PERMAI..


ikhtilat:tkyh nk kata apa dh la..mmg jelak dgrnya..tp,kalo tk ckp..lagi worse!

one_munawwarah said...

sape ahli PERMAI yang mahu betul2 bekerja untuk PERMAI??

saye! saye! saye! saye! (echo)

masih tak habis kagum sbb kak kilah jd biro program for AGM