Thursday, July 2, 2009

perempuan berkalung sorban


ola. bertemu lagi ya anak-anak dalam siri mereview muvi bersama mbak one, atau lebih glamor di surabaya dengan gelaran mbak oneng (kasi ada unsur jawa sket...) ok lah. merepek je.

harini, gue lagi nonton... perempuan berkalung sorban..itu, yang jadi bawang putih tu... nice one lah muvi ni. note: this is not a spoiler. cumanya... aku rasa cerita ni, perlu ditonton dengan mata kritis bukan dengan mata , "saya mahu mengenal Islam dengan menonton filem Islami". no no no... apepun, it's a very good effort for indonesian filmmakers untuk buat filem2 berunsur Islami macam ni... aku setuju, tapi, tak bestlah tgk filem dah berunsur macam ni, ada subjek yang menarik, tapi execution tak berlandaskan syara3. nampaknya, masyarakat masih lagi dalam satu kotak pemikiran, "sex sells" - honestly aku rasa ada babak2 yang tak sesuai sangatlah untuk filem macam ni. pernah pulak aku terfikir - pengarah ni ingat kita bodoh sangat ke, actor and actress doesnt have to touch here and there lah untuk menunjukkan diorang dah halal - they're husband and wife, we got the point! so, babak2 mesra ni... tak sswai gitu...

tahniah untuk indonesian filmmakers, buat cerita mesti ada objektif. macam buat program. ada yang nak kita sampaikan...ada yang nak dicapai... bukan objektif sekadar menambah page kertas kerja. malaysia patut banyakkan muvi macam ni, lebih cantik lagi kalau perlaksanaanya pun mengikut garis panduan. no touching between unmarried couples, tak payah bukak aurat - i heard iranian films did well. pasni, harap2 banyaklah job untuk pasangan2 pelakon dah berkahwin kat mesia... praktikal ape... kalau cerita-cerita indonesia macam ni dah mula mendapat tempat di hati audiens malaysia, rasanya dah sampailah masanya producers stop making super stupid movies - mengetengahkan loghat sesuatu negeri dan attitude masyarakat yang haprak adalah not cool, at all. super stupid dan membazir!

sedikitlah tentang perempuan berkalong sorban.

aku melihat, yang berlaku adalah satu pertembungan dua cara. nak kata 2 civilization macam tak sesuai. anisa, anak kiyai pesantren dari kecik lagi rasa Islam tidak adil pada wanita. (ini aku kurang setuju lah dengan filem ni). tapi, aku rasa salahnya pada cara pendidikan di pesantren tu. terlalu sangat menekankan soal perbezaan gender ini. betul, syurga perempuan itu dibawah tapak kaki suami. betul, wanita itu terjamin syurganya dengan menjaga "sikap" (aku rasa dia maksudkan akhlak, pembawaan) dalam rumah tangga and so on. tapi, dalam keadaan masyarakat moderen.... aku rasa tak sesuai lah anak-anak ini dibajakkan pemikiran mereka macam tu. isteri kalau menunda-nunda permintaan suami, sehingga suaminya tertidur, maka ia dilaknat sehingga hari cerah. betul, ini aku pun tahu dengar ustaz azhar idrus kat youtube, tapi apalah salahnya bila anak murid itu bertanya yang sebaliknya. tak sesuai tu pak kiyai... jangan dicantas anak murid yang kepalanya itu sarat dengan persoalan.

mungkin pengarah dan penerbit nak membuktikan kesalahan pengurusan dan pendidikan pesantren. sebab itu aku rasa, orang baru nak mengenal Islam, bukan inilah filemnya, nampak tidak ndah dek kerana manusia yang tidak mengamalkan Islam secara keseluruhannya. ada pulak adegan bersemangat giler orang2 pesantren ni nak bakar buku2 moderen sebab bagi mereka , yang perlu dibaca itu cuma alQuran. whoooooow. aku rasa Islam adalah satu agama yang menghargai perkembangan manusia, bahkan manusia itu sendiri berkembangnya kerana Islam.so, bila tunjuk scene tu, nampak macam horror giler orang pesantren. macam kolot.

jadi, kalau org salah memandang, mungkin saja dia kata, "hah, mmg macam tu lah orang belajar pesantren". aku pun terfikir, kalaulah macam ni betul kat pesantren, so, they really need some change, tapi org pesantren...masa ada yang lagi nonton segala...
anisa pun, lama-lama sedar jugak kebebasan yang dia nak sangat tu apa. tengok budak2 pesantren ni, keluar gi pekan, pakat culture shock semua... ntah apa2 jadinye... jadi aku pun develop satu pemikiran.. mendidik ini, bukan dengan sogok buat begini, begini dan begini. jangan begitu, begitu dan begitu. anak-anak zaman sekarang ni, tak mahunya setakat disuruh mengikut terus takde... dia mahu kita jelaskan kenapa dan kenapa. satu yang bagus, supaya Islamnya bukan Islam warisan, tapi mengamalkan Islam itu atas kefahaman kenapa perlunya kita melaksanakan sesuatu tuntutan dan meninggalkan larangan. bukan sebab takut pak kiyai pesantren.
jadi kesimpulannya. cerita ni best. tapi, akal dan iman perlu dipupuk dan di check selalu, sebab salah cara memandang, agaknya boleh terusik sikitlah jiwa-jiwa kita ni. ha... sebab tu, mendidik ini jugak bagi aku, bukan semata-mata matlamatnya untuk menjadikan seseorang itu boleh buat apa yg ia perlu buat dan tak buat apa yang ia x boleh buat. tapi, untuk menjadikan seseorang itu, "TAHU APA YANG PERLU DIBUAT DAN TAK PERLU DIBUAT" sebab bukan sentiasa, setiap keadaan akan ada orang yang bersama kita untuk kata, "Ini salah, ini betul".
wallahua3lam.

1 comment:

laila said...

one ade skype?
ym tak boleh gune lar kat lam bilik..
ade mslh nak kongsi nieh..
mga ade kesempatan..insyaAllah..