Saturday, August 15, 2009

posting ajak berfikir

alhamdulillah, aku dah pulang dari pertapaan. tak ada buat2 takde coverage, aku layan je semua orang yang memerlukan.

kalau korang perasan, tukar lagi langsir rumah aku ni... dah macam cadar aku musim winter. black n white (summer mestilah kaler summer kan...). sebenarnye tukar sebab aku rasas sempit sangat main frame ni... pastu kalau tak tukar background ni, x clear pulak tulisan tepi2 ni kan. ha...

ok. ada bbrp perkara yang aku nak ajak korang spy berfikir.
  1. kalau anak dara tak kerja, orang kata dia penganggur, tapi kalau wanita yang dah berumah tangga orang kata dia suri rumah. walaupun skop kerja adalah hampir sama. kalau lelaki belum kahwin orang kata penganggur jugak, tapi kalau dah kahwin berhenti kerja orang kata dia pemalas. hah hah.
  2. kalau orang mengata kau sebelum dia kenal dan faham kau, kau kata dia judgemental. tapi kalau dia cakap baik2 saja pasal kau, kau kata dia memuji. bukan judgemental. kau bajet best namanye tu.
  3. kalau orang menentang kerajaan, nama dia pembangkang. tapi kalau sokong kenapa orang kata dia neutral? bukanke neutral tu mampu melihat kebaikan dan keburukan kedua-dua belah pihak dengan sama-rata.

boleh bagi pendapat jika mahu.

lately ni, aku rindu ramai orang. rindu abah, rindu mama, rindu along, rindu angah and rindu kakak. rindu muaz and excited nak jmpe azam. anak2 ni... masa belum jumpa, kita excited je nak jumpa, bila dah bertemu buat kali pertamanya, bertentang mata... lepas tu kita akan rindu giler nak jumpa. malas betul lah aku nak rindu2 ni... sakit tau.

tahukah korang lagu pop (dan apa2lah lagu yang org pasang kat radio tu) ibaratnya macam dadah. kalau kita dengar lagu sejam sebelum, selepas ataupun semasa study, kita akan decrease capacity untuk hadam apa yang kita baca. tapi, kalau sebelum study kita dengar classical (macam beethoven, sebastian, pachelbel) it will somehow activate our brain cells. sebabnya, classics adalah masterpiece orang2 yang genius, pop songs are not! ini aku baca kat study smart not hard. jadi, kalau ko nak study pasni, pastikan blog aku ni tengah berkumandang "Air orchestral suite no 3". bleh adjust kat bawah skali ni.

aku terfikir masa aku bertapa ni, and even before ni lagi. hidayah Allah boleh datang dari mana-mana punca. fitnah pun sama. kadang2 kita boleh tertipu dengan perasaan beragama. hmm. bagi aku, blog bukan tempat nak menambah ilmu pengetahuan. kau tak boleh amik apa yang kau baca kat blog orang pastu jadikan amalan. sebab tu blog aku pun, aku tak letak benda2 macam ni. blog bagi aku adalah tempat mencetuskan kita berfikir. setakat tazkirah, boleh kau dengar2 macam tu. tapi bab syariat, hakikat dan makrifat. tak boleh weh. cannot go lah!

orang kata, ilmu ni tak boleh celup2. betul lah tu. jadi, sila cari tempat mengaji dengan baik dan beristiqomahlah. kalau tempat kau takde kemudahan tu, sila contohi ah keat, be a pioneer. kan. rugi hidup ni kalau setakat nak jadi orang biasa-biasa yang jahil. syurga Allah tu bukan biasa-biasa. kerja keras sikit lagi.

sebenarnya aku nak kata, aku rindu nak baca tulisan Salik (q). sibuk agaknya, lama blog beliau tak berupdate. agaknya salik sekarang busy dalam perjalanannya mencari Khaliknya. Khalik aku juga. ha... blog Saliq itu adalah satu trigger untuk aku semakin berusaha mengenal Tuhan. kan aku dah kata, hidayah Allah tu boleh datang dari mana2.

selamat ulangtahun perkahwinan yang pertama buat kakak tersayang dan suami.
aku smpai sekarang tak decide lagi nak holiday kat mana. sorry. public health exam hari isnin. sukanya aku.

rindu nak balik. nak makan manggis. ada?




anak sedara bila dah dua macam ni, hati mana yang tak meronta2 nak balik pergi main sama2. gambar2 ini dicuri dari blog kakak. err... besar ek kepala.

salam rindu dari mak su.

5 comments:

paraxixth said...

gua tengah berfikir. suri rumah dengan pengangur same ke?
bukan suri rumah tu pekerjaan tetap ke?

kan ade orang cakap surii rumah sepenuh masa. mane ade orang cakap pengangur sepenuh masa. lain tu. suri rumah buat keje rumah. penganggur dok rumah dan tak buat keje pun.

pemalas merupakan satu skop yang luas. kalau asyik ponteng kelas je...pemalas juga. so.kalau dah kawen tapi tak kerja, tak bermakna pemalas. dari sudut akal fikiran yang dikurnian kan kepada manusia, kita harus berfikir dengan matang samada dari segi positf atau negatif.mungkin dia bersara awal ke..mungkin dia ada matlamat die yang tersendiri. mungkin die perlu berhibernasi untuk tidak membazirkan tanga kerja dalam diri dia. mungkin die menghidap lukemia peringkat ke tujuh. atau mungkin barah-barah laen yang dijangka boleh membawa maut pada bila- bila masa. atau mungkin die dikuarantinekan kerana h1n1.

so disini gua dapat simpulkan yang tak semestinya yang tak kerja nie pengangur dan pemalas. masing-masing ada alasan tersendiri. tak baek berburuk sangka terhadap orang.kita kene husnul zon / bersangka baek sesama insan.
kalau betul die tak kerja kenape tidak diberi peluang untuk berkerja.mungkindie sedang tunggu jawapan dari mane2 pihak ke.

atau pun kes kawen misyar. si wanita / isteri berkerja dan si suami tidak berkerja. kan sah tu disisi agama.

ade ke orang cakap yang sokong kerajaan ni neutral/ biar benar?
ok. anda lihat ini dari sudut politikal malaysia yang tak de kesudahan. bende nie mudah sahaja.

sekarang gua cakap tetang politik malaysia ok. jangan keluar skop.
biasa nya orang yang menyokong parti kerajan/ bukan pembangkang ini lebih dikenali sebagai penyokong kerajaan. dan anti kerajaan adalah pembangkang.

wujudnya neutral tersebut adalah kerana sebilang manusiia yang mengetahui baik dan buruk kedua-2 parti tersebut. dan beliau sedang menetap di negara yang mempunyai tahap diskriminasi yang tinggi iaitu malaysia (sila rujuk fakta). so untuk mengelakkan dari beliau membidas kerajaan, beliau akan mengaku neutral lah. ini untuk mengelakkan daripada hak-hak sebagai rakyat malaysia ditarik balik seperti, seseorang yg menjalan kan bisnes untuk mendapatkan tender kerajaan, beliau harus mendaftar sebagai ahli **** untuk memberi peluang mendapatkan tender kerajaan yang mencurah2. sekiranya beliau tiada no ahli ****, secara automatik permohnan untuk mendapatkan tender kerjaan akan ditolak serta merta.

pada hakikatnya beliau adalah seorang yang anti kerajaan. tapi harus berlagak sebagai neutral kerana wujudnya diskriminasi dalam negara kita.

senang macam nie la. anda pun dulu sekolah tinggi2. mesti belajar dan buat eksperimen tentang kertas litmus. yang menilai tahap keasidan.
cuba kita letakkan asid sulferik sebagai neutral. kalau di eksperimenkan dnegan kertas litmus biru, adakah ia akan kekal biru sedangkan kita tahu bawah bahan yang diuji adalah asid. mesti tidak bukan? mesti akn bertukar menjadi merah.

so gua dapat simpulkan disni tidak wujud perasaan neutral dalam diri setiap insan. setiap insan mesti akan ada pegangan nya sendiri. sama juga dalam beragama. ok pegang pada yang satu.

jazakallah

paraxixth said...

sila delete kalau gua over

atiqahdahalan said...

thanx yea for such a bernas respond. adepun berkenaan isu neutral yang cuba aku katakan kat sini adelah bila orang tu, secara total memang anti-pembangkang tapi, in the end of the statement menyatakan, "aku neutral". begitu... kalau yang anti-kerajaan tapi mengaku neutral tu aku faham.

baru aku nak terfikir, agaknye orang tu malu jugak nak mengaku sokong kerajaan. haih, manusia.

penganggur tak buat kerja rumah tu aku rase applicable kat lelaki je kot. kalau yang perempuan, tak wat kerja rumah, tahan ke telinga nak kena bebel. baik dia kuar bukak salon ke jual avon ke dari kena leter free2.

apekah tak mampu untuk orang jadi neutral?

paraxixth said...

gua pun tak tau kenape la gua berkhutbah tadi

atiqahdahalan said...

aku mmg ade skill buat orang semangat nak bercakap, menaip.