Thursday, August 27, 2009

pasca final exam yang kedua

alhamdulillah. selesai satu lagi paper, yang dikhatamkan dengan "GAME OVER : Play again Next Year" oleh TA Zakariya. semangat lebih2 pulak beliau. sama-samalah kita terus mensyukuri nikmat tawakkal yang mungkin tak dirasakan oleh semua.
balik je turun bas kat mujamma3 amman jadid, bau sedap maca kaya ball dekat super kinta. mwahaha. berzaman dah tak mengunjungi pusat membeli belah tersebut mahupun ocean. mahupun wisma yik foong. mood nak balik mesia lagi lah tu. kepala pun asyik fikir je apa lagi nak angkut bawak balik ni kan. rasenye, this time banyak kot brg bawak. masa winter haritu balik aku bawak hand luggage je. poyo giler. kononnye malas nak tunggu luggage.

wellness & fitness ke wellness & lifestyle ntah. tapi yang penting, course ni memang enjoyable. dan adelah lebih best lagi kalau attend semua classes. aku ada jugak miss lompang2 sana sini, kadang terlewat dah kena kunci ke kan. tp lepas tu dua kali percubaan untuk masuk meskipun terlambat berjaye, senyum manis2 sikit "can we still come in, pleeeeaaaaaseeeeee" ha, dapat le masuk. doc pun best, and aku melihat beliau sebagai educator yang betul2 wants the society to learn something. bukan untuk dapat markah tinggi dlm exam je. dat one u dont have to ask, cuz doc mmg nak bagi markah. hihi.


basically i learnt a lot. meskipun dek kerana semangat sgt, aku telah injured ketika berlari-lari di madina hasan, lalu terpaksa berehat dari berlari sekejap lah kan. takpelah, pengajaran... semoga semua orang hidup dengan gaya hidup yang lebih sihat after this.


aku habis idea plak. ummu ahmad datang, aku set dengan beliau nak belajar buat qataif - canggih giler! nak bawak balik yg dah siap, takut nnt smpai mesia bila nak wat filling tu dah tak leh nak kelim plak. so, kata ummu ahmad, baik aku belajar buat doh dia skali... ooo...best2... semangat sangat plak kan.
at the end of the day, i also learnt to respect what ever others wanna do with their wedding bands, it's none of my business.

No comments: